5

Semanis Kurma~Sihir Cinta 2 (Part 2)

00:05 |

Aishah~>mangsa sihir

Orang yang terkena sihir seperti Aishah,akan mudah marah,sumpah seranah,tak normal.Kalau pesakit muntah,mungkin terkena sihir melalui makanan.Itu sebab bila diubati,Aishah muntah.Tahniah kepada suaminya yang sangat sabar.Aishah bertanya bagaimana nak pulih sepenuhnya,Sebab dah setahun dia terkena sihir,akan jadi sakit2 kalau tidak baca al-Quran secara konsisten.

Ikut cara Nabi Muhammad SAW;
~Sebelum tidur luruskan kaki,baca 3 Qul hingga habis.Tiup dan sapu ke muka,raup/usap tangan dari hujung rambut hingga ke kaki dan jangan angkat tangan.Buat sebelum dan sesudah bangun tidur,buat hari2 jangan penat.Malam syaitan aktif,bomoh pun aktif!

1) DOA BAGI YANG BELUM TERKENA SIHIR


2) BAGI YANG AKAN TERKENA/DAH AGAK AKAN KENA 
(terdengar musuh pernah berkata "Siaplah kau....")


3) MEMBATALKAN SIHIR 
(yang terkena macam kes Aishah)


Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam;
  1. Minta nama mak
  2. Minta barang/pakaian pesakit
  3. Minta ayam/binatang nak sembelih
  4. Baca jampi yang kita tak faham
  5. Dia berikan tangkal
  6. Dia sendiri pun pakai tangkal
  7. Suruh tanam 'barang' untuk pendinding rumah
  8. Dia boleh nampak hingga 40 ekor syaitan/hantu pada diri kita


DOA TAMBAHAN


Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dari gangguan sihir,tak kisahlah apa jenis sihir sekalipun.Memang meremang tengkuk bila baca dan dengar pengalaman wanita di luar sana.Teringat kawan sekolah saya,bapanya menuduh ibunya nak 'kenakan' dia.Konon ibunya nak sihirkan bapanya gunakan tuala wanita yang terletak di atas penutup mangkuk tandas duduk tu.Sebenarnya ibunya dah cuci bersih cuma terlupa nak bawa keluar untuk buang di tong sampah :(

Harapan saya perkongsian kali ini dapat membantu semua kawan,sama2 kita amalkan doa yang diberi.Yang penting jaga perkataan & perbuatan,supaya tiada yang simpan dendam hingga terfikir untuk sihirkan kita semua.Jangan sewenang-wenangnya niat nak sihat,nak sembuh,nak pasangan semakin sayang tapi gunakan sihir.Matlamat tidak menghalalkan cara.

Assalamualaikum







5 comments

8/2/13 00:20

wah nice info..sy xtgk semanis kurma td..da boleh baca kat sini jer.. =)

@~AmyLiana86~alhamdulillah jgn lupa ye amalkan doa2 tu ^^

8/2/13 10:25

dat's a really good sharing. Been there, done dat. memang seksa bila dah terkena. tapi kalau kita sabar and ikhlas mahu sihat, insya Allah akan dilorongkan ke jalan yang benar dan sahih untuk tujuan rawatan. :)

@RedRosehye sis owh smga kita semua dlindungi dr sihir ni,hrp siapa yg dlm situasi mcm aishah dll,smga mrka kuat dan dpt bebas secepat mgkn dr sihir yg kejam :(

8/2/13 16:39

nice info... serius tak tahu.. memang al-quran kitab yang lengkap dan penuh hikmah... alhamdulillah... :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...