3

Memori Cinonet ~ T.I.T.I di malam Jumaat ???

01:44 |

Lokasi : Tanjung Ipoh,Kuala Pilah

Waktu : Malam Jumaat

Sound Effect : Aouwwwwwwwww (lolongan anjing)

Pelakon : 3 orang anak dara sunti Form 2



Sinopsis

Di sebuah kampung,semua penduduk telah lena diulit mimpi walaupun jam ding dong ding dong baru menunjukkan pukul 10 malam.Kelihatan di sebuah bilik,3 orang anak dara ketawa berdekah-dekah bercerita 'peel' kawan masing2 di sekolah.Ops mereka semua sepupu,2 orang sekolah di Kuala Pilah dan seorang lagi di Shah Alam.

Dari satu topik ke satu topik,akhirnya mereka teringat kejadian petang tadi.Sewaktu perjalanan pulang ke rumah setelah bermain lompat getah,mereka melalui kawasan perkuburan.Dan di situ mereka nampak sebuah titi yang hampir reput dimakan anai-anai.Tup..tup..mana  datang ntah idea geliga si baju biru.Suka hati je menyanyi di malam Jumaat...........




Aouwwwwwwwww........




Terkejutnya mereka dengan lolongan anjing yang betul2 di tepi tingkap di bilik mereka itu.Dan yang berada di tengah,comel memakai pijama kuning adalah 'kite' (penulis).Mengigil ketakutan kerana asyik kite je jadi mangsa dalam apa2 'games' pun.

Maka disebabkan ketakutan,mereka langsung tak tidur hingga kedengaran azan Subuh.Kelam-kelibut mereka berlari ke dapur setelah mendengar bunyi Tok Wan sibuk mengambil wuduk,di tandas.Setelah habis solat,Tok Wan beritahu;

"Semalam Chu Besah jiran sebelah beritahu,malam tadi si polan meninggal kemalangan.Malam tadi pulak anjing tak henti2 melolong.Kamu dengar tak bising2....ke korang tidur mati?"


Agak2 kan anjing tu nampak apa ye?Kenapa pulak melolong kat tepi tingkap kitorang huwaaa........








3 comments

8/3/13 14:06

salam..sis...

auuoooooo(nak sound effect jugakk^^)

kalau saya...pernah jugak dengar anjing melolong..
masa tu teman mak kerja malam..
dekat je dengan kubur cina..
nampak anjing tu macam takut2..
uish..masa tu nak pergi tandas pon x berani..
balik rumah pukul 6 pagi..tahan je la..
(tabah x saya..)

p/s:dulu mak saya kerja guard kat hospital.. abis SPM saje gatal2 nak tengok mak kerja camne..kikiki^^
(saya kan anak mak..kikiki)

8/3/13 23:38

nyeri tu....he3

@Remy hazza ngehhh he2...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...