4

Semanis Kurma ~ Bibik Oh Bibik - Part 2

00:52 |



Tina - Klang,Selangor --> Saya memang ada ambil bibik sewaktu saya mengandung hingga melahirkan,tapi dia dah lari.Saya rasa,kan dia berdendam,dia ada SMS.Dia beritahu ada susukan baby saya.Jadi macam mana,ustazah?Macam mana nak tau dari segi hukum?Anak saya usia dah 2 tahun.Saya ambil dia  masa mengandung sebab ni anak ke-4.

UN --> Kena dapatkan izin dari suami/ibu itu sendiri.Kalau bolehlah tukar nombor handphone,sebab bibik tu ada usaha untuk ganggu emosi.Anggap itu di luar pengetahuan,serahkan kepada Allah,sebab nanti lebih rumit.Belum tentu bibik cakap betul,mungkin nak sakitkan hati.Benda yang samar2 serahkan kepada Allah.


WS --> Logik ke dia susukan?Jangan percaya sangat!Saya seorang pelajar psikologi.Saya lihat bibik tidak diberi 'Mental Emotional Check Up'.Gila ke,ada tekanan ke,bipolar disorder ke....sebab kita tak nampak!Sebab itu kita tengok macam2 'peel' bibik.Bila saya rasa tak sedap(hati),saya kena ada 'rasa' sebab saya ada 'amanah' Allah.Bibik hanya membantu,bukan ambil alih peranan ibubapa.

"Perkataan yang lemah-lembut dapat lembutkan hati yang keras macam batu;
tetapi perkataan yang keras itu dapat keraskan hati yang selembut sutera"


Tips hubungan antara 2 pihak supaya baik je,saling hormat-menghormati

UN --> Macam ustazah,kami harap bibik pun dapat pahala tiap kali kami keluar berceramah.Lihat tahap pendidikan,tahap emosi bibik.Memiliki bibik memang mudah,boleh minta tolong.Ustazah nasihatkan sentiasa muhasabah diri.Kadang2 terlajak,terbabas,semua bibik buat.Ustazah pun kadang2 berbisik nak minta tolong gosokkan tudung.Suami kata kalau boleh buat sendiri,buat sendiri.Kita minta tolong pada bibik benda yang kita tak boleh buat.

WS --> Bibik tak boleh dibiarkan tanpa ilmu.Kalau boleh bawa diorang pergi kuliah.Tapi naluri dia (bekas bibik) tak serasi.

IJ --> Dia sentiasa berkomunikasi dengan 'orang luar'...dengan bibik lain.Ada 'input' banyak dari luar.Kami dah masuk 16 kali bertukar ganti bibik!

WS --> Ada yang mengandung,yang gila,ada pulak tu....ada 'Friend' 5000 orang di Fb!Kami pasrah,cukuplah habis duit berpuluh ribu.

Tips dari ustazah SNB & Ustaz WA

1~Senaraikan mana paling banyak positif dan negatif mempunyai bibik.
2~Andai takde bibik,penat sangat buat kerja berzikirlah;
a) Subhanallah
b) Alhamdulillah
c) Allahuakbar
sebanyak 10 kali sebelum & selepas bangun tidur.

"Ketahuilah akan aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertasbihlah sebanyak 33 kali, bertahmidlah sebanyak 33 kali, dan bertakbirlah 33 kali. maka itu lebih baik daripada seorang pembantu rumah."

Inilah Zikir Fatimah yang Nabi Muhammad S.A.W ajarkan kepada puteri kesayangan baginda,Sayidatina Fatimah.Suaminya Sayidina Ali pun rajin membantu.

Doa 


1)Surah Hud ayat 47 ~ Agar dijauhkan dari sesuatu yang kita tak tahu
2)Surah Al-Qasas ayat 21 ~ Mohon Allah selamatkan kita dari dizalimi orang lain,lebih2 lagi bibik.


Saya memang takde pengalaman bibik2 ni sebab dari mula berkawin dan melahirkan anak,semua menggunakan air tangan saya sendiri,kecuali waktu berpantang.Memang terfikir untuk mempunyai bibik,sebab kebetulan jiran lama dan kawan hubby ejen uruskan bibik2 ni.Masa tu kerja shift tau jelah area KLIA,kan.Terfikir nak ambil bibik full time atau part-timer je.Tapi tiap kali saya penat je balik dari kerja,rasa nak tercabut tulang belikat,urat saraf sebab penat di office tak hilang,tambah lagi di rumah.Tiap kali tulah saya akan terfikir...

1)Ok ke aku nak ambil bibik.Reti ke aku kalau ada orang lain duduk sama rumah (hurmmm janggalnya)

2)Nanti dia mandikan baby aku sama ke lemah-lembut macam aku,buat?Pandai ke dia sendawakan baby?Kalau suapkan makan,nanti dia pakai sumbat je ke?Kot dia malas nak tukarkan pampers?Mau berkulat punggung baby.

3)Baby aku tak tidur buai,reti ke dia nak' popok' baby sampai tidur?Ke nanti dia hempuk lak?

4)Huishh gelilah kalau 'sotong kering' aku laki bini dia sidaikan,dia lipatkan erk....

5)Boleh percaya ke kalau dia tak masuk bilik tidur aku?Kot dia melaram habis baju aku,mekap aku,perfume aku?

6)Masak tu bersih ke..kot dia hentam je..malas nak cuci bersih macam aku buat?Kot dia ludah ke,hembus baca apa2 ke ishh..ishh...

7)Hurm...hurm....hurm....kot laki aku pun dia ngorat masa aku kerja malam...macam mana?

Hah....memang sah2 lah banyak -ve dari +ve untuk saya ambil bibik.Sebab kelahiran sulung saya dapat sepasang kembar boy & girl.Dah tentulah cuak tu berganda-ganda.Memang tak percayakan orang luar untuk jaga sebaik kita sendiri.Masa tu memang tertekan akhirnya saya ambil keputusan letak jawatan bekerja lagipun kesian pulak kat hubby,kan nak jaga sorang2.Ibubapa saya pulak bekerja lagilah takde sapa dapat diharapkan.


Kepada kawan2 yang mempunyai bibik,semoga ilmu dari Semanis Kurma malam ni dapat dijadikan panduan :)












4 comments

22/3/13 10:38

ida pakai bibik.
Tak rasa sangat satu keperluan , tapi since ada yang sudi nak datang bekerja n menolong dan membantu kat rumah, ida dengan senang hati membuka ruang.
Kenal this indon lady masa my twin dalam pantang..i hire her duduk rumah jaga baby pantang since tak tau nak handle kembar kan .
Dia datang pagi at 7 am n balik at 7 pm..
Habis pantang baby, dia nak jaga lagi my twin..i pasang cctv around the house dan alhamdulillah, she kissed twin like her own...i can see thru the cctv.
She loves twin so much.
Lain2 hal, semua i buat
sendiri, washing, cooking...n she helped with cleaning pinggan mangkuk after makan..cuci dapur after masak...n gosok selai dua baju yang i nak pakai
ida gosok baju hb sendiri.
After baby umur setahun, kita pindah agak jauh dr rumah lama n she didnt follow laa kan , sebab she only come daily n ada rumah sendiri that she rent with fren...
setahun twin tu dihntar ke nursery but my bibik always call nak datang jenguk budak2...sebab masih ada rasa kasih sayang to the kids.
Last2 lepas setahun twin kat nursery, bibik tanya kalau2 sudi ambik dia kerja terus kat my house and she willing to pindah.
But , still ida waspada even kenal her for quite some time, so pasang CCTV and still monitor her.Alhamdulillah she still the same bibik yang i kenal last 2 years..masih sayang my kids, jaga kebajikan budak2 tu kat rumah n sometime even mengajar they all mengaji semua when i cannot make it.
But still, i manage everything at home like dulu2..before g kerja, i masak siap2 makanan utk budak2.
Balik kerja masih lagi memasak.
Ada baju2 yang i reserve in my room n i told her not to usik sebab ill wash sendiri.
Baju budak2 dia basuh n lipat.
Mine h hb, i tak kasi dia usik.
Dia pun ok, boleh terima whatever terms n condition .
Respect my family, n my parents both pun sayang this lady.
I was soo bersyukur n harapnmya Dia tetapkan hati my bibik terus macam tu.

22/3/13 11:00

@ida wow alhamdulillah sis ida!tqvm utk komen ni.x semua bernasib baik mcm sis.tgk cth wardina sdri,bertukar bibik 16 kali pergh!itu semua rzki sis ida mcm ustzh fiza ckp.

kite doakan bibik tu kekal lama kerja dgn sis,ye.smga Allah permudahkan sgla ursn,dimurahkan rzki,diberkati usia dan kshtn sis ida sekeluarga.ye btl tu,pcya mcm mn sklipun perlu psg cctv dan stiasa monitor tanya anak2.apa bibik buat sllu kt rmh.

sbb uztzh sdri kata kdg2 kpcyaan tu akn buat kita terbabas,terleka.tahniah skli lg krn sis ida bjaya mjadi majikan yg bgs.betul tu..biarlah anak dan suami merasa sentuhan ksh dan air tgn kita sdri.krm slm kat bibik tu ye ^^

24/3/13 22:30

salam sis.. but. still..
from my opinion..
jaga anak sendiri much better than suruh orang lain..kan..^^

24/3/13 22:42

@Gee GTG slm...tulah kesian jg pd kwn2 yg ada mslh dgn bibik.mmg semua nk jg ank sdri tp keadaan dan situasi x sama mcm org lain...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...