10

Boikot McD....tapi,kak?

18:14 |


Malam tadi keluar isi minyak di stesyen Shell,yang bersebelahan dengan McD.Kebetulan masa nak bayar di kaunter,Kak Lea terserempak dengan seorang budak comel ni,staff McD ( 'J' - bukan nama sebenar).Dia cuti hari ni,tengah isi minyak kereta juga.Kami kenal masa pergi interview di KLIA,baru2 ni.Dari hanya bertegur sapa terus dia tanya "Akak ada blog tak,ada FB tak?" Kak Lea kata kenapa.....dan bermulalah ceritanya...

Sekarang kan kecoh di dunia siber untuk perangi & boikot McD.Serba-sedikit terkena tempias dalam kehidupan .Sampaikan mak abahnya pening tiap kali jiran sekeliling bertanya..

"Eh anak kau kerja McD,kan.Lahhh kau bagi anak kau kerja kat tempat yang menghancurkan Palestin!Kalaulah itu anak aku,aku suruh berhenti 24 jam.Duk rumah tolong aku lagi bagus,bukan kaya mana pun kerja situ,takde ruginya berhenti!"

Menyampuk jiran B.........

"Yelah...aku tau sekarang susah cari kerja.Tapi suruh je anak kau pergi mana2 kilang sementara tunggu tawaran lagi bagus.Jangan memilih sangatlah,pesan kat anak kau tu,hah"

Jiran C......

"Yelah aku pun dah larang anak2 jangan suka sangat pujuk abahnya,nak makan McD.Yelah abahnya ni kalah dengan pujukan rayu anak2 kalau bab makan2,ni."


 Kata ,dah lama kejadian tu,barulah maknya buka mulut meluahkan rasa sebak,terkilan,kecil hati dengan sikap jiran.Mak faham betapa sukarnya mendapatkan pekerjaan selepas dia mengenggam segulung ijazah.Tambahan lagi mak dia tak nak berjauhan daripada J  sebab J  anak sulung.Abahnya pun tak berapa sihat sejak kebelakangan ni.Kereta yang J  gunakan pun abahnya tolong bayarkan deposit & bayaran bulanan,sebab tahu J  banyak perlukan kereta masa dia belajar dulu.Masa inilah J  perlu bekerja keras  untuk tolong bayar ansuran bulanan,tanpa membebankan abahnya lagi.

Bukan dia tak pernah mohon pelbagai kerja di sektor kerajaan.Tapi tau jelah kalau mohon di SPA memang jenuhlah menunggu (abaikan isu kabel).Sektor swastalah tempat dia mencuba nasib.Setakat resume dan fotostat sijil2 dah tak terkira berapa banyak berhabis duit.Ingatkan dengan ijazah tu menjadi 'bonus' untuk dia mendapatkan jawatan kerja tak kisahlah sebagai kerani sekalipun,asalkan dia ada kerja.Tapi bila majikan melihat ijazah,mereka beri pelbagai alasan,takda kerja kosong buat masa nilah,kami cuma ambil lepasan SPM jelah,kami mencari  pekerja yang mahir bahasa Mandarinlah.Sedangkan dalam iklan jawatan,takde pulak tulis macam tu!


J  cuba pulak memohon di tempat kerja lain,menggunakan SPM je.Boleh pulak beberapa majikan yang dia jumpa berkata "Saya tengok keputusan SPM awak bagus,tak nak ke sambung belajar?"~"Owh saya takut nak ambil awak sebab SPM awak bagus,dah tentu takkan kerja lama kat sini" (masa ni  puas minta diberi peluang sebab dia betul2 perlukan kerja,dengan tanggungannya sebagai anak sulung 3 beradik,dengan nak bayar kereta,PTPTN lagi)~"Maafkanlah saya,walau apa pun alasan,kami memang tak dapat beri peluang ni,maaf ya mungkin rezeki awak di tempat lain."

Betapa hancurnya harapan!Kebetulan masa tu dia nak isi minyak dan ternampak kain rentang jawatan kosong di McD,tu sebab dia cuba & tawakal.Baginya jika inilah rezeki buat masa ini,mohon Allah permudahkan urusannya.Alhamdulillah dia dah hampir setahun bekerja di McD.Baginya di sebalik isu boikot McD,dia & rakan sekerja sebagai umat Islam pun faham.Cuma buat masa ni dia terpaksa bersabar sebab susah nak cari kerja,walaupun dia bukan jenis memilih sebab pelbagai jawatan yang hanya layak untuk lepasan PMR,pun dia mohon.

Tadi terbaca isu Boikot McD di blog Ustaz Love.Memang bagus entri tu,bolehlah korang semua singgah baca.Semua ada pendapat & pandangan masing2.Semua tau tanggungjawab untuk bersatu boikot produk Israel.Rakyat Malaysia termasuklah selebriti pun rancak menderma 'Demi Palestin'.Tapi jangan cepat mencemuh,menghina,menjatuhkan hukuman kepada umat Islam yang banyak mencari rezeki di McD.Mungkin dengan isu boikot,lepas ni J & mereka yang lain akan memperolehi banyak peluang pekerjaan di tempat lain.Kuasa Allah SWT,siapalah kita nak jatuhkan hukuman ye tak?Assalamualaikum.




Kredit Info -->Ustaz Love








10 comments

pernah rasa dear.. memg boikot tp itu punca rezeki kita.. nak mintak kerajaan ntah bila kan.. sabo je la dear

8/4/13 21:32

@◕ D Y S H A S A H H I R ◕ hehehe..saya pun share ksh bdk tu je,fhm kita perlu boikot,dlm masa sama turut bygkan kalau kita di tmpt budak tu.kesian gak hrp dia dpt kerja lain :)

8/4/13 23:23

itula..nak boikot tapi situ periuk nasik orang seislam kita jugak kan..hmm

8/4/13 23:53

@Nieyxzha Hassan hye sis hurm tkt nk komen lbh2 sbb kita xda kt situasi J tu tapi tulah hrp dia dpt kje lain yg lbh bgs ^^

11/4/13 07:35

salam sis.. ok topik yang agak sukar nak bincangkan.. memang luah mati mak, telan mati bapa..
semoga beliau boleh dapat kerja yang lebih baik lagi.. inshaa Allah..

11/4/13 08:04

@Gee GTG slm gee.hurm akk share entri n luahan hati bdk tu biar semua dpt fhmi.

bkn dorg x tau risiko kje dgn co mcm tu.tp msg2 ada sbb knpa,mengapa,bagaimana,bila..erk ok dh melalut ke laut he3...

adik akk pun kerja mcd gak..result spm mmg tak bagus n mcd jer dia bleh buat kerja.itupun dah rasa bersyukur..takpelah kerja jer yng lain2 pedulikan

12/4/13 11:10

@wan nurul hezrina abd halim ye betul tu,smtra adik msh kja di mcd,dia blh cuba survey job kt tmpt2 lain,rzki Allah msh luas,in shaa allah mgkn dia dpt kje lbh bgs lps ni ^^

12/4/13 18:43

sudah tertulis rezeki mereka disitu......... kena byk bersabar...... dlm masa tu ....cari2 peluang lain yg ada.......insyaAllah..... pasti ketemu jalannya nanti....

12/4/13 20:20

@Remy hazza betul tu remy,smga mrka mdpt kerja lbh bgs lepas ni :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...