0

Asma' 69~AL-QADIR

14:11 |

MAHA KUASA

AL-QADIR,Yang Maha Upaya.Kebolehan-Nya tiada taranya.

1~Menewaskan musuh
Pastikan anda di dalam wuduk untuk membaca Ya Qadir beberapa kali dengan khusyuk,insya Allah anda akan dapat menewaskan musuh.

2~Ditingkatkan keupayaan
Kerjakan solat sunat 2 rakaat/nafil & baca Ya Qadir 100 kali & anda akan bertambah kebolehan untuk melaksanakan tugas,insya Allah.Sekalipun jika anda tidak menjadi yang terbaik di kalangan rakan sejawat,tetapi dengan amalan zikir ini anda akan bekerja dengan lebih baik & bertambah produktif,insya Allah.

3~Membuang kesukaran
Jika menemui kesukaran di dalam pekerjaan anda,bacalah Ya Qadir 41 kali,insya Allah ia akan hilang.

4~Bagi jiwa yang lemah
Baca Ya Qadir 100 kali atau 200 kali selepas melakukan solat sunat/nafil 2 rakaat,insya Allah jiwa & jasad yang lemah akan menjadi kuat & anda akan dapat menghadapi hidup dengan lebih sempurna.

5~Hajat diperkenankan
Semua orang mempunyai keinginan yang dirahsiakan (hajat yang halal) yang ingin dicapai.Dalam hal ini,bacalah Ya Qadir 305 kali sehari setiap hari.Lakukan ini dalam keadaan tenang & penuh khusyuk & tawadduk,insya Allah hajat anda akan tercapai.


Seperti rakan2 semua,saya juga turut diuji & ditimpa pelbagai masalah hingga seakan-akan rasa lemah.Mula datang fikiran negatif kenapa hanya saya dipilih untuk menghadapi pelbagai dugaan.Tetapi itu semua lagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan bersolat,berdoa & sudah pasti berzikir.Terlalu banyak pertolongan & rezeki tidak disangka-sangka berkat doa & zikir yang diamalkan.Yang penting niat kena ikhlas.

Saya juga turut amalkan zikir Ya Qadir apatah lagi kerja akaun di syarikat logistik,yang banyak berurusan dengan pelbagai syarikat baik di luar mahupun di dalam negara.Memang kadang2 saya pening sebab tiada langsung pengalaman mengenai logistik.Bagi kuatkan semangat dan tak mau putus asa,saya selalu amalkan zikir.Semoga zikir kali ini dapat membantu rakan2 semua.Assalamualaikum.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...