0

Memori Cinonet~Pokok Episod 1

01:31 |



 
Masa kecil kite duduk dengan atok Mah & arwah atok Mat,di Muar.Sebab uncle dan aunt semua dah berkahwin,maka secara automatik 'title' cucu kesayangan milik kite.Masa tu abah dan mak kerja di Subang Jaya.Kite pula masa tu anak tunggal,bayangkanlah betapa bosannya hidup.

Walaupun perempuan,tapi kite lasak.Nasib baik kampung tu takde sungai,kalau ada mesti lebih 'terror' mengalahkan Pandelela.Gincu?Owh masa tu kite tertarik tengok artis kat majalah URTV yang ada di rumah,suka pulak tengok bibir artis comel2.Maka kite teringat atok ada gincu.Dia pakai pun masa nak pergi kenduri kahwin je.Kalau pakai kat rumah,mau arwah Tok perli "Buang tebiat ke apa,awak ni"

Godek punya godek ingatkan nak melaram pakai gincu 'pink color',tapi yang ada merah je.Baru tenyeh,tak sempat nak tengok cermin betapa mekar bak delimanya bibir.Terdengar derapan kaki menuju ke bilik.Ca alif but lah.Masa tu tak sempat nak simpan dalam laci,terjatuh...gincu patah...terpijak...habis tikar getah dalam bilik tu huhu.

Panjat pokok...motif?Konon atok tak nampaklah.Tapi kantoi,pokok pun bukannya tinggi.Atok suruh turun,pelan2 kite turun dan tutup mulut dengan tangan.Habislah comot bibir merahku.Kantoi!Denda?Atok sembunyikan semua gincunya(eleh 2 batang gincu je pun hehe) dan kena cubitttt.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...