2

Tabiat kena HENTIKAN di PEJABAT!!!

00:10 |
Salam pembuka bicara chewah!Alhamdulillah nak ucap terima kasih kepada korang yang sudi singgah baca entri.Terima kasih juga kepada Redrose,Malay Male,Lekat Lekit Gurl & SrikandiPermata yang sudi tinggalkan komen untuk entri sebelum ini.

Owh setelah 4 bulan 'JOBLESS' akhirnya Jumaat lepas saya ditawarkan bekerja di syarikat logistik milik seorang Dato'.Semoga peluang yang diberikan itu akan saya gunakan untuk menjadi pekerja yang cekap,komited,kurangkan kesilapan dan BERDISIPLIN.Semasa saya dibawa berjumpa dengan pengurusan atasan,Dato cuma pesan ini je;

"Selamat datang ke syarikat kami.Saya tak banyak kira,janji kamu jalankan tugas dengan baik dan cekap.Cuma satu saya harap,agar semua pekerja di sini termasuk juga kamu,berdisiplin & amanah.Apatah lagi kamu di bahagian Akaun.Kerja bagus mana pun tapi kalau tak berdisiplin,memang terus markah jadi '0'.Bila kita berdisiplin,hidup lebih teratur,tahu matlamat yang hendak dicapai,dan hasil kerja kita akan menyenangkan semua pihak."

Ok sebut tentang disiplin,saya nak kongsikan artikel tabiat apa yang kena hentikan di pejabat;


1)MAKAN TENGAHARI DENGAN ORANG SAMA

~Kalau dah officemate tak ramai,dah tentulah tak boleh elak makan dengan orang sama,kan.Sebenarnya ini untuk elakkan pandangan rakan sekerja lain,sebab nampak macam korang nak bodek atau mengumpat.Satu lagi kalau kerap keluar dengan officemate lain jantina,nanti dikatakan ada skandal
Psttt-->Dah pernah terkena.Padahal kitorang keluar makan je,sebab kebetulan baru balik dari urusan di bank dll.


2)BERSOLEK & BERDANDAN DI PEJABAT

~Kot ye pun,gi lari jap masuk toilet atau bilik surau.Setakat nak betulkan tudung yang tersenget-benget takpalah.Buatnya masa tu korang khusyuk tenyeh lipstick,bos tiba2 muncul.Hah,mau tak tertelan gincu tu!
Psttt-->Owh saya ada lekatkan satu cermin kecil di 'partition' meja,senang nak betulkan tudung nak2 lagi masa pakai tudung bawal.


3)DATANG KERJA WAKTU SAKIT

~Kot ye pun nak jadi pekerja yang terbaik untuk menang anugerah,kalau betul2 dah tak sihat tu,pakat dok rumah jelah.Muka dah pucat bin lesi,silap2 bos tengok pun pengsan.Yang penting dapatkan MC dari klinik secara halal.
Psttt-->Owh ada juga yang beli MC.Pelik...kerjanya kat Sepang,alamat rumah pun kat Sepang,tapi sanggup dapatkan 'rawatan' di KL.Kalau sakit,laratlah pulak jauh2 gi KL.Apa..dah habis ke ubat2 kat klinik di Sepang ni?Jangan...jangan tipu tau...tak berkat nanti Allah marah.


4)MENANGIS

~Putus cinta?Baru dapat 'call' kucing kesayangan mati dilanggar?Cubalah kuatkan emosi di saat korang sedang bekerja.Melainkan mendapat berita keluarga ditimpa musibah dll,memang patutlah risau dan mungkin tak sempat nak nangis,kita semua dah kelam-kabut nak balik.
Psttt-->Last saya menangis di office tahun lepas,setelah bos kata cuma tinggal saya sorang je kerani perempuan.Lagi 2 kerani diberhentikan sebab syarikat dah takda bisnes.Memanglah saya menangis sebab dah 2 tahun bersama,tiba2 tinggal saya sorang je,kerja pula dengan lagi 4 orang lelaki.Tapi masa tu,bos faham dan siap kata"Takpa nangislah saya faham" ^^


5)MENGGODEK FB/TWITTER/ INSTAGRAM/BLOG

~Korang tengah sibuk habiskan kerja menimbun di atas meja.Rasa2 geram tak kalau tengok officemate lain selamba 'update status'.Tak kisahlah guna PC atau guna handphone canggih dorang.Nak sangat 'update' buatlah masa lunch break,lebih baik guna handphone je.
Psttt-->Kadang2 korang rasa boleh bertolak-ansur.Tetapi kalau dah memanjang kawan tu kerja silap,tak fokus sebab 'fokus' tu dah pergi ke FB dll,bos pun marah.Sporting mana pun bos korang,jangan ambil kesempatan.


6)MASUK LEWAT

~Inilah disiplin yang perlu dijaga.Nampak macam korang tak bersemangat datang kerja,tak minat,tak pandai uruskan masa.Bagi korang yang duduk dekat je dengan office,alasan logik apalah nak bagi untuk kelentong bos di pagi hari.
Psttt-->Kalau betul2 ada hal,takpalah macam kena bawa anak ke klinik,bayar bil2 sebelum dipotong,tayar tiba2 pancit ke.



"Barang siapa yang di waktu petangnya merasakan kepenatan sebab kerja tangannya,maka di waktu petang itulah ia terampun dosanya"
(Riwayat al-Tabrani & Baihaqi)





2 comments

7/2/13 22:47

salam...
nice entry sis..!!!

masalah lewat..
ni cheq nak hababaq sikit..
dari universiti lg..
ramai dok buat perangai lagu ni...
hadoyaiii..
dtg la awai..
kan..

p/s: rasa nak baling jer orng yang buka pintu time kuliahhh..
dah la dtg lmbat buat bising pulak...
bagi mkn kasut kang(moody..sebb tadi ada org lmbt dtg kuliah..)

ok..dah tamat...^^

@Gee GTGwahhhhh itu dia mrh meledak mcm volcano ngee ^^.yelah mmg geram kan sbb terganggu fokus.knpalah msh ada yg x reti manage time :(

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...