0

Semanis Kurma~Rumah Baruku

23:41 |
Assalamualaikum semua.Wah dah lama sungguh saya tak 'update' entri untuk Semanis Kurma.Tajuk malam ni bagus untuk yang baru berpindah rumah.Boleh juga bagi yang dah lama duduk atau sedang rancang berpindah.Tapi saya kongsikan 'point' penting je.


Adab masuk rumah baru :

1)Azan kuat-lebih2 lagi kalau dah lama rumah itu tidak berpenghuni.Kalau boleh buat seminggu sebelum berpindah,bukan hari tu nak duduk baru nak laungkan azan.

2)Banyakkan baca surah al-Baqarah-tidak akan dimasuki syaitan.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)
PANEL JEMPUTAN:



Pagarilah rumah secara Islamik.Kena sentiasa tutup tingkap dan pintu semasa Maghrib,kalau boleh elakkan berada di luar rumah.Ini tidak,masa Maghrib ramai yang bawa anak2,masih ada di padang permainan,padang bola,berjoging dan sebagainya.

Bagi pasangan yang mempunyai anak kecil,terpaksa pulang lewat ke rumah atau balik kampung sampai pukul 2-3 pagi,perbanyakkan baca bismillah dan juga ayat Qursi.Begitu juga bagi rumah yang ada anak kecil,sebelum masuk rumah dan peluk baby,sentiasalah baca bismillah & ayat Qursi.Sebab kita tak nampak 'apa' yang ikut kita dari luar.

Malaikat tak masuk rumah yang di dalam penghuninya;

1)Yang putuskan silaturrahim
2)Derhaka kepada ibu bapa
3)Makan harta anak yatim
4)Di dalamnya ada patung
5)Pembinaan rumah dari sumber yang haram(cuba buat pinjaman perumahan Islamik)-sebab kita nak beribadat dan mendidik anak2 di dalam rumah itu.

PROF IZZI ~>Sentiasa sama2 bagi salam pada ahli keluarga.Bukan masa nak masuk rumah je bagi salam,sebelum tidur pun boleh.

Perkara perlu dilakukan agar rumah dapat keberkatan daripada Allah SWT(jangan tengok pada ramalan bintang/feng shui);

1)Nabi kita pesan jangan jadikan rumah macam kubur.Rumah akan sentiasa hidup dengan selalu membaca al-Quran,solat fardhu dan sunat.Bacalah surah al-Baqarah,syaitan tak boleh masuk rumah.

2)Rumah yang para penghuninya suka mengusir syaitan keluar dari rumah.Macam mana?Nak makan baca Bismillah,akhiri dengan Alhamdulillah.

3)Hidupkan sunah Nabi Muhammad SAW dalam rumah-Nak tidur mengiringkan badan ke kanan,nak masuk toilet langkah kaki kiri,keluar kaki kanan dll.

4)Jangan letak cermin cantik,besar je kat rumah sekadar hiasan untuk besarkan ilusi ruang.Tapi baca juga doa semasa melihat cermin;

5)Jadikan rumah sebagai tempat sujud dan beribadah.Jangan tinggalkan solat,hidupkan solat berjemaah.Banyakkan berzikir.

ஐ≈ DOA ஐ≈


Doa Nabi ~> "Ya Allah,ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku, dan berkatilah rezekiku.

Selamat malam....jom sama2 ucapkan;

ASSALAMUALAIKUM :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...