6

S.I.H.I.R Dalam Kelambu ???

22:02 |


Bertemu sekali lagi.Wah malam ni ramai update entri laju2!Saya bukan nak cerita topik Sihir Cinta~Semanis Kurma.Jom layan artikel yang saya baca. 

Realiti 1~MENANTU vs MERTUA

Tidak dinafikan ada pasangan yang tidak mendapat restu perkahwinan dari mertua.Masih terjadi lagi di zaman ini.Bukan pelik jika hubungan anda bersama pasangan tiba2 panas.Bila bertemu pakar perubatan Islam,rupa-rupanya mak mertua menghantar sihir pemisah.

Tips elak sihir: Berwuduklah sebelum tidur.Menurut alim ulama,ia bertindak sebagai pendinding.Ia menangkis niat jahat makhluk halus yang cuba menyampaikan sihir ketika sedang tidur.

Realiti 2~IRIKAN'POWER COUPLE'

Semua mengatakan anda pasangan yang sama cantik sama padan.Tetapi bila 'bersama',timbul rasa meluat,benci & marah kepada pasangan dan ia berpanjangan.Seakan tidak percaya,ia angkara bekas teman wanita suami yang cintanya tidak berbalas,cemburu & dendam.Kamu menjadi mangsanya.

Tips elak sihir: Baca ayat Kursi selepas solat.Susuli dengan 3 surah terakhir dalam al-Quran yakni 3 Qul,insya Allah kamu dilindungi.

Realiti 3~NASI KANGKANG

Anda faham amalan nasi kangkang ini salah & haram.Tetapi anda tak hiraukan itu semua asalkan tak risau lagi dan suami sentiasa di bawah telunjuk anda.

Tips elak sihir: Setiap kali lepas solat,amalkan membaca ayat2 berikut;
  • Surah al-A'raf~ayat 117-122
  • Surah Yunus-ayat 81-82
  • Surah Thoha-ayat 69

Realiti 4~HADIAH BUAT 'MADU'

Anda ingin mendapat 'payung emas' lalu membenarkan suami menambah cawangan.Awal perkahwinan,hidup anda bertiga berjalan seperti biasa.Namun lama-kelamaan suami mula berubah,tidak pulang ke rumah,nafkah anak2 entah ke mana.Namun bila keluarga dan mertua anda mula simpati dan risau,anda setuju untuk 'berubat'.

Sihir pengasih yang digabungkan dengan sihir pemisah.Madu menundukkan suami anda dengan sihir pengasih.Sihir pemisah pula untuk membuatkan anda bercerai.Akhirnya setelah berubat,suami menceraikan madu kerana banyak harta dikikis.Oh dunia!

Tips elak sihir: Baca ayat 7 ( Surah Saffat) selepas solat atau apabila diri terasa tidak sihat khususnya pada waktu Maghrib.


Owh inilah realiti,bukan sekadar lakonan di Cerekarama/Samarinda dll.Mungkin kenalan rapat/ahli keluarga pernah menjadi mangsa sihir.Ilmu & amalan sihir adalah antara ritual tertua di dunia.Dalam  rumahtangga ia digunakan bagi menghilangkan perasaan kasih sayang,memisahkan suami isteri,hilang kewarasan akal,menyebabkan penyakit hingga membunuh!Semoga perkongsian kali ini,dapat membantu mengelakkan suami isteri,daripada menjadi mangsa sihir seterusnya,insya Allah.






6 comments

19/1/13 22:35

betul2.. zaman sekarang ni kena byk lebih berhati2 kan :)

20/1/13 00:50

@Princess Feyqa

hye sis..ye betul tu.kenalah byk2 doa.

terima kasih. momoy sangat2 hargai yang dear siap bagi tips surah2 tu. tu paling bermakna. dah take note. thx dear

20/1/13 09:50

@.::: Princess MOMOY :::.

hye sis owh smga semua dpt jadikan amalan utk elak sihir ^^

20/1/13 17:43

kenapa perlu sihir menyihir ek?
kalau nak disayangi, dihormati...we have to do da same with others lah kot. baru lah kebaikan itu akan kembali pada kita.
apa pun...citer pasal sihir ni dh byk kita tgk kat tv. siap ada mutiara kata lagi yg sihir tu adalah satu dosa besar bagi yg melakukan.
kalau tgk tapi tak berpikir...memang lah tak jadi pedoman.

20/1/13 22:41

@ RedRose

yup betul tu sis,msh x fhm lg knpa semua terlalu pentingkan nafsu,cinta byk kucar-kacirkn manusia bila tdk bijak handle emosi.kesian pd yg mjadi mgsa sihir.smga kita semua stiasa dilindungi Allah SWT :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...