7

Fiksyen 302 & Rayyan Fantasi~Ramlee Awang Murshid...best!

12:05 |

Salam semua.Sapa peminat Novel Thriller RAMLEE AWANG MURSHID (RAM)?Owh saya baru tahun lepas berminat nak mengenali novel RAM,setelah mendengar ulasan dari Ally Iskandar di MHI.Masa tu Ally beritahu tentang novel thriller terbaru "Fiksyen 302".

Artikel yang saya baca di Harian Metro minggu lepas.Boleh juga klik KELABRAM untuk lihat kesemua novel nukilannya.

Baru 2 ni je koleksi saya huhu


FIKSYEN 302

Inilah novel pertama saya.Sebelum ni asyik baca novel jiwang bin cintan.Mak aihhh dah masuk pertengahan novel,otak saya "letih dan sedikit blur".Teknik "flash back" yang digunakan RAM memang buatkan otak saya ligat berfikir,mencari konklusi,mencari watak sapa sebenarnya yang melakukan pembunuhan?

Pertanyaan demi pertanyaan memaksa saya untuk meneruskan hingga ayat terakhir di novel.Saya pinjamkan kepada officemate.Dia pun cakap "Letihlah kak,pening gak baca tapi best!"

Bagi korang yang dah biasa dengan penulisan dan teknik RAM mesti tau,kan.Wow.....thumbs up!Lain dari yang lain.Kalau baca novel santai,kelakar dan cinta,kita selalu akan tahu "ending story".Tapi novel thriller kadang2 kite sendiri tak pasti apa kesudahannya.

 
RAYYAN FANTASI

Ini novel ke-2.Wow sekali lagi.Memang best,saya tak nak berikan sinopsis sebab semua boleh baca di blog RAM/blogger lain.Yang pasti,saya banyak berimaginasi semasa baca novel ini.Saya gabungkan aksi dalam filem Avatar & Star Wars.Masa baca novel,kan kita semua seakan berada di dunia itu sendiri.Maka imaginasi yang tinggi diperlukan semasa baca novel RAM hehehe.

Owh ada sorang kawan blogger dah kongsikan novel terbaru RAM dan dah berada di pasaran rasanya;



Jom sama2 kita menyokong novelis Malaysia ^*





7 comments

1st novel RAM yang sye bace ialah Tombiruo.. huhuhu

14/1/13 14:09

@Warna Warni Kehidupan

hye sis!owh dr feedback blogger,tombiruo tu best.mmg nk kena terjah MPH lah lps ni hehe..

14/1/13 14:57

salam perkenalan....rietta peminat RAM....dah banyak koleksi yang rietta ada....sedang kumpulkan lgi....

14/1/13 17:39

@HeNRieTTa JoSe

hye sis!wah bestnya sy br terhegeh2 nk beli yg lain hehehe

15/1/13 15:31

Assalamualaikum..
hehe..anapun baru je minat RAM setelah diminta oleh kwn utk baca novel Bagaikan Puteri..
akhirnya..bnyk novel RAM yang menarik perhatian ana.
novelnya..bnyk yg membuat jiwa, fikiran kita berfikir..& muhasabah.

15/1/13 21:41

@Srikandi permata

wsalam.sy sejak baca 2 novel tu pun dh jth cinta dgn style flash back RAM.Mmg sy nk jdkan koleksi :)

20/10/14 21:29

Salam...sy merupakan peminat setia n0vel RAM , .so far sy dah bce ksmua nvel beliau bermula t0mbiruo yg mrapakan first n0vel dwsa yg sy bce mse drjah 6..skg ni sy tgh kumpul n0vel beliau yg lame2 trutama dr alaf 21..cme skg ni sy mcri nvel 'pei pan' yg bkn keluaran alaf 21

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...