8

Memori Sekolah~Korang pernah ada buku AUTOGRAF tak?

15:42 |
Tipulah kalau takde,kan.Seumpama 'gadget' wajib ada masa nak habis SPM.Dan ia juga berlarutan hingga ke IPTA/IPTS dll.Begitu juga saya.Ada dua,tapi 'edisi' sekolah rendah dah hilang ntah ke mana,sebab saya banyak bertukar sekolah,negeri dan rumah ^^

Ini koleksi autograf saya yang ke-2 'edisi sekolah menengah

Muka depan pengenalan diri 'tuan tanah'.Suka guna hard cover yang bercorak-corak.

 Haruslah tulisan berwarna-warni kan.Cukup suka pakai dakwat pen yang ada glitter.

Di antara kawan2 yang suka lukis pelbagai corak;

 Tulang ikan,tapak kaki pun ada
 Timun dan cili pun ada.Mesti kawan saya dah jadi petani berjaya,kan...kan???
Walaupun sukar saya nak baca,tapi 'tabik spring' sebab rajin betul.Kawan perempuan cukup suka guna pen dakwat wangi.
 Dah namanya lelaki,tak sah kalau tak tempek stiker 'player' kesukaan.
 Hah,ini peminat pasukan Selangor.Kreatif guna 'tape' 2 color
Heh ini sepupu sayalah!Dia pun tak ketinggalan mencuba nasib di sini.Hoho dia masa tu memang penyokong tegar.Nak tau tak,bilik,langsir,towel,stationaries semua warna bendera selangor,tau!
 Ini bff saya.Masa ni dia kerja di McD.Kreatif juga paper bag jadi medium meluahkan pesanan ^^
 Hah ni paling saya suka sebab....
 Ada Window!Selak sana,selak sini baru dapat baca apa dia tulis.
Hem hem...saya pun tak kenal sapa penulis ni,setahu saya masa tu memang saya letak dalam beg.Nak nangis juga sedar2 dah hilang,3 hari lak tu!Tup..tup habis je perhimpunan Isnin,naik kelas dah ada atas meja.

Ini budak Filipina,kawan saya.Dahlah saya buka je 'page' dia tulis saya terus terbersin.Mana tak,dibubuhnya BEDAK TALKUM JENAMA WANGI SETAHUN,mau sebotol gamaknya.Habis meja saya!Bila dia tulis macam tu,esok terus saya tak berani nak sembang lebih hehe.



Ayat wajib ada dalam buku autograf selain biodata biasa2 tu;


  • Makanan/Minuman kesukaan ~ Ada sorang mamat sengal ni tulis kat buku saya...masakan awaklah bakal isteri saya (uwekkk sapa nak dia gatai)
  • Warna Kegemaran
  • Selebriti Pujaan ~ Kadang2 lawak juga sebab bila buku autograf dah berjalan ke sana sini,semua dah tau apa si A tulis,apa si B tulis.Maka jadi bahan perlilah kalau dorang tak minat selebriti yang sama hehe.
  • Lagu kegemaran
  • Kawan baik/kawan yang dibenci ~ Serius saya tak suka ada benda macam2 ni.Bagi saya semua kawan ^^
  • Cita-cita ~ Rata2 kawan saya semua kerjaya mereka tak sama macam apa yang dicita-citakan.
  • Pakwe/Makwe ~ pernah classmate saya bermasam muka,rupa-rupanya mereka minat 'mamat' yang sama adeih!!!

Seronok bila 'flash back' memori semasa sekolah.Agak2 nya budak zaman la ni reti lagi ke nak ber'autograf' ni,ye ???










8 comments

28/1/13 19:36

acecece~~ ada seceret resepi nampak..ehem22..

28/1/13 20:16

hahaha, lawak..ambition is to marry you...kita pun ada jugak dulu2, tapi ntah kemana laaa agaknya..bagus betul laaa aleasara masih simpan kan ....

28/1/13 20:19

sebelum abis blaja dulu ada buku mcm ni, kawan tulis ucapan dan bagi alamat serta no phone supaya boleh terus keep in touch walaupun dah abis sekolah. zaman tu takde facebook lagi so buku tu jadi panduan klu nak berhubung.

28/1/13 20:49

@Gee GTGngeee tutup muka ^*

28/1/13 20:53

@idahye sis ida!tulah ms kemas stor tiba2 nmpk buku ni,bila bc gelak sorg2 ^^

28/1/13 20:55

@the malay maleye mmg still ada contact no dan alamat.itu slh satu cr eratkan hbgn wpun semua dh berbeza status dan haluan ^^

28/1/13 21:21

aah mmg seronok bile tringt memori tyme skolah dulu kan! kalau buat bku biodata msti nk yg pling creative aje haha

28/1/13 21:55

@Princess Feyqabetul2.ms tulah msg2 nk tjkkan skill n kreativiti ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...