10

Sujudku Di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin,Putrajaya

01:02 |


Dari Ekspo Buku Islam,saya & Ket bercadang untuk solat Zuhur di Masjid Sultan Zainal Abidin yang lebih dikenali Masjid Besi.Terletak di Presint 3,Putrajaya 'first time' kitorang berpeluang solat di sini.Maka sebelum menuju ke 'jalan lurus',kitorang 'tersesat' setelah tersilap pilih jalan nak ke masjid huwaa.Dahlah panas terik pukul 3 petang,haus & sesat memang terbaiklah ujian yang kami tempuhi hari ni.

 Punyalah bijaknya kitorang tersilap pilih jalan,turun naik tangga.Tak jumpa2 pintu utama masjid.

 Tu dia,kalau sesat juga cheq tak tau nak cakap apa dah!

 Alhamdulillah jumpa juga...

 Ket melangkah bangga,akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke masjid yang terkenal di Putrajaya

 Ukiran Asma ul Husna memang buat kami terpegun.Subhanallah :)


  Signboard menghala ke tempat wuduk

 Inilah tempat wuduk wanita

Ada yang meninggalkan kasut di pintu masuk masjid,ada yang letak di depan pintu lif yang dinaiki.Disebabkan kitorang takut tersesat pula mencari kasut nanti,maka kami jinjing sekali kasut.Masukkan dalam beg plastik,yang tadi dapat masa beli di Pesta Buku.

 Pandangan dari Tingkat 3,tempat solat wanita.

Allah!Cantik masjid ni,luas...ada pemandangan tasik.Tenang sangat solat & melepaskan lelah seketika di sini.Masa ni bateri handphone dah low,nasib2 lah foto yang berjaya diambil huhu.

 Plak yang ditandatangani oleh Sultan Mizan Zainal Abidin pada 11 Jun 2010

Alhamdulillah ada 2 pasangan yang dinikahkan.Terbina lagi 2 'masjid',semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

 Pertunjukan fesyen...owh bukan..bukan...

Diorang pelancong asing bukan Islam.Bagi perempuan Islam yang memakai pakaian tidak menutup aurat atau pakai seluar ketat macam jeans,pun wajib pakai jubah ungu yang cantik ni.Tak silap di Masjid Putrajaya yang berkubah 'pink' tu,jubahnya pun warna 'pink'.



Ket,kawan saya tadi kata dia dah haus dan rasa nak pitam.Dia ni pulak ada masalah kurang darah.Maka nak pekena 100 plus."Jom beli AIR GEDEGANG,kak".Saya terpinga-pinga selama hidup tak pernah dengar,beli atau minum air canggih tu.


Ceh...awat tak habaq air mesin rupanya.Ket kata "Yelah...kan bila air tin tu jatuh bunyi dia gedegang...gedegang"!Ok rasa nak gigit je budak Ket ni hah!


Dah minum air bersemangat baliklah budak ni.Macam biasalah,kan kalau saya tukang ambil foto,memang takdelah foto tuan badan dalam handphone sendiri huwaaaa!!!


Info Masjid Besi-->Kredit Info : mejakerusi.wordpress

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 19 Ogos 2009. Masjid ini terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau “Palace Of Justice”. Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.


Masjid ini boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu-satu masa dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara. Juga diharapkan turut berperanan dalam menyebarluaskan usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa. Masjid yang bernilai RM 200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakann 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan “Kiblat Walk” iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan masjid ini.



Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan “teknologi gas penyejuk udara” atau “Gas District Cooling”. Berhampiran ruang utama turut dikelilingi kolam air yang sudah tentu membuatkan para pengunjung dapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman. Rekabentuk dalaman yang unik masjid ini, dengan tulisan ayat-ayat Al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Bahagian kanan cermin dinukilankan ayat 40-47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148-153 surah Al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ayat 80 surah Al-Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi nama Asma’Ul-Husna.


Kubah masjid ini diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang terdiri daripada “lattice” dan “architectural” metallic wailling screen yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin. Selain itu, masjid ini menggunakan teknologi ultrasonic sebagai penghalau burung daripada memasuki masjid. Kesemua ini, menjadikan masjid besi ini mempunyai identiti tersendiri. Senibinanya dibina tidak mengikuti senireka Arab sebaliknya campuran senibina dari Jerman dan China. Idea seni yang memperlihatkan kalimah ” ALLAH“ daripada pandangan bawah bahagian dalam kubah. Selain itu, masjid ini tidak mempunyai menara berbanding dengan mana-mana masjid.


Ini sajalah foto yang sempat saya ambil sebelum bateri low.Ada juga foto dari handphone Ket.Semoga saya dapat kerap lagi solat di sini,insya Allah.Assalamualaikum ^^


10 comments

4/3/13 01:28

Hahaha air gedegang. First time pergi masjid ni rasa dalam 3 tahun dulu, memang rasa kagum habis. Ingat pergi untuk solat Zuhur je last-last berhenti sekali lagi untuk solat Asar.Tiap kali ke Putrajaya biasa mesti singgah sini.

Kawan husband akak tu punya kedai dekat Ireland nama dia "Hibiscus" eh? Kalau ye dia duduk area Lucan,. Kitorang satu family ada makan dekat rumah dia. Pakcik tu (lupa plak nama dia) kawan lama abah saya.

@Arham Md Ali hye sis owh mmg bersyukur jd umat Islam di msia kite bebas beribadat di mana saja,di merata2 ada masjid.mmg best solat di pjya ^^

#ye kot ntah mmg x ingat nama kedai dia sbb dia pun kdg2 blk msia huhu ^^

4/3/13 08:26

pernah tgk dr jauh. itu pun sekali je sebab ikut org lepak2 kat putrajaya ms belajar dulu.

@sal ya owh morning.insya Allah nnt adalah tu rzki solat di sini ^^

5/3/13 02:49

salam sis..

air gedegang..(hehehe)
lebih kurang macam yag saya panggil..
saya panggil "air gedegeng"..
perkara first yang saya belajar masa sampai kat kelatan..
coursemate kelantan ajar..

p/s: besaqnya masjid tu..
nanti ada masa saya nak pergi la..^^

5/3/13 03:42

nak jalan2 mcm ni lagiii!!! best sangat huuuuu...

@Gee GTG slm hye comel doraemon akk yg sllu happy ni ^^

insya Allah nnt adalah rzki sis slt kt msjd ni,mmg bsr cantik subhanallah...

#owh kwn akk ket tu pulak org kedah..akk lak mmg x pnh dgr words air gedegang he3...


@Ket Dollyna hahahaha finally reti pun komen kt sini he3..welcome to my blog KET!!!

yup nnt kite gi tawaf satu pjaya dan solat kt 2 msjd pjya pulak ye..yg penting x kan sesat lagi ^^

6/3/13 01:03

so far masjid nie remy tak pernah masuk lagi..lalu jer...selalu pi masjid putra jer.....

@Remy hazza owh nnt klu gi pjya sgghlah msjd besi ni ye ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...