16

Siapa lebih HOT?Suri rumah @ wanita bekerja?

15:40 |


Hai semua,dah lama tak beli Mingguan Wanita.Terbeli pun sebab tertarik dengan tajuk;

 Yarghh!Boleh bikin hati seorang perempuan meronta-ronta nak baca ngehhh  ^^

Kredit Info : Dr.Hj Juanda Bin Hj Jaya

Benarkah anggapan bahawa kehebatan itu bergantung dengan kuatnya tekanan?Wanita yang kurang tertekan akan hanyut dalam zon selesa?Kalau begitu siapa yang lebih hebat,suri rumah atau wanita bekerjaya?

Tekanan yang suri rumah hadapi sebenarnya tidaklah sehebat wanita berkerjaya yang betul2 amanah dengan fungsinya sebagai ibu,isteri & pekerja.Namun begitu,ia tidak boleh dipandang sebelah mata oleh wanita yang bekerja kerana belum tentu mereka sanggup melakukan segala pekerjaan sebagaimana yang dilakukan suri rumah sepenuh masa.

Pekerjaan yang tidak pernah ada cuti & berlangsung setiap saat,duduknya untuk menemani,menjaga,mendidik & mengasuh anak2 & dalam tidurnya pun wanita masih bekerja iaitu menyusui bayi.Selain daripada itu masanya habis untuk 'kerjakan' rumah & melayani suami.

Jika kini para wanita sengaja menyediakan masa untuk dirinya sendiri,apakah suri rumah boleh merasai 'me time' wanita bekerja?Balik kerja singgah di kompleks beli belah,ramai kawan yang mengembirakan hati,ada wang sendiri yang tidak pernah suami tanya bila habis,bebas melakukan apa2 saja yang disukai tanpa fikir urusan rumah selagi mana masih dalam waktu pejabat.'Hot' atau tidaknya seorang wanita itu bergantung kepada 2 faktor ini;

1~Disiplin mengurus masa

Pernahkah anda menegur diri sendiri dengan berkata dalam hati,jangan buang masa setiap kali teringin melepak dengan kawan2 dalam Fb,Twitter ataupun yang selalunya dibuat para suri rumah di kawasan kejiranan?

Kenal pasti kerja yang menjadi prioriti & yang mana satu bukan.Ada juga suri rumah yang hobinya mengubahsuai hiasan dalaman rumah sampai tak sempat hias diri melayan suami.Satu detik yang tidak dijaga dengan baik akan menghabiskan masa sejam,sehari,seminggu,sebulan,setahun dan seterusnya seumur hidup.

Dengan 1 saat beristighfar anda boleh membuka pintu langit & hapuskan dosa-dosa.1 saat untuk katakan sayang sambil tersenyum pada anak2 & suami,anda telah lakukan kerja hebat di mata mereka!Apatah lagi jika ia bertambah hingga 10 minit untuk bertanya anak tentang cerita di sekolah,3 minit memeluk suami untuk membangunkannya solat Subuh setiap hari atau menghabiskan masa dalam perjalanan ke sekolah dengan membacakan ayat2 al-Quran ke telinga anak2.

Buatlah kerja bermanfaat sambung-menyambung & berterusan hingga akhir hayat,hidup mesti berdisiplin sebagaimana firman Allah SWT;
"Maka apabila kamu telah selesai(mengerjakan sesuatu urusan),kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh(urusan yang lain)."Surah al-Insyirah ayat 7

2~Belajar daripada wanita hebat

Teladani para wanita cekal,ikuti langkah mereka yang berjaya & ambillah iktibar daripada kisah wanita yang gagal dalam hidupnya.Tak kira siapa anda,manusia amat perlukan ilmu untuk meningkatkan taraf hidupnya.

Ilmu mengurus emosi belum dapat dikuasai oleh wanita2 pemarah,pengeluh,penakut,pengomel dll.Ilmu mengurus harta pun belum berjaya diadaptasi oleh si kaki hutang yang gila shopping.

Ilmu mengurus rumah tangga,anak & suami pun wajib 'diupgrade'.Dan yang paling utama ialah ilmu agama,ia sumber segala semangat yang diperlukan untuk memotivasikan diri lebih berjaya.Sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud;
"Allah meninggikan orang2 yang beriman di antara kamu & orang2 yang berilmu beberapa darjat."Surah al-Mujadalah ayat 11

Berbalik pada soalan siapa lebih 'hot' antara wanita bekerjaya atau suri rumah,bergelutlah dengan ilmu setiap hari,pelajari & fahami tentang diri anda.'Hot' atau tidak,bergantung dengan ilmu & disiplin dari sekarang!



Secara jujurnya,dua2 'HOT'!Kehebatan wanita yang bekerjaya tak perlu dipertikaikan kerana kerja dari seawal pagi hingga petang di office,bersambung pulak dengan urusan kerja rumah kadang2 hingga ke tengah malam!Serius...memang meletihkan apatah lagi jika anak2 kurang sihat.Jasad je di office,minda dah melayang2 di rumah terkenangkan anak.Situasi sebegini memang menguji mental & emosi wanita bekerjaya.Apatah lagi berdepan dengan kerenah bos,kawan sekerja dan kertas kerja yang tak pernah jemu meninggi di meja.

Suri rumah?Saya juga beberapa kali pegang 'title' suri rumah sepenuh masa.Tangan tak sempat kering ada je kerja yang perlu diuruskan.Kitalah guru,akauntan,doktor,chef,tukang jahit,cleaner,fashion designer,interior designer & pelbagai jawatan di dalam rumah!Lagi bertambah 'Hot' sebab pegang title suri rumah tapi 'job scope' cabangnya beribu.


Akhir kata saya memang setuju nak 'Hot' kenalah bijak mengurus masa,berdisiplin & berilmu.Tahniah kepada semua blogger tak kira suri rumah ataupun yang berkerjaya.Sekian dulu entri yang panjang berjela....daa.........





    16 comments

    6/3/13 16:34

    Kalau surirumah bangun tido, non stop kerja..sampai waktu tido..itu baru berehat..kalau bekerja..ada masa nak spend tuk diri sendiri..kalau suri rumah yang ada anak, memang takde masa tu..kecuali waktu anak tidur..tp bila diaorg tido..time tu la nak buat kerja yg tertangguh..camno tu..sape lagi hot?

    6/3/13 16:50

    yang hot adalah isteri yang jaga anak anak dekat rumah..hihi

    6/3/13 17:11

    salam...

    yela2..
    sis nak cakap sis hot kan2..

    hmmm..
    alaa..
    sedih la...
    saya x hot ke??
    sob2..(sambil pergi membawa diri..)

    p/s: hot nye title die..^^

    6/3/13 18:42

    lama dh x beli MW nih...dulu tiap minggu beli..byk ilmu blh dpt

    @Nieyxzha Hassan hurm ok2 ye hot...hot.sbb punggung x sempat nk panas kt sofa..br nk relaks layan drama,ada je keja rmh kena buat ^^

    @Hafizin Jamil wah pdgn dr seorg lelaki ni ok2 dh 2 utk suri rumah ni...

    @Gee GTG slm yuhuuuu ^^

    owh hurmmm....rasanya mmg dua2 hot sbb msg terkejar2 jalankan tugas dgn ikhlas & amanah ^^

    sbb cuaca kt sini hot,tajuk entri pun kena hot...

    @Yumida Huda owh kite beli kalau ada topik yg mnarik je he3...dulu ckp suka tukar2 mjlh dgn jiran lama,dia bg 'MW' saya bg 'harmoni'

    hebat wanita nie..super mak=)hehe

    @wan nurul hezrina abd halim hye sis!yupp betul..betul..

    7/3/13 22:43

    kena bijak merencana.......baik dirumah mahupun di pejabat......

    @Remy hazza betul tu...klu pandai time management semua kja jd mdh dan ada masa utk diri sdri ^^

    30/6/13 12:27

    Dua-dua hot kalau dapat jalankan tanggungjawab dengan baik. Lagi hot kalau kerja dari rumah. Income pun dapat, duduk kat rumah pun dapat.

    30/6/13 21:58

    @Mrs Kamilahhye sis ye setuju he3..

    23/8/13 17:03

    Saya juga seorg surirumah, dulu masa bekerja tak sempat nak pegi shopping, xsempt fikir diri sendiri jgk, anak2 tak terlayan, sekrg jd surirumah, bila2 masa leh pegi shopping baju, kasut henbag, on9 lagi... setiap hr suami blk lunch kat rumah bersama anak2..rezeki pun lebih murah..

    13/1/16 10:33

    Pengisian yang menarik. I setuju dgn pendapat you dpt post kali ni. Anyways, Jemput dtg blog i, tips and info untuk kekal slim.

    >>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<

    Post a Comment
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...