12

WHI TV3 ~ Bila Suami Suka Mengkritik

14:28 |


Salam Jumaat yang ceria.Tadi sempat tengok WHI.Setiap hari Jumaat 'Asam Garam' kehidupan rumahtangga dikongsikan.Tertarik dengan panel jemputan kali ini.


Azad Jasmin

Dikenali sebagai pelakon yang bersuara lantang,bagaimana pula karakternya sebagai suami kepada Eira?Orang belah utara dikenali suka cakap lepas,maka Azad sejak dari awal perhubungan memang tunjuk sikapnya yang sebenar.Dia juga membawa Eira pergi ke Pulau Pinang untuk lebih memahami loghat,gelagat & tingkah laku orang di sana.

Bagi Azad,karakter mana Eira nak?Luar lembut tapi di dalam keras(kasar,degil,kurang ajar,memberontak) ataupun luar keras tapi dalam lembut(penyayang,romantik,boleh bertolak-ansur).

Eira Syazira 

Bagi Eira,memang dia dah kenal 'peel' Azad.Masa mengandung memang berat badannya meningkat.Azad pula suka memerli dan usik2.Eira jadikan kritikan itu sebagai satu motivasi untuk dia menguruskan badan selepas berpantang.Sebab suaminya pelakon,pelakon wanita muda2 semakin ramai.Jadi dia jadikan kritikan itu sebagai sesuatu yang positif.Dia kurus dan bergaya cantik pun untuk suaminya juga.


Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

Kenalah banyak berlapang dada bila dikritik.Di sebalik itu mungkin terselit elemen kebenaran untuk pertingkatkan kualiti diri kita.Ketepikan soal remeh-temeh,fokus pada anak yang sedang membesar.


Azad : Nak kritik biar dalam kelambu,baik buruk biar dalam kelambu dan kena ada cara nak kritik pasangan.

Eira : Kalau suami kritik 'take it positive'.Suami mesti nak yang terbaik untuk kebahagiaan & keceriaan rumahtangga.

Ada seorang kenalan  Kak Lea,'Tie' sejak awal perkahwinan asyik dikritik suaminya.Kebetulan suaminya ni panas baran,semua tak kena.Tie selalu buat kerja dalam keadaan kelam-kabut kerana takut suaminya ingat dia duduk rumah goyang kaki je.Nak kerja tak diberi,maka jadi suri rumahtangga jelah.

Tie seorang yang rajin,cekap,keluarga dan jiran puji.Tapi suami sendiri suka kritik!Itu tak kena ini tak kena.Awal perkahwinan Tie seperti isteri yang lain,suka mencuba pelbagai resipi.Satu hari tu dia masak simple je sayur goreng dan sambal ikan.Ntah apa yang tak kena,suami Tie marah2 dan kata sayur yang Tie masak macam nak bagi **** makan!Dan hidangan sayur tu ditolak jatuh dari meja makan.Tie takut nak menangis,hanya simpan sebak dalam hati.Sejak hari itu dia dilarang masak termasuklah nasi goreng,mee goreng dll.

Sampailah sekarang anak sulungnya dah darjah 6,mereka selalu tapau je lauk dari luar.Tie cuma masak nasi je.Masa suaminya outstation baru Tie dapat masak ikut permintaan anak2.Saya pernah rasa masakan Tie,ok je macam isteri2 lain masak,ntah apa tak kena pada suaminya.pelik!Tapi Tie kata suaminya selalu puji masakan ibu sendiri.

Kalaulah betul suaminya tak suka masakan Tie,cubalah ajar masak.Ikut sekali turun ke dapur,tegur apa yang terkurang,terlebih.Macam mana isteri nak semakin pandai memasak kalau suami cuma tau kritik dan kritik.Dan Tie sendiri tak boleh cepat putus asa dan mengalah,dia sendiri kena belajar resipi kesukaan suami dari mak mertuanya.Sampai bila nak tapau lauk dari luar,bukannya terjamin kebersihan.Alahai itulah namanya asam garam kehidupan rumahtangga......assalamualaikum.





12 comments

12/4/13 14:36

salam.. kak lea..^^

kesiannye kawan akak..
insyaAllah satu hari nanti suami dia akan berubah..

p/s:betul jugak.. kalau orng kritik kitik tu kite kena ambil positive.. tapi kalau melampau sangat..kung fu kan je orang tu...kan2..^^

12/4/13 14:41

@Gee GTG wsalam gee wah cptnya komen tahniah sayang byk2 he3...

tulah mslhnya ank dh bsr kot,suami pulak still x ubh peel suka sgt kritik kwn akk tu,kesian gak dia sbb kdg2 dikritik dpn kwn dan fmly si suami tu.

ye ebtul tu cuba ambil scra +ve tp kalau dh melampau bukan setakat kungfu...silambam,taekwando,silat gayung kita bagi ^^

12/4/13 14:59

hurm...kesiannya kat tie tu... saya harap saya takkan jadi suami yang macam tu..sebab kejam dengan isteri..

12/4/13 15:20

@boni kacak tmr ksh komen bro BK,hurm tu baru ksh Tie,mcm2 lagi ksh sedih isteri di luar sana.

wah saya doakan BK akn jd suami yg prihatin,baik dan memahamiin shaa allah ^^

12/4/13 16:12

Teruk juga bunyinya kalau mcm tu, buat apa pun tak kena. Kalau dia suka sgt makan yg kt kedai lain kali suruh dia kahwin dgn org kedai tu x)

12/4/13 16:39

Kesian la Hana kat isteri bernama Tie tu.. mcm mn nk pandai mask klu x diberi n nak banding pula ngan masakan ibu sndri. mmg x menang la kan..... kesian la.... dan x diberi peluang lak tu perbaiki diri. sabar ye. banyakkan berdoa utk dilembutkn hati suami tu.

12/4/13 18:19

kritik utk kebaikan........

12/4/13 20:09

Ish, tak seronoknye kak xdpt nak masak sendiri untuk keluarga. Masak-memasak tu kan best lagi2 untuk orang yang kite sayang.

Tapi dalam hal mcm kawan akak tu xleh nak salahkan sorang je. Dua-dua kena baiki diri masing2. Suami dye,kot ye pon tak ikot cite rase tekak dye, xpyh la tolak2 pinggan. Bagitau la ape yang kurang.

Tie tu pulak rasenye kalau dye boleh belajar masak dari mak mertua dye pon bagus. Ikot selera tekak suami dye, Maybe nanti suami dye lembut hati (^_^)

Hehehe. Itu pendapat saya je yg tak kawen lagi ni :p

12/4/13 20:11

@Condoriano hahahaha betul juga tu kan...dh x mau ajr lps tu dok beli kt kedai punya alahai....

12/4/13 20:12

@Hana Maroo tulah sis,akk sllu nshtkan tie dia kena byk bsabar mgkn dh mmg peel laki dia mcm tu dr kcl kot.dia sdri kena bijak,curi2 bljr msk dr ibu mertua n buat surprise..biar suami dia tkejut yg dia dh pandai msk mcm maknya...

12/4/13 20:12

@Remy hazza betul tu remy...^^

12/4/13 20:46

@s.y.a.r.q hehehe hah tu dia...betul tu.bg yg blm kawin mcm sis ni,jadikan kes ini utk tmbhkan ilmu rmh tgga.ms bercinta bykkan berkomunikasi ttg apa psgn suka dan tidak,nnt dh kawin blh bertolak ansur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...