4

Karnival Wow~Hari Pertama Perasmian

22:27 |


Hai semua!Selepas operasi memborong buku di Ekspo Buku Islam,saya & Ket pergi solat dulu di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi).Kemudian apalagi serbu ke Karnival Wow.Kami pergi hari Jumaat,masa tu pengacaranya Aidil Ghaffar,Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri (DR) Aseh bin Haji Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya yang akan merasmikan Karnival Wow 2013.

 Apa yang diorang pakat kerumun ni?

Owh Kadet Remaja sedang buat persembahan dan paling tak sangka' leader' menari gelek mengalahkan Datuk M.Daud Kilau.Masa ni semua sporting dan tepuk tangan.Pelbagai lagu termasuk Dil To Pagal Hai,poco-poco pun ada alahai.

 Maskot Colgate dah datang yehaaa


Dari jauh saya dah nampak 'Lady in Red' ini.Apalagi klik...klik...klik....

Ini pun sempoi...klik..klik...lagi dan lagi...
Huhu saya takut sebenarnya nak dekat dengan bro,ni.Dahlah hitam semua badan dan muka dicat,aksesori yang dipakai tu pun saya tiba2 gerun.

 Cuaca dahlah panas,kesian bro hitam ni hah.

Cuaca masa Jumaat ni memanglah panas!Memang muka saya & Ket dah terasa perit,lekas2 cari sumber air untuk diteguk.Ternampak geng Les Copaque berkerumun di sini dengan t-shirt biru terbaru Upin & Ipin.Mereka pun' support' produk minuman terbaru Boboiboy.Nak snap foto diorang saya segan sangat sebab semua lelaki huhu...

Harga promosi RM12.00.Kalau beli di kedai biasa...tak ingat dah apa pakcik tu cakap sebab kitorang dah haus gile he3....

Boleh didapati di Hypermarket dan juga kedai ayamas.Terbaik..sedap gak,kalau bancuh untuk minum panas macam Hot Choc,kalau minum sejuk rasa macam produk terbaru Dutch Lady tu.Kalau buat ice blended pun sedap tau!Memang patutlah Adudu nak sangat resipi rahsia Tok Aba.

Banyak promosi boleh cuba rasa,kalau best beli ler.

Pelbagai gerai makanan memang buat perut korang bergelodak minta diisi.

Yup saya orang Johor.Terus serbu konon nak beli pisang goreng cecah sambal kicap...

Tapi dah habisssssss menci...menci!!!


Semua 'booth' kitorang singgah.Macam biasalah ada jual tudung,baju,beg tangan,buku & novel,Upin & Ipin,Boboiboy,pameran menu dari hotel2,karnival makanan dari pelbagai negeri dll.Cuaca terlalu panas dan takde mood nak ambil semua foto.Bila dengar je pengacara Aidil cakap,sekarang ada persembahan Tatu dari ATM,apalagi kami terus ke sana.Bateri handphone semakin low,maka Ket kawan saya menjadi mangsa paksaan saya untuk 'snap' semua foto.Berkongsi di entri seterusnya ^^

# Owh ada juga badut yang berkaki kayu tu hah!Saya mula2 nak 'snap' foto dia.Bila dia perasan terus ikut dan menyakat saya,geram betul!Saya dahlah takut dengan badut yang berkaki kayu tu,terus tak jadi dan saya lari huhu ^^




4 comments

3/3/13 23:02

salam.. sis..

wah ni tahap bizi snap2..
bizi kuaq duit skali lahkan2..
amboi.. jeles nya saya..

p/s: serius.. brader yang hitam tu muka macam nak makan orang jer..

nice entry sis.. i like it..nak pergi jugak..huarghh..

3/3/13 23:17

assalamualaikum. seronoknye dapat pergi ..tapi banyak pula halangan bila nak pergi sini

@Gee GTG slm tau takpe,gigih giler tau snap foto nk share utk korang semua.byk hbs duit masa beli buku je sbb karnival ni biasa je jual2 brg....

ye bro hitam tu mmg berjaya buat akk takut huhu.

@Aku Penghibur wsalam owh takpe next year pergi tau ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...