2

Asma' 76~Al-Bathin

22:30 |


MAHA TERSEMBUNYI


Al-Bathin,Yang Tersembunyi,Yang tidak diketahui.Tidak kelihatan tetapi Dialah segalanya.Tersembunyi tetapi Nyata.

Dialah yang menyembunyikan apa-apa yang dikehendaki-Nya dari kefahaman & pandangan mata kasar.Kesalahan kita juga akan disembunyikan jika Dia menghendakinya & begitu jugalah dengan amal kebajikan kita.Dia mampu berbuat apa-apa yang disukai-Nya.

1~Cinta untuk solat
Siapa yang rasa malas untuk mengerjakan solat,hendaklah dia membaca Ya Bathin 11 kali sehari,in shaa Allah dia akan menjadi suka untuk melakukannya & akan menjadi muslim yang baik.

2~Mendapat ilmu yang jarang didapati manusia
Untuk mendapat ilmu yang tidak diketahui yang disebut perkara ghaib,baca Ya Bathin 30 kali sehari selepas setiap solat fardhu.In shaa Allah anda akan ditunjukkan dengan cahaya kebenaran bagi perkara yang tersembunyi dari pandangan mata & fikiran biasa.Lakukan ini bertahun untuk mendapatkan hasilnya.

3~Terpilih sebagai umat
Baca Ya Bathin 33 kali,in shaa Allah anda akan termasuk dalam umat atau golongan yang yakin.

4~Melihat kebenaran
Baca Ya Bathin 33 kali sehari & in shaa Allah anda akan dapat memahami kebenaran sepenuhnya & tiada yang tersembunyi dari anda melainkan apa yang dikehendaki-Nya.



Assalamualaikum.Semoga zikir Ya Bathin kali ini,dapat kita jadikan amalan bersama.Mengenai #2 untuk mendapat ilmu yang jarang didapati manusia,itu semua jika diizinkan Allah SWT.Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk para hamba-nya.Kita hanya berusaha untuk menjadi yang terbaik.... 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.

Riwayat Abu Daud

Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mencari ilmu untuk menandingi para ulama atau mengalahkan orang2 yang jahil, atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya,maka orang ini akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka 

Hadis Riwayat Tirmizi


SELAMAT BERZIKIR



2 comments

20/3/13 23:50

salam sis..

nak cari ilmu pon niat kena betulkan..^^

semoga saya tergolong dalam orang yang mencari ilmu di jalannya..
semoga x bongkak..inshaAllahh^^

21/3/13 00:39

@Gee GTGye betul tu,untuk peringatan diri akk gak amin......

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...