16

Maghrib ~ Jom 'TUTUP' sambil baca "Bismillahirrahmanirrahim"

18:50 |




Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

"Bila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah pada waktu dia masuk & pada waktu dia akan makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya : "Tidak ada tempat untuk bermalam & tidak ada makan malam untuk kamu." Akan tetapi jika seseorang masuk ke dalam rumahnya tanpa menyebut nama Allah,maka syaitan berkata "Ada tempat bermalam untuk kamu semuanya." Bila dia tidak menyebut nama Allah pada waktu makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya "Ada tempat untuk kamu semuanya bermalam & makan malam .""
 [HR. Muslim]


Semasa azan maghrib berkumandang,syaitan bertempiaran masuk ke rumah yang pintu/tingkap masih terbuka.Seram,kan kalau kita membenarkan syaitan 'menumpang'.Lagipun masa senja ni umpama siang untuk syaitan.Aktif mencari 'makanan','tempat tinggal' & mangsa untuk dirasuk/diperdaya.Tadi sambil baca pelbagai pendapat tentang tutup pintu/tingkap masa maghrib,Kak Lea singgah satu forum.


"sy nak tanya benarkah waktu petang/magrib kita perlu tutup pintu atau tingkap rumah kita kalau tidak jin atau setan akan masuk ke rumah..ada dalil tak pasal ni..bila duk apartment tingkat yg tinggi2 ni sy biar jer terbuka tingkap siang dan malam bg angin masuk,bila hujan je baru tutup.."


Ada pulak tukang menjawab yang kreatif benor......


"Biasanya kita dengar begitulah....apabila azan berkumandang Allah hu Akbar bertempiaran Jin2 dan Syaitan take cover dan masok dlm rumah mana yg tak tutup tngkap dan pintu...dan yg tinggal tingkat tinggi benda2 ini naik lift lah kalau tak sempat terbang...

Biarkan lah mereka Jin dan Syaitan, Hantu, Puaka dan lain2 masok dlm rumah kau....apabila kau dah pasti benda2 ini dah masok dlm rumah kau....kau lah lock lah semua pintu2 dan tingkap2 rumah supaya benda2 ini tak boleh lari apabila kau solat dgn sebutan Allah hu Akbar benda2 ini tak dpt lari keluar dan kepanasan dan mati....maka2 berkuranglah makhluk halus ini...lama2 hilang....betul atau tak..."


Nak 'share' satu cerita.Adik perempuan Kak Lea dari kecil matanya selalu je boleh nampak benda2 halus ni.Sampailah sekarang ni dia dah 25 tahun.Kebetulan rumah parents kat simpang jalan,memang laluan benda2 ni,lah kan.Satu hari tu kami ralit di dapur,terdengar azan maghrib kat tv dan mama suruh adik tutup pintu depan & tingkap.Tutup pintu....ok.Masa adik nak tarik tingkap,adik nampak betul2 kelibat rambut panjang & macam berjubah putih,betul2 tepi tingkap!Tapi benda tu merenung ke simpang jalan,adik tergamam,terkedu dan mujurlah masa tu abah tiba2 menuju ke ruang tamu,dan tegur adik,kenapa tercegat kat tingkap tu!Kalau Kak Lea takdenya nak tercegat terpaku,pengsannnnnnnn!

Masa kami pergi rumah uncle di USJ,Subang dapur memang 'port' terbaiklah mengeratkan hubungan.Suka duduk dapur sambil kacau auntie masak,sambil tu jugak cerita hal masing2.Adik ni suka sangat kucing yang sepupu kami bela.Masa tu dah maghrib,adik dok ralit kejar kucing sampai ke pintu dapur.Ohhhhhh.....elok je 'benda alah' tu terpacak kat tepi tangga,betul2 tepi pintu dapur!Masa ni mama tengah perhatikan adik,sebab tiap kali kalau adik ternampak...dia tiba2 senyap,mata merenung satu arah,muka pucat...

Macam2 benda halus adik pernah nampak,dalam setahun 2,3 kali jugaklah.Sebab tu kami tak pernah ajak dia layan tengok filem hantu he3.Mama pernah bawa adik ni berubat,tapi ada sorang ustaz tu kata,ni anugerah Allah untuk adik.Ntahlah.Akaknya ni dahlah penakut!Pernah masa keluar dengan dia,dia kata "Kak...'orang' nampak ada pakciklah,tu kat tepi jalan."Bila toleh takda pun sunyi gila kot!Sambil geram(sebenarnya takut)..."Boleh tak lepas ni nak jalan ngan akak..mata tu jangan toleh kiri kanan?"







16 comments

tu pasal org tua selalu ckap magrib cepat2 masuk rumah tutup semua pintu n tgkap nti mambang kuning masuk

16/4/13 20:48

salam kak lea..
hihihihi(sambil buat suara mengilai sikit..ngeee)

saya x pernah jumpa..tapi.. orang pernah jumpa saya yang bukan saya.. dia menyamar jadi saya.. wuuhuu..saya yang sebenar ni pon tergamam dengar cerita tu..

dan.. kenapa saya yang terpilih..wuaarrgghhh!!!

hihihihihi~~(sambung mengilai balik..ngee~~)

16/4/13 21:44

@◕ D Y S H A S A H H I R ◕ hye sis betul tu,sllu sblm maghrib dh ttp tgkp n pintu,then sembur shieldtox ngeee...mambang kuning???hahaha tiba2 teringat filem p.ramlee :)

16/4/13 21:49

@Gee GTG wsalam gee weiiiii lari tak mau dgr suara mengilai takur arghhhh!!!

wah lbh krg samalah kita,yg best akk tido satu katil ngn 2 org lg sepupu,sorg tu tbangun dlm kul 2am,dia kata dia nmpk akk duk hjg katil n dia tegur,tp akk lgsg tak paling muka.padahal akk dh slmt berdengkur huhu...sapalah tue weiiihhhh...

17/4/13 10:02

uishhh...seram nyer.
tak pernah tgk benda2 gitu. harapnya jgn la muncul. tak nak tgk la.

17/4/13 10:19

terima kasih share..bagus idear..sambil melukis sambil memberi pengajaran.. =)

17/4/13 10:56

terima kasih banyak2 atas perkongsian ni.

17/4/13 16:22

@nik ros hye sis huhu...tulah tp sllu,sapa x nk jmp tu yg nnt nampak.sapa nk sgt jmp x gak nmpk2 he3...gurau je tau!saya pun penakuttttt ^^

17/4/13 16:23

@merahitujambu wah pengantin baru yehaaaa he3..tahniah tau!

owh tqvm he3...sama2 share info

17/4/13 16:24

@sudipVSsenduk hye sis he3...sama2.owh otw ke sana jap gi....

17/4/13 18:29

Thanks for the share...rietta amalkan juga tutup pintu tingkap nie semua...dah terbiasa dr kecik....tpi citer sal adk tuan tanah, ngeri plak rietta dgr...

17/4/13 22:43

@HeNRieTTa JoSe hye sis mmg kan dr kecil dh diajar ttp pintu tgkp....owh tulah kelebihan adik tu menyeksa jiwa raga kakaknya ni he3....

18/4/13 23:07

pesan org tua2....magrib2 tutup tingkap dan pintu...tak elok terbuka......

18/4/13 23:09

@Remy hazza hye remy yup betul2 ...lagipun selain dr syaitan..tkt gak nyamuk masuk ngeee ^^

30/6/13 00:14

huhu... menakutkan je la.. huk3.. :)) thanks atas info ni akk ^^

30/6/13 00:25

@AiSyA LiEzAhye AL sama2 wink wink

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...