12

Awatlah Maruah Perempuan Seperti Patung Cendana.....

22:07 |

1)~ Sedikit emosi hari ini.Seorang kawan yang bertugas sebagai polis,baru balik dari satu kawasan perumahan kampung di Salak Tinggi.Kak Lea pernah duduk di situ 3 tahun dulu.Dia dan rakan bertugas mendapat panggilan mengenai penemuan mayat seorang gadis.Warga tempatan dan ditemui dalam longkang!

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Mayat dipercayai dibunuh ditempat lain sebelum dicampak di kawasan itu.Beberapa tahun lepas,penemuan mayat rentung bersama kereta,juga di kawasan kampung ini.Memang mendapat liputan meluas di media massa,mungkin sebab kawasan ni banyak ladang kelapa sawit,menjadi pilihan penjenayah pulak.

2)~ Semalam husband Kak Lea bersama kawan baru pulang dari kerja di KLIA.Dan masa tu kawannya ternampak seorang gadis yang masih lengkap ber'uniform' ditendang,ditampar oleh seorang lelaki,di tepi jalan!!!Siang hari okey!Kawan husband tak sempat nak patah balik.Ntah apalah dosa gadis itu,kalaupun itu suaminya sekalipun,tak patut!

Kan boleh gadis tu call kawan2 nya yang masih di KLIA,apatah lagi dengan tugasnya sebagai seorang yang berjawatan hebat di KLIA,senang2 dia buat police report!Husband kata masa tu dia dan kawan memang tak sempat nak patah balik.Harap sangat ada orang lain yang lalu-lalang dapat selamatkan gadis tu dari ditendang macam bola.


 Ayuh bangkitlah wahai kaumku!
Cinta bukan bererti menyerah maruah & harga dirimu
Kita bukan patung cendana untuk dipuji dibelai
Bukan juga bola ditendang ke sana sini

Kita wanita kurniaan Ilahi
Minta dikasihi
Ditunjuk ajari
Untuk menjadi muslimah sejati
Isteri mithali kepada seorang bergelar suami 
Ibu kepada cahayamata penyejuk hati

Bijaklah memilih pasangan
Luar yang 'cantik' jangan disangka 'jernih' di dalam
Luar yang 'hodoh' jangan disangka 'keruh' di dalam
Cinta duniawi seketika cuma sebagai pinjaman......


< Luahan rasa : 10.05 malam >











12 comments

betul tu dear, kita sbgai perempuan jgn lemah, kuatkan hati dan semangat

15/4/13 00:33

jadilah muslimah sejati .. yang mampu menhimarahkan dunia dengan keperibadian unggul,, jgn jd seperti dlm story saye

15/4/13 01:55

Nauzubillah, mereka lupa ke jasa seorang perempuan tu? Tanpa mereka kita pun belum tentu dapat lahir.
Allah menjadikan Hawa utk menemani Adam kerana mereka saling memerlukan, bukan utk diharrassing sebegitu rupanya.

15/4/13 05:11

salam kak lea..

sangat durjana orang tersebut..
ya Allah.. ingat perempuan ni punch bag ke.. main suka2 belasah..
jom belajar kungfu ke,, ke silat gayung ke.. aish..marah ni!!

15/4/13 11:38

@◕ D Y S H A S A H H I R ◕ yarghhh betul betul...

15/4/13 11:39

@Aku Penghibur hye acik in shaa allah :)

acik tak mau sedih2 ye in shaa allah ada yg lbh baik menanti utk acik ^^

15/4/13 11:42

@Condoriano hurm tulah alahai..x hbs2 ppuan jd mangsa...hurm menci arghhh :(

15/4/13 11:44

@Gee GTG wsalam gee....

mmg skrg ni ppuan kn tau hak pertahankan diri,ckp2 lah x larat tgk statistik kes penderaan ke atas wanita sllu meningkat huhu..

15/4/13 12:26

betul betul... kaum HAWA perlu kuat!!

15/4/13 14:19

@Nora Karim yehaaa give me five!!!

18/4/13 23:13

semoga semua kenkawan yg remy kenali...menjadi muslimah yg sejati...insyaAllah...amin

19/4/13 00:29

@Remy hazza in shaa allah amin utk doa remy tu..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...