10

WHI TV3~Hak Wanita Apabila Dipukul teman Lelaki

13:40 |

Untuk semua blogger GADIS & WANITA yang tersayang,jom baca apa sempat saya catitkan sebentar tadi.Tarik nafas panjang2 ok go!


WEO (Pertubuhan Pertolongan Wanita) ~Tiada siapa yang berhak didera,penderaan bukan jalan penyelesaian.Salah satu sebab ini boleh berlaku;

-->Penyalahgunaan kuasa - konon sebagai lelaki,walaupun sebelum bergelar suami,mereka rasa ada kuasa untuk buat apa saja.Kalau perhubungan tidak ditamatkan,akan terus jadi mangsa.Ramai wanita masa bercinta anggap nanti dah kahwin,berubah.Penderaan akan lagi teruk jika perhubungan itu hingga ke jenjang pelamin.


Orang sekeliling termasuk jiran2 & doktor yang merawat,perlu laporkan jika ada tanda2 penderaan.Kalau berlaku keganasan,kena asingkan dengan segera.

 Cik Syarifah(Negeri Sembilan)--> Pakwe saya panas baran,kepala batu.Semalam baru jumpa,minta tolong bayarkan hutang.Saya takda duit,apa yang ada disebelahnya dia terus baling.Ada batu di sebelah motor,terus baling,berdarah kepala,dia biar aje.Dah 5 tahun 'couple'.Dia suka sepak,tampar.~"Kenapa bertahan?"~Sebab SAYANG.~"Bila dah dibuat macam tu,sayang lagi?"~MASIH SAYANG.~"Pernah diugut?"~Saya yang ugut nak tinggalkan dia.Masa dia tidak bertindak ganas,dia penyayang.



Ini bukan cinta buta dah tapi CINTA GILA!Ada 5 aspek kena pertahankan;

  • HARTA,NYAWA,TUBUH BADAN,MARUAH,KESELAMATAN
Pemanggil tadi memang perlukan bantuan.Terlalu sayang hingga tak tau mana hak,mana batil.Belum ada hubungan suami isteri,boleh laporkan di bawah Akta 324-326 kanun keseksaan,guna kekerasan dengan tangan,objek boleh didenda/penjara atau kedua-duanya sekali.

Statistik menunjukkan beberapa aspek dilaporkan;
  1. Memukul & menendang
  2. Pukul dengan objek keras
  3. Baling objek - tak kira masa tu berada di rumah,di shopping complex dll
  4. Serang dengan pisau & objek
  5. Melebur/bakar termasuk asid

Ramai wanita bersandarkan kepada sayang & cinta.Keganasan tidak berhenti kalau tidak ambil keputusan tinggalkan situasi tersebut.Mereka dikelilingi ketakutan.Pada masa sama,gunakan cinta & kasih sayang tak nak tinggalkan pasangan.Sebenarnya mereka takutkan ancaman.Bukan saja fizikal,tapi penderaan melibatkan emosi seperti cacian,maki hamun.Penderaan juga berlaku dari segi kewangan,seksual dan sosial seperti perhubungan luar diputuskan,tak boleh guna handphone,kena sentiasa 'punch card'.Konon kekasih buat begitu sebagai tanda sayang.

Ciri-ciri lelaki ini sukar dikenal pasti.Tak semestinya misai panjang melentik,rambut panjang dia tu suka mendera.Mungkin dia penyayang.Secara fizikal amat susah nak kenal.Tetapi sepanjang proses perhubungan,bagaimana nak tahu perhubungan itu sihat ialah;
  • jika dia menghormati perasaan & pandangan pasangan
  • bebas untuk bercerita apa2 isu
  • sebarang pertengkaran diselesaikan dengan baik.
BUKA MATA & HATI UNTUK NILAI PASANGAN

Hak-hak --> Ia rantaian hidup.Dapat kenal pasti semasa jadi teman lagi.Ada juga aduan,kalau kekasih ditegur penjual gerai,salesman,keluar kerja pun cemburu itu keterlaluan!Kena fikir itu hubungan sihat atau tidak.Itu sebab ada proses pertunangan untuk kenal hati budi pasangan.


WEO 
HUBUNGI NO INI JIKA ANDA/ORANG TERDEKAT MENJADI MANGSA KEGANASAN
03-7956 3488



Saya harap segala perkongsian kali ini dapat menambahkan info untuk rakan2 blogger.Di sini saya sertakan lagi sekali entri yang pernah saya tulis tahun lepas.Lirik dari lagu 'Tamparan Wanita kumpulan Elite',yang saya 'edit' sendiri untuk gambarkan betapa sedihnya ramai wanita masih teraniaya!Assalamualaikum.

<TAMPARAN WANITA>

Setiap kali kau marahi diriku ini

Tergugur jantungku tergamam membisu

Setiap kali kau kasariku tak mengerti
Kau berjanji tidak kau curangi lagi
<TENDANGAN LELAKI>

Tiada guna kita bersama

Jika jiwa ku miliknya

Akulah berkuasa
Di sini nokhtahnya, jangan kau cabar

( korus )



<TAMPARAN WANITA>

Aku bukannya selemah yang kau sangka

Aku tak rela diseksa, haa!


<TENDANGAN LELAKI>

Berani kau berkata-kata 

Rasakan kuasa,tendangan perkasa

<TAMPARAN WANITA>

Perasaan cinta tiada lagi di dada

Hanya perasaan benci menghantu jiwa
 <TENDANGAN LELAKI>

Mana bisa ku percaya...kau milikku selamanya

Bencilah kalau nak rasa ku dera

<TAMPARAN WANITA>

Tiada guna berkata-kata

Masanya sudah tiba
Akulah wanita
Tidak lagi gentar... jangan kau cabar



<TENDANGAN LELAKI>

Aku lemah hidup tanpamu

Berani ku sekadar di bibir ajer
Huwaaaaa...jangan tinggalkanku dearrrrrrrr



TUNJUKKAN GIRLS POWER KORANG YEHAAA!


# Nak baca lagi entri saya di bawah label WHI TV3,jangan lupa klik 'SEARCH' di atas.Sharing is caring ^^

10 comments

30/1/13 17:28

Belum jadi suami dah buat macam-macam..dah kawin nanti camane la..kalau ada anak..anak kena dera skali..ape hak teman lelaki nak pukul..bangkitla..jangan la kerana dek sayang tak sanggup tinggalkan..nanti merana badan..banyak lagi lelaki baik kat luar tu..tak layak lelaki yang kaki pukul dijadikan suami..

30/1/13 17:48

@Nieyxzha Hassanyarghh itu dia girls power!!!bgsnya kalau ramai gds di luar sana bfikiram mcm sis ^^

30/1/13 18:46

macam2 kannn...ganas..main kasar2...

bgs entry ni..lengkap dgn ph utk dihubungi...peratusan org yg masih couple or belum berkahwin lebih tinggi kes keganasan ni kannn

30/1/13 18:54

pangkah je la llki mcm ni..:(

30/1/13 18:58

@Yumida Hudasyukur smga entri ni dpt membantu kwn2 yg di luar sana.owh sy grm msh ada lg gadis yg biarkan diri didera,dipukul,sdgkan mak abahnya pun ntah2 x pnh pun jentik/pukul dia huhu.

30/1/13 18:58

@El-Jannayahhh betul2 girls power!!!

30/1/13 20:19

Assalamualaikum sahabat baikku di alam maya...
Alhamdulillah n3 yg baik, perlu dibaca oleh bukan shj wanita tetapi lelaki agar tidak sewenang-wenangnya memukul/mendera wanita. bagaimana perasaan kita jika anak perempuan kita dipukul oleh org lain. begitulah juga perasaan ayah perempuan/pasangan yg kita pukul itu...

**saya dh baca n3 '5 bulan 5 lagu' tu..tp entahlah tak tahu apa nak komen...terfikir juga mcmana kalau kena kt saya, entahlah boleh bertahan atau tidak. Apa pun selamat maju jaya kepada sahabat di tempat kerja yang baru. Tahniah di atas kesabaran itu...wassalam.

30/1/13 20:42

@abuikhwanwsalam alhamdulillah lama dh kite sm2 support entri msg2,trm ksh byk bg pdpt dan skgn ^^

sy mmg hrp sgt entri ini dpt menguatkan smgt gadis/wanita yg msh didera oleh psgn...utk keluar dr hbgn yg x sht.

ttg kerja,alhamdulillah msh ada sinar utk sy rupanya.trm ksh ye :)

31/1/13 20:58

Sy slh sowg drp nye..idop tak aman emosi sgt tganggu..sikap dia cemburu buta ssuka ati mndera fizikal n mental sy..sy skg di tgh2...TAKUT + MARAH + RASA DITINDAS + INGIN LINDUNGI DIRI & FAMILY DRP UGUTAN DIA...ya, mmg sy akui sy ade bkwn dgn lelaki lain disbbkan sikap nye yg bkn kwn baik kita yg boleh mjd "pdengar setia" n beri smgt if sy ade mslh..dia lgi mdorong tok lakukan perkara -ve...disbbkan kantoi hy sekadar msj,dy pukul sy ;( ..sy tkt!...sy tkt!..sy buntu..tima kasih ade topik yg mbri sy smgt wlupun xskuat mne..

31/1/13 22:48

@FaLiShahye sis trm ksh sgt sudi kgsi di sini.psn akk adik kn bebaskan diri,bina hbgn yg sihat,bercinta sdh tentu matlamatnya utk hdp semati hg akhir hyt sbg psgn suami isteri yg sah.

ada kwn2 akk yg ks mcm adik,mrka bijak trs ptskan hbgn scra baik(lelaki ada yg pendendam hati2).akk doakan yg terbaik utk adik.bykkn solat mhn agar dipertemukan jdh yg terbaik :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...