3

Infiniti ~ Koleksi wajib beli

23:34 |

Hye semua.Sapa sini pembaca Infiniti?Saya baru je tahun lepas berminat jadikan koleksi.Sebelum ini pinjam adik je,sebab saya tiap2 bulan dah panjang senarai majalah/buku yang nak dibeli.Tetapi bila satu keluarga minat Infiniti,baik saya jadikan koleksi.Harga pun RM 3.80,banyak pula pengetahuan di dalamnya.


Infiniti bijak menarik minat pembeli dengan 'cover yang best' termasuklah tajuk menarik & pemilihan warna cover yang cantik.Edisi 40 ini kesukaan anak sebab ada cicak spiderman.


Ini edisi ke-45,keluaran Feb 2013 yang baru je beli tadi.Jom saya kongsikan apa yang best;


 IBU JARI KAKI GANTI IBU JARI TANGAN 

Kisah seorang lelaki yang kemalangan di tempat kerjanya,dan putus ibu jari tangan kiri,bertekad untuk membuat pembedahan.Ibu jari kaki kirinya disambungkan ke ibu jari tangan kirinya.Baginya tangan itu lebih memerlukan jari berbanding kakinya.


KURUNGAN MAUT
Sapa sanggup bayar mahal semata-mata untuk berada dalam Cage of Death?Ia merupakan tarikan terbaru di sebuah Taman Buaya.Orang ramai boleh merasai menyelam,bertemu dan merasai pengalaman diserang oleh sang bedal ini dalam jarak yang paling dekat.


LABAH-LABAH MERAK
Subhanallah...cantik.Peacock Spider nama yang diberi.Apabila tiba musim mengawan,labah-labah jantan melakukan gerakan seperti mengepakkan bahagian ekornya seolah-olah seperti merak!


PELUKIS WAJAH PENJENAYAH
Hanya berbekalkan sekeping kertas dan pensel,dia mampu melakar wajah penjenayah yang dikehendaki,sehingga dapat menangkap ratusan pembunuh,perogol & penculik.Setiap lakarannya langsung tidak menampakkan keganjilan,tetapi wajah-wajah suspek hasil lukisannya kelihatan seolah-olah seperti  hidup.


Salah satu tugasannya untuk melukis muka asal seorang kanak-kanak kecil,berkeadaan reput dalam kotak plastik yang ditemui terapung.5 hari selepas lukisan itu disiarkan,nenek mangsa dapat mengecam & mengesahkan bahawa wajah lukisan itu merupakan cucunya!


PELARI PECUT KAKI-TANGAN
Disebabkan dari kecil dia seorang peminat tegar 'monyet patas',Kenichi lelaki Jepun ini digelar 'monyet jepun'.Dia pemegang Guinness World Record,manusia pantas yang berlari dengan kedua-dua kaki dan tangannya.Lariannya hanya lambat sekitar 9 saat saja berbanding Usain Bolt!




TRAGEDI BANJIR SIRAP BOSTON
Satu bencana besar telah membinasakan hampir separuh bandar di utara Boston,mengakibatkan kehilangan banyak nyawa.Letupan kuat dari sebuah kilang pengeluar 'molasess',sejenis sirap pahit yang pekat & berwarna hitam.Tsunami molasess merupakan tragedi terburuk dalam sejarah industri negara itu.


dan banyak lagi........

Apalagi bagi korang yang belum pernah baca Infiniti,cuba beli keluaran kali ini.Percayalah mesti bulan-bulan seterusnya akan jadi "buku wajib beli".Tadaa.........



3 comments

16/1/13 23:49

wah mcm best je..nti nk g belek la..

17/1/13 01:09

wahhh...menarik jugak infiniti ni ye sis alea. selalu juga nmpk kat kedai buku. pasni nak try jugalah beli.

17/1/13 07:55

@Izan Ishak

owh ank2 mesti suka bc sbb ada sains & al-quran,ada teka-teki dll.x rugi kuarkan duit utk info yg byk di dlmnya ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...