10

NONA TV3 ~ Lebatkan kening dengan rambut sendiri !!!

15:50 |

Salam petang semuaaaaaaa!Tadi tengok Nona,terpegun dan ngeri seketika melihat teknik melebatkan bulu kening.


Kaedah ini dikatakan selamat dan menjadi pilihan wanita moden yang suka bergaya.Mungkin ada yang letih nak tenyeh Eyebrow Pencil/Powder/Gum

Seperti akak di atas,dia mengalami masalah kening yang nipis dan kulit sekitarnya seakan-akan dah botak,sebab kekerapan bercukur.

Doktor perlu melihat dulu ukuran dan kawasan kening yang perlu ditanam rambut,untuk membentuk kening yang nampak 'natural'

 Lebih bagus ambil akar rambut di kawasan ni

Gondol seketika yehaaaa

 Proses penanaman akar rambut dilakukan

Bagi korang yang nak cuba,bolehlah 'Google' cari senarai pakar kecantikan yang sediakan rawatan ni.Tapi Kak Lea memang tak minat kot!Dahlah memang penakut dengan segala jarum suntikan!!!



Kening umpama 'tingkap' kepada kecantikan biji mata kita!Kak Lea tak suka mekap kening2 ni.Tak reti kot.Pernah jugak dulu2 bereksperimen dengan eyebrow pencil,tapi nampak 'kasar'.Then nak nampak natural,guna jenis powder.Kemudian rapikan bulu kening dengan berus maskara (maskara yang dah habis tu,berus jangan dibuang.Boleh basuh hingga kering,gunakan untuk berus kening).

Warna coklat memang pilihan.Pernah cuba warna hitam tapi pernah ditegur kawan lelaki "You nampak garanglah hari ni,peliklah mata coklat,kening hitam pekat." Hoho malunya masa tu.Tersilap teknik,you!!!

Ada pelbagai petua untuk lebatkan kening
  1. Gunakan tangkai daun sirih dan celup ke dalam lendir daun lidah buaya ~ sejuk je masa sapu 
  2. Siti Nurhaliza pulak guna lemak ayam ~ hoho hanyir kot?tapi ramai kata memang berkesan!
  3. Bakar buah keras hingga hitam,tumbuk halus dan sapu ke kening
  4. Pakai vaseline pun boleh,bukan setakat lembutkan bibir,tumit kaki & siku.Boleh juga lebatkan bulu kening & mata
  5. Sapukan minyak kelapa (buah kelapa yang dah dibakar terlebih dulu

Selamat mencuba semua.......










10 comments

21/4/13 19:27

salam kak lea..
wakaka..
ingatkan ade treament cukur bulu kening je..ghupanya.. tanam bulu mata pon ade jugakk..pelik2..^^

21/4/13 21:41

@Gee GTG wsalam gee tulah org pompuan sggp berhabis duit dan sakit sana sini darah sana sini cucuk sana sini adeihhhhh...

21/4/13 22:42

Eh tapi boleh ke buat mcm ni? Tak berdosa ke? Sebab mcm nak ubah ciptaan Allah yg dh sempurna dgn kita kan? x)

21/4/13 23:38

@Condoriano hurm tulah td ms tgk pun terfikir jugak.sbb kalau kening langsung takde hga menimbulkan keaiban,rsnya blh refer ngan ustaz/ustzh blh ke tak nk buat.tp kalau setakat nk mencantikkan kening yg dah sedia ada huhu tak taulah...

22/4/13 22:01

@||aLeaSaRa|| seriau saya tengok.. ngeri betulladehhh.. bersyukurlah dengan ape yang tuhan kasi..adeh..

22/4/13 22:21

kalau dulu2.... pi sungai tangkap udang...sapu telur dia kat kening...memang lebat ler.......he3

22/4/13 22:27

@Gee GTG betul betul..janji ada kening.tak kshlah lebat ke nipis ke ^^

22/4/13 22:40

@Remy hazza wah remy....tq share petua ni tak pnh dgr pun....

10/7/14 17:45

Perkongsian yang menarik admin. Tak pernah pula terfikir ada orang nak tanam rambut untuk lebatkan kening. hahaa..

Saya juga ada share tip kecantikan di blog saya, http://bit.ly/beautyfatimah

6/12/15 16:10

Kalau guna minyak kelapa dara boleh ?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...