4

Pelukis Doodle/Komik~Beruntungnya korang semua KERANA.......

22:49 |
Tak kiralah korang profesional/amatur sebagai pelukis doodle/komik,otak sentiasa ligat berfikir mencari idea untuk hasilkan entri.Bila otak sentiasa aktif,maka akan mengurangkan risiko untuk nyanyuk.Bila menghadap blog,mata laju membaca dan otak ligat berfungsi menerima input.


Wah saya tertarik dengan salah satu 'point' HELAH MINDA yang diberikan.Apa ia jom baca;



Kamu mahu tajamkan lagi memori???

Helah--> Conteng apa saja atas kertas

Kenapa ia berkesan-->

Melukis-lukis atau berlatih tandatangan  "Mrs Ryan Reynolds" sebenarnya boleh buat kamu lebih senang menyerap maklumat yang kamu dengar(contohnya semasa di mesyuarat atau kuliah).

Malahan pula,melukis boleh meningkatkan memori sebanyak 30%,berdasarkan kajian dari Universiti Plymouth.Hebat juga.

Antara sebab saintis percaya ia berkesan kerana melukis boleh merangsang bahagian otak yang selalunya digunakan untuk berangan atau termenung.


Saya sendiri suka melukis untuk entri jika gambar di Google Image,takde yang menepati citarasa.Semua kartun tu saya kumpul di 'pages' GATAL TANGAN.Bermula melukis di Photoscape,dan pernah cuba buat animated.Pernah juga melukis di Paint.Net.Photoshop?Saya memanglah tak reti(sebab banyak benor nak klik sana,klik sini.Dan sekarang nak cepat lebih mudah gunakan MS Excel.Hari ni saya baru belajar tutorial melukis gunakan Paint Tool SAI.Comot sana sini,nak tercabut jari guna SAI.Terima kasih kepada semua pelukis Doodle yang rajin berikan tutorial.Korang memang kreatif!




Wah!Apalagi bagi korang yang mudah termenung,ibarat pungguk rindukan bulan.Jom melukis,tak kisahlah guna software apa pun,guna gajet canggih ke,atau setakat pensel beli kat kedai runcit.Memang tergeliat urat jari,tak kiralah comot ke,nampak pelik ke,jom sama2 bermain dengan imaginasi semasa melukis..




4 comments

13/1/13 07:50

wahh cantiknya animation nie, huhuh ade juga try haritu, tp kut tangan keras, tak pun mouse tu yang keras..so tak jadi lah...huhu

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-kehamilan-shaklee-cantik-sihat-dan.html

13/1/13 10:01

@eray

hehehe xpa x cantik janji lukisan tu 'match' dgn entri ^* tgn akk pun keras kejung nk lukis ngeee

13/6/13 02:01

wowwww..cntik doodle atas 2 kakLea :) pndai bt..kemas je..sy dah lama xmlukis..rsanya tgn ni dh kaku kot..

13/6/13 02:29

@S.K.Ahah yolah tu meh babap tangan ska..ska lukis cantik giler...terpegun tengok tadi he3..makin ramai kawan blog yang kreatif suka..suka...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...