2

Asma' 77~Al-Wali

20:57 |


MAHA MENGUASAI URUSAN
 

Al-Wali,Yang Utama.Memiliki segala sesuatu di dalam kekuasaan-Nya.Dia memerintah,mengarah,mentadbir,merancang dan menghitung setiap detik dalam kewujudan-Nya.

1~Mohon perlindungan
Jika sentiasa membaca Ya Wali Allah SWT akan melindungi anda dari setiap sudut,in shaa allah.Baca & hembus ke dalam rumah.

2~Menjauhi panahan kilat
Jika anda takut kilat akan menyambar rumah anda,baca Ya Wali & hembus ke dalam rumah,in shaa allah anda & rumah akan selamat.

3~Dibukakan pintu hati
Agar hati terbuka kepada cahaya Islam,bacalah Ya Wali setiap pagi & petang sebanyak yang anda termampu.In shaa allah anda akan mendapat kebenaran.

4~Selamat dari bahaya
Jika anda rasa terancam oleh musuh atau cuaca buruk dan sebagainya,bacalah Ya Wali 1000 kali di kala kesempitan itu,in shaa allah anda akan selamat.



Alhamdulillah sekali lagi bertemu di entri 1 Hari 1 Zikir.Sekarang musim tidak menentu,adakala panas hingga ke petang.Kadang-kadang hujan lebat diiringi petir.Semoga zikir Ya Wali nama Allah yang indah,dapat dijadikan amalan.Boleh amalkan bersama anak2.Kerana selalunya mereka takut mendengar bunyi guruh dan melihat petir.Assalamualaikum semua.....

2 comments

18/4/13 23:19

renungan bersama.....

19/4/13 00:24

@Remy hazza slm remy..alhamdulillah :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...