2

Dah tua pun lari dari HOSPITAL?

11:45 |
Lokasi : Hospital P

Waktu : Nak meremang senja

Suspek : Seorang suami dan bapa kepada 5 orang anak

Saksi : Jururawat pelatih

Kes : Lari dari wad hospital


Seorang suspek,B disedari hilang dari hospital P semasa mendapatkan rawatan.Kejadian disedari seorang jururawat yang bertugas di wad tersebut.


"Entahlah,saya ingatkan B pergi ke 'toilet'.Tapi terkejut sebab takde sapa pun dalam 'toilet'.Terus saya laporkan kejadian kepada senior saya".

“Boleh saya tau dia sakit apa,ye ?”


“Demam denggi!”



Hai semua!Dialog di atas saja direka-reka.Lelaki yang melarikan diri tu jiran saya.Memang terkejut bila dia selamba lepak kat kedai mamak,padahal baru semalam dia dimasukkan ke wad.Dia suspek kes denggi.Kawasan perumahan saya duduk sekarang ni dah 'black area'.Setiap minggu kami dah biasa dengan semburan fogging & pemeriksaan dari rumah ke rumah.


Jiran saya tu masih tak nak balik ke rumah,dia lepak dulu rumah kawan.Sebab takut pihak hospital datang cari.Tapi isterinya dah tau 'peel' suaminya yang penakut dengan jarum suntikan.Bini dia siap gelak masa suami dia call,beritahu lari dari hospital adeihh!Husband saya pun tanyalah;


“Ate...mike kenapa lari dari wad ?Nurse situ,kan comel-comel ?”


“Memanglah comel lote,ramai pelatih.Tapi comel pun...kalau cenge’ buat pa ! Dahlah nyamuk kokak,lagi bertambah sakit aku!Tak sio teman! ”





Semalam saya baca satu artikel di suratkhabar tentang "Sikap sesetengah doktor pelatih yang sangat manja ditegur".Pengarah Kesihatan negeri tersebut berkata;

"Terdapat segelintir doktor pelatih yang disifatkan sangat manja apabila tidak mampu melakukan banyak kerja serta menyerap tekanan kerana ia boleh menjejaskan profesionalisme kedoktoran negara.Ada di antara mereka manja & mudah tertekan ketika berdepan tugas sehingga memohon untuk meletakkan jawatan.Itu jelas menunjukkan individu terbabit tersalah memilih bidang kerjaya meskipun telah menghabiskan masa selama bertahun termasuk di luar negara demi segulung ijazah perubatan.

Tempoh 10 tahun atau lebih merupakan tempoh untuk mereka mendapat ilmu secukupnya untuk menjadi seorang doktor perubatan yang berwibawa,mampu berdikari & boleh membuat keputusan mengenai keadaan pesakit".


Adik perempuan saya pun bakal seorang doktor tidak lama lagi,insya Allah.Kami selalu mendengar pelbagai cerita & pengalamannya.Sentiasa minta dia kuatkan semangat,fikir positif,bijak berhadapan dengan pelbagai situasi,tidak malu bertanya kepada senior.Biar macam manapun susah tugasan yang dihadapi,dengan pelbagai kerenah pesakit,mereka kena kuatkan mental & emosi.







2 comments

28/1/13 14:10

salam .. teringat satu apek melarikan diri dari hukm kerana tak buang air besar 3-4 hari... sian gak tengok rupa dia... 2-3 jam je duk atas katil ..lepas tu lesap... rasanya depa buat report polis juga untuk kes keluar hosp ni...

28/1/13 14:40

@suka sukaslm kembali sis!owh ye ke,mmg stress klu dipaksa utk buang air bsr,dh x leh nk buat camne kan huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...