4

SERANGAN FOGGING..uhuk..uhuk..

18:31 |

Hai nyamuk walaupun kau cantik berbelang-belang,
Tapi sebab kau,aku masuk wad baring terlentang,
2 minggu sendiku sengal, mataku panas, kepalaku pening,
Kan ku pastikan keturunanmu,tidak lagi menyentuh keluarga tersayang.......



"Tuan2 & Puan2,sebentar lagi kami akan melakukan semburan di kawasan anda.Sila pastikan makanan ditutup.Diminta kerjasama anda keluar dari rumah untuk semburan".Owh itulah alunan merdu yang kerap kami dengar sekarang......


Dari bulan Disember 2012 hinggalah Januari 2013 ni,kerap kawasan perumahan saya disembur fogging.Bagi yang pulang lewat dari pejabat,hurm sedar2 rumah dah berasap & berbaulah.Memang hidung & dada dah lali dengan bau asap tu uhuuk..uhuukk.Memang selalu saya bawa anak cepat2 keluar.Tapi pernah juga terperangkap dalam rumah sebab sedar2 dah bau fogging,tak dengar pun pengumuman adeihh.Maka jadi macam Zooro lah kami tutup mulut & hidung dengan sapu tangan.


Anak2 pun dah biasa bau fogging.Mereka pun dah sentiasa bersedia bila dengar je pengumuman,mereka kelam-kabut terus bantu saya tutup makanan,pinggan mangkuk di rak dll.Kawasan saya 'black area'.Jiran terdekat memang ramai kena demam denggi.Dengar dari jiran,mereka kata pihak pemaju perumahan ni tidak menitik-beratkan sistem perparitan yang betul,saluran tersumbat,air banyak bertakung di playground dll.

Tahun 2011,saya sendiri juga demam denggi hingga dimasukkan ke zon kritikal.Sewaktu Pegawai Kesihatan datang memeriksa rumah,keadaan rumah saya 'clear'.Mereka kata mungkin saya terkena sama ada di kawasan 'parking' atau di office.Memang sejak kejadian,saya sentiasa pastikan tiada air bertakung,sentiasa sental baldi,alas rak pinggan,anak2 tidak keluar waktu senja dll.Saya juga tidak menggalakkan anak keluar ke sekolah sebelum 7 pagi,masa ni nyamuk Aedes pun banyak.


Owh,terima kasihlah abang fogging yang sentiasa sedia berkhidmat untuk kami.



JOM GANYANG AEDES!!!





4 comments

16/1/13 23:31

samalah mcm saya masuk hospital kena denggi bukan sekali tapi 2 kali...huiii tak nak dah rasanya..
Pepun terima kasih kat brader fogging yang sentiasa memberikan khidmatnya...

17/1/13 01:22

samalah juga masa izan duduk rumah sewa sblm ni sis... dlm masa sethn lebih duduk situ, 2-3 kali dorang fogging. yg kena pulak betul2 jiran depan rumah. mmg risau.

sejak pindah sini...alhamdulillah masih terkawal. nyamuk tu ada...cuma jarang2. lagipun ada pekerja yg diupah utk bersihkan longkang secara kerap.

17/1/13 07:59

@abuikhwan

owh sy mmg ingt lg shbt AI pnh crtakn ttg kena dmm dggi tu ^^.mmg trm ksh byk kat abg fogging yg stiasa mjalankn tgs dgn baik

17/1/13 08:00

@Izan Ishak

alhamdulillah hrp sis izan n fmly stiasa sht..musim hujan ni mmg risau,kdg2 psekitaran luar punca denggi,dr air yg btakung di daun pun blh mbiakkan aedes adeih :(

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...