2

Asma' 72~Al-Muakhkhir

07:21 |

MAHA MELEWATKAN
 

AL-MUAKHKHIR,menangguhkan,menjaga depan & belakang.Sesuatu terjadi mengikut masa & giliran yang ditetapkan.Manusia dilahirkan mengikut urutan yang sempurna.

Setiap kejadian mempunyai tujuan ia diciptakan.Nur Muhammad SAW telah wujud sebelum kelahiran manusia pertama Adam a.s.Tetapi Muhammad SAW datang sebagai nabi & rasul terakhir di muka bumi.

Setiap peristiwa berlaku mengikut masa & ketentuan Allah.Bayangkan anda dilahirkan ketika kehadiran rasul,adakah anda tahu siapa diri anda?Pengikut Islam atau musuh Islam?Tidak ada yang tahu kecuali Dia!Semoga Allah sentiasa menunjuki & mengampuni kita semua.

1~Dipanjangkan umur 
Baca Ya Muakhkhir 11 kali sehari,insya Allah kehidupan anda akan lama & lebih bermakna.

2~Memohon keampunan
Siapa yang merasa dia bersalah & bertaubat kepada Allah SWT selepas membaca Ya Muakhkhir 300 kali,insya Allah rahmat Allah akan turun kepadanya.Pintu taubat akan terbuka untuknya & dosanya akan diampunkan,insya Allah.

3~Mencintai Allah
Baca Ya Muakhkhir 100 kali sehari,insya Allah cinta anda kepada Allah akan sentiasa kekal.


Salam,semoga hari ini kita semua semakin rajin berzikir.Lagi bagus kalau mengalunkan kesemua 99 Asma ul Husna.Timbulkan rasa rindu...seakan-akan kehilangan sesuatu jika terlupa berzikir.Anggap seperti makan nasi tanpa lauk,tonton tv tapi 'mute' volume,mesti serba tak kena,kan.Berzikirlah selagi nyawa dikandung badan...tak rugi malah Allah akan lebih menyayangi hamba-Nya.Selamat berzikir assalamualaikum.








2 comments

24/2/13 15:24

Ya Muakhirr..Maha Melewatkan..semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz..semoga kita sentiasa hidup dengan keredhaanNya till jannah.InsyaAllh.aamiin Ya Allah. =)

24/2/13 20:57

@Novelgurl alhamdulillah...owh trm ksh byk sis tgglkan komen syukran ^^.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...