14

Keywords~Haiwan yang hidup di darat

20:27 |




Alamak....ada juga ke yang "Google"?Ni mesti murid sekolah rendah.Ok takpe jom kita belajar National Geographic + Bahasa Melayu,ye murid-murid sekalian.Ok buka mata besar-besar...salin nota laju-laju.Mari kita berkenalan dengan haiwan darat yang terkenal dalam peribahasa,simpulan bahasa & perumpamaan melayu.Bismillahirrahmanirrahim....


(1)

Saya lembu.Semakin banyak keturunan saya 'glamour' di tv dan media massa.Susu yang kami hasilkan memang power dan berkualiti tinggi.Kalau takde duit banyak,jangan mimpilah nak merasa susu tepung di hypermarket.Tetapi saya mewakili lembu2 sedunia rasa marah sebab ada peribahasa;

"Seperti lembu dicucuk hidung"...itu kami ok lagi,dah tentu hidung kami dicucuk.Tak logik kot cucuk bibir pulak?Tetapi perumpamaan ini,kami tak boleh tahan..."Bodoh macam lembu"???

Apalah dosa kami?Kalau macam tu punya peribahasa,kenapa ramai lagi manusia masih setia minum susu kami?

Moooooo....moooo.....



(2)

Mbekkk...ermmm....akulah kambing.Hei lembu di atas,aku pun 'famous' lah!Susu aku semakin laku untuk cerahkan kulit maka terciptalah sabun dan lulur.Nak hilangkan sakit kuning bayi baru lahir,pun guna susu kami punya.Nak bagi anak cerdik,untuk anak sakit asma pun guna susu aku yang dibuat jadi pil-pil comel.

"Woittt kambing,jangan lebih2..aku bagi smack down kang"....kata si lembu.

Sama juga macam itu lembu,aku pun rasa malu terhina bila ada simpulan bahasa melayu;"Senyum kambing"...itu takpalah sebab tahu kami memang genetik yang hensem,senyum kami mahal."Mandi macam kambing"......perumpamaan ini yang kami marah.Jangan tanya kenapa....



(3)

Kokokokokkkkkkkkkkk........ye akulah ayam!."Bermacam ayam...ada ayam kampung,ayam hutan,ayam siam,ayam turki,ayam belanda".Tak perlu diperkenalkan lagi akan kehebatan aku semasa di gelanggang lawan.Menjadi 'hot' menjelang bulan ramadhan dan syawal.Juga semakin laku di....KFC huwaaaaaa!Aku juga cukup terkenal dan paling banyak digunakan dalam peribahasa melayu;

"Cakar ayam"~"Buta ayam"~"Ajak-ajak ayam"~"Ayam tambatan"~"Hangat-hangat tahi ayam"~"Kaki ayam~"Tidur-tidur ayam" dannn yang paling terkenal ialah........................"Ibu ayam"

Ok sekian dulu terima kasih!


(4)

Aku...musang yang terkenal kat negara Malaysia,ingat tak,ingat tak?Alah filem "Musang Berjanggut" lakonan Tan Sri P.Ramlee,terkenal sampai sekarang tau.Aku pun ada juga dijadikan perumpamaan;

"Musang berbulu ayam"....ntah apa-apalah manusia ni.Dah sah2 aku berbulu musang,apa kena-mengena dengan bulu ayam yang tak lembut gebu tu?

"Heiii musang!Cakap elok2 ye.Bulu aku walaupun tak lembut,sekurang-kurangnya cantik berwarna-warni.Keturunan aku banyak masuk 'contest' kau ada?" begitulah kata si ayam sambil mengais mencari cacing.


(5)

Nama teman....hurmm....badak!Selamat berkenalan nak autograf ke?Alah teman tau korang nak,kan.Yelah sejak teman terkenal kat filem "Madagascar"...terganggu aktiviti berendam seketika.Penat asyik 'shooting' je.Sapa kata teman cuma terkenal di 'oversea' je.Nama keturunan teman pun ada dalam perumpamaan...

"Pekak macam badak" dan"Bagai badak berendam"......sensitif tau!Walaupun badan teman besar,tapi teman pun tau kecil hati,tau!



(6)

Kera itulah aku...comel tak?Keturunan aku memang pakar panjat pokok kelapa.Selalu keluar 'newspaper' tau!Kecomelan kami selalu menjadi perhatian.Setakat dijamu makanan ringan....perkara biasa,sampai sebu perut.Ye betul tu.Ingat binatang kat atas tu je 'glamour'......

"Kera sumbang"...amboi rasanya geng aku malas nak 'over',maklumlah' low profile' gitu."Seperti kera mendapat bunga" ishhh ishhh kantoi,macam mana tahu ni.Korang manusia suka sangat skodeng ni.....



(7)

Hai semua(suara besar ala soprano).Ye akulah katak haiwan 2 alam...hidup di darat dan juga di air.Sorilah aku sakit tekak,maklumlah banyak sangat koir lagu "Katak oh katak, kenapa kau panggil hujan....Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku".....onk...onk...

Bukan setakat lagu tu menambahkan lagi populariti keturunan 'hijau' aku,dalam peribahasa melayu pun ada."Seperti katak di bawah tempurung".Hello....onk..onk....memanglah tak 'class' duduk bawah tempurung.Tapi aku akur sebab itu dah membuat aku semakin terkenal di Disney Channel.......

Yang katak kuning tu,adik aku....ke anak aku..atau mungkin cucu aku?Banyak mendapat undangan di merata Malaysia sebab......


Hai saya Upin...saya Ipin.Betul...betul..betul...katak dah semakin sibuk mengikut pengembaraan kami..bye3...




Itulah kelebihan orang melayu yang bijak berbunga-bunga dalam perbualan seharian.Banyak pepatah,perumpamaan,peribahasa,pantun seloka yang menggunakan nama binatang,sama ada darat,air dan udara.

"Tak lapuk dek hujan,tak lekang macam rambutan"














14 comments

12/3/13 20:59

hahaha..
sangat melampau..
wakakaka..
paling x tahan.. ada ke peribahasa seperti badak berendam..
ni yang saya konpius ni.. akak ni kena tukar kerja jdi pengasuh haiwan2 ni.. la...

post ni sangat awesome..
saya suke..^^

wakakakaka.. adeh.. sakit perut bace..^^

12/3/13 21:06

@Gee GTG jgn gelak besar2 kang kantoi takde gigi he2....tq tq..mmg pnh berangan nk kje kat zoo tp bila fkr nnt kena cuci kandang dorg...ermmm terbatal niat murni tu ^^

owh mmg ada "Bagai badak berendam" letih buat n3 ni sbb kn google search peribahasa bagai.nnt tersilap x pasal2 kena tegur ngan para cikgu BM he3..

12/3/13 22:24

boleh buat blog pendidikan untuk kanak kanak ni :-)

12/3/13 22:35

@the malay male hah?hehehehe adeihh ^^

12/3/13 22:36

@||Sis aLeaSaRa||
oh yeke?
saya tahu ada kuih badak berendam jer.. sep.. kak liza selalu buat..
nyumm222..
lapar lah pulak..(dem!!)

p/s: apa maksud dia sis?..
oh jap2.. macam tau.. je..
ok saya pon senyap..^^

12/3/13 23:45

@Gee GTG tapi x retilah makan kuih tu sbb nnt teringat badak tgh berendam ngehhh ^^

erm ntah tak tau ayoyo tak tau ^^

13/3/13 01:52

hehehe kelakar entri ni...

13/3/13 07:17

@Nora Karim he3 tqvm,sis nora.dh keywords mcm tu alang2 trs buat n3 ni ^^

13/3/13 10:51

org skrg ckp direct ja..takde berkias2...laser..!1

13/3/13 11:13

hahaha...

13/3/13 12:59

@❤Kamsiah❤ tulah sygnya sbg org mlyu kita semua ptt kekalkan adab sopan santun.lmh lmbt berbicara ^^

13/3/13 12:59

@sal ya ngehhh tqvm (~_*)

13/3/13 15:23

post ni best. tersenyum baca.haha

13/3/13 15:40

@nik ros tqvm sudi sggh baca (~_^)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...