6

Nona TV3~ Gaza Palestin

15:52 |

Salam Ahad semua.Sebak seketika melihat perkongsian Fara Fauzana berserta krew Nona.Mari baca apa yang sempat saya tengok tadi.(Haraf maaf ye kualiti foto kurang memuaskan,doakan saya cepat dapat miliki Note 2 ^^)

Seorang isteri yang kini menjadi ketua keluarga setelah suami mati syahid.Rumah mereka dibom,sempat melihat suami terbaring sebelum dia sendiri pengsan.Suaminya meninggal dunia 10 hari selepas kejadian.Tabah membesarkan 4 orang anak.Tidak lupa menjaga waktu solat dan pelajaran mereka.


Adik ini baru berusia 6 tahun.Dia hendak menjadi tentera jet pejuang untuk membalas dendam di atas kematian ayah tercinta.

 
Seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya,Ibrahim.Semasa kejadian mereka sedang menjamu selera.Terkejut melihat sebuah kereta diserang,Ibrahim cuba membantu.Sewaktu itulah serangan kali ke-2 mengorbankan nyawanya.Hancur badannya.Selepas kejadian itu,isteri Ibrahim berkahwin lain dan meninggalkan 6 orang anaknya.Maka wanita inilah ibu,ayah dan nenek.

 Inilah di antara 6 cucunya.....
 Di sinilah tempat kejadian Ibrahim diserang....

 

Hampir 90% penduduk Palestin takda kerja.Mengharapkan bantuan kerajaan dan juga dari Malaysia.Mereka amat mensyukuri bantuan yang diberi.


Kesian melihat mereka.Rumah 2 bilik tapi penghuninya 15 orang!Mempunyai 9 orang anak,3 orang daripadanya golongan istimewa.Foto di atas ialah anak2 nya.Suaminya pula sakit jantung,ibu mertuanya pula menunggu bantuan untuk rawatan buah pinggang.



Hajah Hashimah,dari Aman Palestin yang sanggup meninggalkan seketika negara sendiri,untuk sama2 membantu kaum wanita di Palestin.Pelbagai tuduhan yang dilemparkan kononnya penduduk di Malaysia lagi memerlukan pertolongan.Tapi baginya,penduduk di Palestin setiap hari berusaha melindungi Masjid Al-Aqsa,kenapa dia juga tidak turut serta mewakili Malaysia?



Di saat anak-anak kita bebas berlari,leka bermain gadjet,seronok ke sana sini makan bersama keluarga,keluar pagi petang menuntut ilmu di sekolah....anak2 Palestin pula?Nyawa mereka sentiasa menjadi taruhan kekejaman Israel,tiada impian menggunung tinggi seperti anak2 kita di sini.

Harapan & doa mereka setiap hari agar nyawa masih dikandung badan untuk terus melindungi keluarga & sudah tentu untuk membalas dendam di atas kematian ahli keluarga tercinta.Al-Fatihah untuk semua umat Islam Palestin yang mati syahid........





6 comments

24/2/13 21:59

Insya Allah,doakan keamanan Palestin dan semua negara2 Islam di dunia ni,

24/2/13 23:38

@s.y.a.r.q ye smga knk2 yg sdg membesar tu dpt hdp bahagia n menjalani khdpn spt knk2 di msia ^^

25/2/13 02:04

Salam..
Nak menangis saya baca..
Saya bersyukur masih ada keluarga..

Nice entry sis..
May Allah bless them..^^

25/2/13 22:19

@Gee GTG slm tqvm,dear.tulah ms tgk nona trs nk share utk entri di sini....rs bertuah jd rkyt msia...

6/7/13 17:07

rasa kita ni terlalu beruntung sbb masih ada keluarga y sht n memiliki kshtan y sihat,, alhamdulillah ^^

7/7/13 00:39

@AiSyA LiEzAbetul tu AL..syukur sangat2 :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...