8

Mama balik jelah....(ada ke patut adeih)

14:44 |

Ini anak bongsu saya Muhammad Danish Raziq.Saya pernah berkongsi entri mengenai telatahnya di label "My Little Danish".Ini sebelum rambutnya digunting.

Taraa..tadi hari pertamanya di Pra Sekolah Kota Warisan.Bersemangat bangun pagi nak pergi sekolah bersama si kembar saya yang dah masuk darjah 5.Tahun lepas Danish belajar di tadika swasta,jadi memang takda masalah nak kejutkan dia seawal pagi.

Semua murid Pra dan Darjah 1 kenalah biasakan diri untuk perhimpunan pagi.Best betul macam2 gelagat budak masa kena angkat tangan untuk baca ikrar Rukun Negara.Siap ada yang kata "Eh..samalah macam iklan kat tv tu!".

Ibu bapa turut sama menyanyikan lagu Negaraku bersama para guru dan murid-murid.Saya pun tak sedar ringan je mulut nyanyi lagu Negeri Selangor.Hafal lagi rupanya,maklumlah dari darjah 5-Tingkatan 5 sekolah di Shah Alam.

Dah masuk ke kelas.Ada 4 kelas Pra dan Danish di Pra Wibawa yang terletak di atas bukit dan dipanggil kelas banglo sebab besar.Dapur serta toilet dalam kelas,memanglah sempoi!Masa ni Danish asyik panggil saya nak bisik2.Saya cakap kenapa,nak cakap apa?Dia kata;


" Mama balik jelah,Danish tak nangis,Danish kan kuat.Kalau apa-apa nanti Danish suruh 'teacher' call mama "



Parents yang terdengar tergelak je tengok celoteh Danish ni adeih.Anak2 zaman sekarang semua dah pandai berdikari,malu agaknya mak bapa dok tunggu kat luar kelas.

Guru Besar kata banyak permohonan ibu bapa untuk memasukkan anak ke Pra Sekolah,terpaksa ditolak.Ramai ibu bapa memilih Pra Sekolah untuk membiasakan anak dengan alam persekolahan sebenar.Guru kelas Pra pun ada yang sedang sambung Master,hebat betul!

Dah tamat hari pertama persekolahan.Danish tak habis-habis tanya "Mama,esok sekolah lagi,kan.Mama cepatlah malam,tak sabar tunggu pagi nak pergi sekolah lagi".



8 comments

2/1/13 15:04

seronok tengol ramai kawan2 update pasal hantar anak g skolah...

cume terfikir apakah sudah tua aku nie?

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/50-fakta-hebat-mengenai-susu-ibu-yang.html

@eray

hehehe anak semakin besar,makin bertambahlah tgjwb sbg ibu bapa.usia?hoho mmg dh rasa semakin tua.

2/1/13 15:29

wahhhh...danish dah masuk pra sekolah ye sis alea. rasanya jumpa masa gathering masih comel n kecik lagi.

baguskan...anak2 skrg ni dah berani. tak mcm budak dulu2...

# si kembar (6thn) baru nak start sekolah esok di pasti. hari ni cuma daftar n byr yuran.

@Izan Ishak

wah si kembar sis izan pun dh 6 thn!yelah ms kite jmp dulu dorg semua cinonet lagi.huwaaa mmg dh semakin tua kite ni hehehehe ^^

2/1/13 19:34

Wahhh kecik2 da rajin nak g sekolah. Bagus tu. :)

@Anna Boleyn

bdk zmn skrg mmg suka berkawan,dorg pun bosan duk umah hehehe

13/6/13 01:36

he3..hensem anak kakLea ni :) kalau sy prmpn..kenang doh ni..

13/6/13 02:38

@S.K.Aalhamdulillah hahaha gelak kak lea tau ngeee...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...