7

S.I.B.U.K Hanya untuk Orang Yang Tak Tau.......

11:21 |

Hai semua,alhamdulillah 'Reading List' saya dah tak macam 'chipsmore'.Seronok tengok korang update entri laju2.Korang tentu pernah mohon mana2 kerja baik kerajaan/swasta,sudah pasti SALINAN SIJI-SIJIL YANG DISAHKAN perlu disertakan sekali dengan borang permohonan.

Begitu jugalah dengan saya yang dalam proses untuk mencari kerja yang lebih bagus,kalau dapat kerajaan lagilah suka.Kawasan saya tinggal manalah ada ketua kampung.Nak pergi minta 'signature' ahli politik,lebih banyak kontra dari pro.Maka saya pun pergilah ke IPD Sepang.Bahagian Pengurusan pulak ada meeting di Shah Alam,maka kenalah pergi Bahagian jenayah Narkotik!


Tadaaa.....Tuan Nik ni memang sibuk.Saya tunggu hampir sejam sebab hari tu macam2 kes.Peguam pun ada yang tunggu lama.Seram tengkuk tengok OKT depan mata yang bergari,itu kali pertama saya tengok 'live' huhu.Akhirnya giliran saya untuk jumpa Tuan Nik.Layanan yang baik,buatkan resah hilang seketika.Sambil Tuan tandatangan dan belek sijil beserta resume,lancar je mulut saya minta maaf sebab mengambil seketika masanya.Tapi Tuan jawab;

"SIBUK tiada dalam kamus hidup saya sejak menjadi polis.Sibuk hanya diucapkan oleh pekerja,majikan,suri rumah,pelajar,kanak2 yang tidak tahu menguruskan masa.Sedangkan Nabi Muhammad SAW lagi sibuk memperjuangkan agama,namun Baginda Rasulullah masih lagi ada masa untuk keluarganya,untuk solat dan sujud kepada Allah SWT tanpa henti.

Bagi saya kerja yang dipilih bukan setakat tunggu hujung bulan dapat gaji,tapi kena seronok bekerja.Barulah jadual harian teratur,tidak menangguh kerja,maka tiadalah istilah tidak cukup masa atau SIBUK" katanya sambil tersenyum & mendoakan agar saya terpilih untuk bekerja di kementerian yang saya pohon ^^




Semoga kita semua lebih bijak menguruskan masa.Lepas ni kalau blog bersawang,saya kenalah elakkan guna ayat;

"Salam semua,wah lama tak update blog,maklumlah sibuk sangat tau".







7 comments

30/1/13 11:25

wah sibuknya dia... :P

30/1/13 11:52

@♥ ROS ♥hoho tak leh tak leh..kurgkan 'words' tu ngehhh ^^

30/1/13 12:11

ini polis yang baik

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-penyusuan-shaklee-paling-bajet-gila.html

30/1/13 12:45

alamak sis... terkena batang hidung sendiri bab 'sibuk' tu... huhu...

# tahniah sis alea sbb dah dpt kerja baru! apapun izan doakan yg terbaik sentiasa buat sis alea sekeluarga ye~

30/1/13 12:49

entri menusuk kalbu! hewhewhew

30/1/13 17:46

@Huszaini Haronhehe sy pun sllu SIBUK huhu..

30/1/13 17:46

@Izan Ishakalhamdulillah sis izan tqvm :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...