4

Semanis Kurma~Bibik Oh Bibik - Part 1

23:46 |

Salam semua,tajuk 'hot' malam ni.Negara kita baru digemparkan kes bibik yang lambung bayi macam anak patung je.Serba sedikit yang sempat jari-jemari ini salin selaju yang boleh.Nanti jangan lupa tengok siaran ulangan di Tonton dan juga hari Isnin depan di tv9 :)

 UN

UN --> Ahamdulillah ustazah memiliki bibik yang sudah 13 tahun bekerja,menjaga 7 orang anak.Ustazah dan suami memang mencari 4 + 1 kriteria;

1~Berusia
2~Tiada rupa - nanti suami 'confuse' mana satu bininya
3~Tiada komitmen 
4~Beragama
5~Kecil -- untuk jimatkan ruang

Apabila ada bibik,pergaulan & adab kena jaga.Dalam masyarakat kita,dari segi aurat dahlah tak jaga.Pergaulan boleh sama2 lepak tengok tv.Semua tu dalam Islam perlu diambil kira.Jika tak raikan syariat Allah,tengok2 nanti hilang keberkatan dari rumah tangga tersebut.

 My favourite loving & intelligent couple

Caller --> Bibik saya jaga anak dari lahir hingga umur 9 tahun.Bila bibik cuti balik kampung,anak mogok tak nak pergi sekolah.Bila bibik balik,dia nak ikut juga.Anak kata tunggu dia besar,dah kerja,kahwin nanti dia nak jaga bibik tu.

UN-->Sebagai ibu & ayah,anak berhak dapat kasih sayang dari ibubapa.Kalau bibik bagi lebih,ikatan dah cukup kukuh sampai nak ikut bibik balik Indonesia.Dengan anak2 biar kita suapkan makan,biar air tangan seorang ibu.Sudah tak seimbang tanggungjawab ayah & ibu.Nanti dapat anak kurang ajar sebab lebih hargai bibik.Kita akan menuai balik apa yang kita tanam.Bila ambil bibik,'list' kan adab2,bentuk2 pekerjaan kita.....

 IJ

Saya puji isteri saya,masa ada bibik dulu pun,dia yang suapkan anak.Bibik cuma buat kerja rumah lain macam basuh baju dll.Kena buat jadual.Memang penat tapi semua bekerjasama.Isteri saya ni dari 5.30 pagi dah start buat kerja sampailah 9 malam...memang dah stop,bergelap rumah(penat dah all out)

WS

Memang seronok(tiada lagi bibik)...sebab tak payah jaga seorang lagi anak.Saya diajar ibu,apa kita makan,dia makan.Kadang2 apa je makanan yang saya beli dari luar,dia pun saya belikan.Ibu kata tak boleh beza2 kan.Bila terlalu baik,berikan bonus,kirimkan baju untuk anak2 nya,lari juga.


"Racun itu mudah diketahui orang;
tapi ramai orang tertipu dengan kata2;
kerana ia dibungkus dengan pembalut gula2 yang beracun"


Apa guna ada bibik kalau tidak bahagia?

Untung ustazah Norhafizah mempunyai bibik yang bekerja 13 tahun lamanya.Kalau orang lain dalam 13 tahun dah berapa ramai bibik,dalam setahun pun dah berapa.Kadang2 sebulan seorang.

 UN -->Semua rezeki daripada Allah,anggap itu ujian.Ustazah bersyukur dapat bibik bagus.Dengan bibik,letak syarat maknanya tak dapat kriteria seperti tersebut,mungkin kena panggil pembantu rumah part-timer.Kalau dapat macam diletakkan syarat,maka bertimbang rasa,sokongan keluarga dari kedua belah pihak (suami & isteri) amat penting.Sebab mak bapak,adik-beradik kita yang datang boleh pandang-memandang,tengok cara bibik bekerja.

Soal dapat bibik baik ke tak,itu semua rezeki dari Allah.Jangan berkira dengan bibik,ada masa bibik tak sihat,tak larat.


WS --> Saya setuju dengan ustazah sebab kami tak jumpa kriteria tu.Anak2 perlu tidur dengan ibubapa dari mereka baby,lagi.Susukan anak sendiri.Anak2 mesti tidur dengan saya walaupun saya balik lewat.Penat macam mana pun saya mesti suapkan sendiri makanan,pastikan ada sayur,ada ikan.Tau jelah kalau bibik yang suap....Kami sukakan keadaan sekarang kerana kami 'dipaksa' menjaga anak2 kami.

Masing2 ada keperluan(ambil bibik)..masing2 tak sama.Anak demam takpe,jangan bapak budak demam!


 Jumpa di Part 2 





4 comments

22/3/13 08:56

ustazah jemputan tu mmg sedap.. suka kat dia. kata2 dia mmg beri kita semangat dalam menguruskan rumah tangga. pernah hadiri majlis ilmu dia. terpegun dengan kata2 nya...

22/3/13 10:32

@cinta03 wah alhamdulillah.saya teringin nak jmp ustazah norhafizah sbb suka drg suaranya yg lembut,suka dgr ilmu yg disampaikan ^^

24/3/13 22:25

salam.. sis..^^

anak2tu kain putih..siapa yang mencoraknya..
terpulanglah kepada ibu dan bapa..(chewah.. cakap macam dah kawen kan..^^)

p/s:sebab tu kena salute kat isteri ni.. multipurpose women..^^

24/3/13 22:39

@Gee GTG slm betul tu.tp zmn skrg ni mmg semua memerlukan bibik..smga semua dpt bibik yg bgs,baik,amanah & syg fmly majikan mcm fmy diorg sdri :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...