4

Asma' 70~Al-Muqtadir

00:17 |


 MAHA MENENTUKAN

AL-MUQTADIR,Yang Maha Berkuasa.Mampu melakukan segala sesuatu dalam sekelip mata.

Ada sebuah kisah di mana seorang Perdana Menteri India yang berkata,tidak ada kuasa di dunia atau di mana jua yang dapat memusnahkan empangan yang dibina di negara itu.Tetapi hanya beberapa hari selepas dia berkata demikian,empangan itu jatuh dan ribuan manusia mati.Empangan itu sebenarnya yang terbesar dan terkukuh pernah dibuat di India.Inilah suatu bukti tentang betapa hebat kekuasaan Allah SWT.

AL-MUQTADIR ialah Yang Maha Mengetahui.Maha Mengetahui yang telah & akan terjadi.Memiliki perancangan bagi setiap orang dan segala sesuatu.Perancangan-Nya Maha Sempurna.Segala makhluk yang dijadikan ada kegunaan & tujuan diciptakan-Nya.


1~Cahaya kebenaran
Sesiapa yang membaca Ya Muqtadir 100 kali bila bangun dari tidur,akan dapat melihat kebenaran.Mereka yang membacanya akan bersama dengan mereka yang terpilih di jalan Allah.

2~Keselamatan di waktu siang dan malam
Baca Ya Muqtadir 111 kali bila bangun dari tidur,insya Allah waktu siang & malam anda akan berlalu dengan aman.

3~Menajamkan ingatan
Agar ingatan menjadi tajam & kuat,baca Ya Muqtadir 100 kali selepas Subuh,insya Allah ingatan anda akan bertambah baik.

4~Hajat diperkenankan
Baca Ya Muqtadir 554 kali sehari,insya Allah permintaan anda akan diperkenankan.



Salam semua.Alhamdulillah zikir Asma ul Husna yang ke-70 untuk kali ini.Tajamkan ingatan?Ya,selain dari mengamalkan zikir Ya Rahman setiap pagi,zikir Ya Muqtadir juga bagus untuk menajamkan ingatan.Tak rugi kita semua berzikir dengan nama Allah SWT yang indah ini.Selamat berzikir.




assalamualaikum







4 comments

11/2/13 13:09

Thanks for the share...rietta bru thu info nie...

Psss....teluk batik mmg chantek....tenang jerr....pantai plak luas....jauh dr laut....nnti rietta upload picta yg mna ada...

11/2/13 16:01

alhamdulillah akan mengamalkannya ya..

11/2/13 22:38

@HeNRieTTa JoSehye sis alhamdulillah nnt amalkan ye:)

owh x sbr nk tgk foto kt sana tu he3!

11/2/13 22:38

@Etuza Ezawarnaslm Etuza alhamdulillah trm ksh :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...