0

Semanis Kurma~Sihir Cinta 2 (Part 1)

23:38 |
Salam semua!Semoga hari ini dan seterusnya kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari kuasa sihir.Jom baca apa yang sempat saya dengar,lihat dan catitkan tadi.

Nak cepat maka tulisan pun comot huhu ^^


Matlamat tak halalkan cara.Kaedah dalam mencapai matlamat banyak rosakkan akidah.Tengok bomoh tradisional melayu,biasa tak lari dari nasi kangkang/tangas.Redha ke kalau beri suami makan benda najis (darah haid) kita?Kadang2 ada bomoh terpaksa sembelih binatang sebab nak bagi jin makan.Isteri tersebut berdosa besar,sehinggalah dia bertaubat,minta maaf sebab menzalimi suami.Nauzubillah kalau isteri tu meninggal sebelum sempat minta maaf.


Ada terbaca tentang SIHIR PENGASIH HALAL iaitu;

  • masak sedap2
  • siapkan tempat tidur
  • sikap lemah-lembut
  • maniskan senyuman
  • bagi hadiah dll
Pesanan kepada isteri,ingat hadis Nabi Muhammad SAW:
“Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik”.
(*At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki)

Bahagia di dunia sekejap je,solat tonggang-tonggek pun tak guna.Mereka manusia yang rugi dunia & akhirat.

Kaedah ilmu pengasih & penunduk:

Cara perubatan~gunakan rukyah syariah
                       ~rukyah : rawatan/perubatan
                       ~syariah : ikut hukum syarak-berdasarkan al-Quran

Bagaimana pula kalau tiba2 berselisih dengan orang yang 'ada ilmu' dan kata yang dia nampak ada jin pada diri kita?

~Kalaulah orang itu dakwa boleh nampak,maknanya dia menggunakan qarin dalam kalangan iblis.Sebab hanya iblis boleh nampak iblis.Jangan mudah percaya.Sepatutnya kalau dia diberi kelebihan oleh Allah,dia diam dan menolong secara senyap.Contoh macam dia kata "Minum ye air ni,sihat nanti".Benda yang karamah tak boleh dihebohkan,takut jatuh fitnah.

Ada juga selepas bertemu bomoh,sakit bertambah teruk.Sama ada bomoh masukkan bukan2 atau 'ada' yang ikut.Itu jin yang dihantar sebagai 'protector'.

"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]


Boleh berubat menggunakan kopi,gula,biskut dll dengan syarat sebaik-baiknya dibaca doa,sekurang2nya al-Fatihah.


Bersambung ke Part 2 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...