2

WHI~Jangkitan kuman di sekolah

23:12 |
Salam semua.Baru sempat nak kongsi topik menarik di WHI TV3.Tajuk ni memang perlu jadi perhatian ibu bapa.Jom baca;


Pengacara Irin Putri dan Azzura

Guru Besar Sek.Keb.Bukit Kuda,Klang
Pn.Rohani Harun

Sekolah baru je buka,awal persekolahan pun dah ada pelajar yang demam,batuk & selsema.Ada yang sakit perut juga.Ini memang penyakit 'famous'.Bila ibu bapa ditanya,kenapa hantar juga anak ke sekolah?Alasan mereka,mungkin anak menipu berpura-pura sakit untuk tidak ke sekolah,mereka juga tak nak anak ketinggalan pelajaran.Ada juga murid yang sakit,tak nak duduk di rumah sebab ibu bapa bekerja,takda sapa jaga sewaktu mereka MC.


Terdapat 2 cara jangkitan iaitu sentuhan(seperti menggosok mata/hidung) & melalui udara(bersin/batuk).Dinasihati kalau anak selsema teruk,bawa ke klinik dan jangan hadir ke sekolah.Jika anak itu bersin/menyentuh hingus kemudian tidak membasuh tangan,semua barang2 yang disentuhnya akan dijangkiti kawan lain,yang mungkin menyentuh barang yang sama.

Kalau anak 'active fever',virus dalam badan adalah tinggi.Kalau setakat demam & sedikit selesema,mungkin boleh datang ke sekolah.Kalau selsema tak teruk,sikit2 ambil cuti sakit,memang kosonglah sekolah.Perlu cepat dapatkan rawatan jika demam,selesema & batuk anak semakin teruk.


Kalau boleh guru juga memainkan peranan yang penting.Waktu rehat,guru kena 'monitor' & pesan murid2 untuk basuh tangan sebelum dan sesudah makan.Kena pastikan peralatan memasak dan peralatan untuk menghidang,termasuk pinggan,sudu,garfu dan gelas bersih.


Tandas memang tempat terbaik untuk bakteria membiak.Pn Rohani berkata,peranan guru amat penting.Beliau selalu mengingatkan murid2nya,seorang pelajar yang berjaya dalam akademik perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri & juga pakaian.


Tips:

  • Cara & proses penyediaan sarapan/bekal mesti bersih.Patikan juga bekas untuk isi makanan itu bersih.
  • Hati-hati dalam penyediaan makanan melibatkan salad seperti sandwich.Jika salad tidak dibasuh bersih,salad itu terus membawa bakteria masuk ke perut anak.
  • Pengambilan vitamin untuk anak boleh,tapi amalkan pemakanan seimbang.
  • Ajar anak tiap kali batuk,bersin,tutup mulut dengan tangan/sapu tangan.Basuh tangan.Bahaya nanti sentuh pula kawan2.
  • Amalkan kebersihan dari rumah,nanti anak akan disiplin dan akan buat juga di sekolah.



Minggu pertama sekolah di buka,3 orang anak jiran dijangkiti Rotavirus.Dari mana?Puncanya  semasa rehat,3 orang beradik ni makan sambil berdiri di tepi kantin.Mereka terpijak takungan air dari hujan yang turun beberapa hari sebelum sekolah di buka.Mungkin sempat si tikus kencing,kot.

Kesian budak2 tu,baru 'excited' mula belajar,dah masuk hospital.Alhamdulillah mereka dah keluar dari wad dan semalam dah bersekolah semula.Oklah itu saja...assalamualaikum.

2 comments

16/1/13 13:36

Ala siannye..tu la pihak sekolah kena jugak pantau pasal kebersihan ni

16/1/13 15:24

@Nieyxzha Hassan

betul tu,parents juga kena bekerjasama klu nmpk psekitaran slkh yg x memuaskan...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...