2

Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013~Part 2

13:36 |


Bukan setakat buku agama je ada di sini,bagi korang pengemar komik & novel....apalagi serbu!

  Bak kata Ket,kawan saya.Agama..agama juga..hiburan pun perlu ngehhh ^^

 Beli 2 Ujang dapat percuma Paper Bag 

 Opsss saya dah lama 'aim' novel ni,dari jauh dah nampak yehaaa!!!

 Ramai peminat R.A.M rupanya!

Taraaa saya dah dapat.Lepas habis baca nanti,saya akan bertukar-tukar dengan Ket.Seronok berkongsi baca.Tapi kata Ket,mau pening lagilah otak dia baca novel thriller R.A.M ni.Ye itu saya akui sebab terlalu banyak teknik 'flashback' yang memang buat otak saya penat huhu...

  Di antara novel yang akan menjadi drama.....memang 'sold out' novel kat 'booth' ni.

 Saya dah tak beli novel jiwang2..pinjam oklah(^*)
Saya dah baca novel ni,Ket punya.Hurmmm kalau dijadikan filem,tak taulah best ke tak.

Di antara 'booth' yang ada di sini....

  Kenal tak kenal tak?
 Lip lap lip lap gitu...dari jauh kaki macam laju je melangkah.
 Mak & 2 adik saya memang kumpul novel tulisan kreatif Ain Maisarah.

 
 Hari ni masih sempat lagi kalau korang nak jumpa,pukul 3 petang.

Betul..betul..betul..kami pun ada di sini di sini...
 Banyak barang Upin & Ipin dah beli termasuk Buku Solat.Jadi beli air ni jelah..

 Bukan budak perempuan je suka....mak budak pun!


Ni nak cerita!Saya dan anak2 memang kumpul Pada Suatu Hari 1 & 2.Kenapa?Sebab best..jalan ceritanya & lukisannya cantik.Tak jemu baca.Mengimbau kembali nostalgia masa kecil.

 Ja'a penulis & pelukis...memang kreatif!

  Di Ana Muslim pun ada buku latihan

 Wah ramai juga berkerumun di sini.
Saya memang sukakan pantun.Kalau idea takde nak taip perkataan panjang2 untuk entri atau tinggalkan komen masa blogwalking,mesti saya berpantun ^^





Siapa tak kenal beliau...Abdul Jalil Ali.Best tau baca penulisannya.

Buku terbaru,nak beli tapi bajet dah lari huwaaaaa!!!

 Karikatur pun ada tau...beratur orang tunggu 'turn'


Wah saya tertarik nak beli buku ni,sebab entri tahun2 sebelum ni saya pernah kongsikan mengenai Yahudi juga.Tapi penjaga 'booth' ni ntah pergi mana pulak,lama tunggu.Masa dah suntuk banyak lagi tempat nak pergi.


Wah sedar tak sedar dah pukul 3 petang dan kami masih tak solat Zuhur.Apalagi kami terus menghala ke Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi.Next entri tentang Masjid yang cantik,ni ^^


Ramai pengunjung yang datang ke Ekspo Buku Islam.Ini membuktikan masih ramai lagi rakyat Malaysia yang minat membaca.Jangan hadkan pembacaan pada satu2 genre/bidang je,lebih banyak membaca lebih banyak ilmu yang diperolehi.






2 comments

3/3/13 17:03

salam..
hahaha.. seronoknya..
saya nampak komik...(meleleh dah ayaq liuq ni ha..)

p/s: pernah baca novel pak cik ramlee tu.. sangat thriller.. seram awok.. tapi best..
belanja satu..(sambil kuis permukaan meja..)

@Gee GTG slm he3...akk blja time buat review kat sini..ok tak ngehhh ^^

#tahap bz melampau2 smpi x sentuh2 pun lg novel huwaaa

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...