28

WHI TV3 ~ Kolagen Dari Rumpai Laut,Berkesankah?

15:22 |

Hai semua!!!Hari-hari di 'Reading List',ada je kawan blog yang update tentang Kolagen Rumpai Laut (Seaweed).Kebetulan WHI memilih topik ni.Kak Lea pun apalagi terpacak depan tv dengan handphone cap sardin,pen & kertas nota (rasa macam jadi student balik je huhu).

Rumpai laut dah lama terkenal di Sabah,sejak 30 tahun lepas lagi.Mak & ayah Kak Lea pun dah pernah pergi ke sana 3 tahun lepas.Mereka pergi bersama rombongan melihat sendiri pelbagai proses penanaman rumpai laut di sana.

Kolagen berfungsi mengekalkan keanjalan & keremajaan kulit.Terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.Menginjak usia 30-an kadar kolagen turun mendadak.Di sinilah pentingnya pengambilan kolagen.Rumpai laut ada pelbagai warna - merah,hijau,ungu dll.

Dalam istilah Sains,Kolagen adalah protein yang terdiri daripada asid amino.


Rumpai laut

Rumpai laut mempunyai pelbagai warna kerana mengandungi polifenol (pigmen dalam rumpai laut).Contoh seperti kubis ada yang warna hijau dan ungu.

PUAN --> Kolagen mengandungi serat,protein,mineral & asid amino.Kandungan protein & mineral yang tinggi membentuk struktur kulit yang cantik.Terdapat pengguna yang baru seminggu dua pengambilan,dah menampakkan keberkesanan.

 PROF --> Rumpai laut merupakan 'Organic Vegetables'.Orang Jepun memilih makan 'fresh' dengan menjadikan ia salad/sayur.Rumpai laut makanan kecantikan & kesihatan.Kajian daripada pihak kami melalui ujian terhadap tikus;

Tikus yang kolesterolnya tinggi,bila beri tikus makan rumpai laut,kadar kolesterol menurun.Paras kolesterol dalam jantung juga begitu.Dari segi ujikaji terhadap haiwan,memang ada kesan positif.

 PUAN --> Rumpai laut penuh serat,mineral,protein dan vitamin B,C,D,E & anti oksidan.Kalau gunakan dalam bentuk produk kosmetikal,boleh membantu merawat ekzema.Makan setiap hari dapat kekalkan kandungan kolagen dalam badan -kulit tegang,struktur kulit cantik,tona sekata.

 JUMINAH --> Kebetulan kawan suami orang Sabah,dari dia saya mengenali penggunaan rumpai laut.

 Basuh dan rendam semalaman

 Esoknya tu,celur (didihkan seketika)

Ambil dalam anggaran 2/3 sudu sehari,campurkan ke dalam air dan minum(boleh bancuh dengan oren Sunquick).Saya dapati senang membuang air besar,tiada lagi masalah sembelit.Kulit juga halus.Boleh sapukan sedikit rumpai laut tadi sebagai 'masker'.

PROF --> Benda ni organik.Kalau ambil begitu saja akan rasa laut & masin.Nak hilangkan warna bagi putih bergantung kepada cara cuci.Gunakan air panas.

PUAN --> Produk berasaskan rumpai laut sangat bagus dibangunkan sebagai produk untuk dikomersialkan.

Diharapkan perkongsian dari WHI dapat menjawab sedikit kemusykilan mengenai tajuk di atas.Kalau Google macam2 info keluar.Memang ramai blogger yang dah lama amalkan pengambilan kolagen dari rumpai laut.Kena jaga kebersihan dan kena juga pandai dalam sukatan pengambilan.Kak Lea memang tak reti nak buat kat rumah,sebab benda remeh-temeh ni alahai kibar bendera putih terus!Sekarang cuma maintain makan EPO je huhu.Oklah selamat 'berumpai laut' ye daaaaa  :)

* Jangan lupa tengok ulangan di Tonton untuk lebih jelas,maaf tadi tak sempat nak salin semuanya.Terima kasih ya sudi baca...


28 comments

24/4/13 15:38

sALAM.. BETUL NI TAU.. KAK PUN DAH BUAT RESEARCH PASAL NI.

APA TU KOLAGEN? KOLAGEN IALAH KOMPENAN ASID AMINO YANG TERBENTUK DARI OKSIGEN, CARBON DAN HIDROGEN. JADI DALAM KAJIAN KANDUNGAN SEAWEED. PADA SAINTIS TIDAK MELETAKKAN NAMA KOLAGEN DI KERTAS KERJA MEREKA.. SEBALIKNYA MENYATAKAN IA SEBAGAI AMINO ASID PROFILES.

KALAU SUDIA DAN ADA MASA..BACA KAT SINI.. KAK LAPIRKAN SEKALI TESIS UPM PASAL NI.

http://cutetoe.blogspot.com/2013/04/rumpai-laut-industri-berimpak-besar.html

24/4/13 15:54

@Hidayati Mohamed salam kak wah tqvm sudi berikan komen.ok2 saya terjah link tu sbb nk gak dptkan ilmu ttg kolagen :)

24/4/13 16:07

MOhon share ye.. blog ni ke laman facebook kak. Semoga berhentilah mereka2 yang tak bertanggungjawab dari terus memfitnah rumpai laut. TQ

24/4/13 16:16

@Hidayati Mohamed ok kak...hr mrka dpt info yg betul :)

24/4/13 16:29

ada tak sentuh bab rumpai laut tak ada kolagen tu ?

24/4/13 16:36

@Puan Bee hye kak,cuba tgk semula ulgn kt tonton.td x sempat salin laju2.mula2 dgr mcm prof tu kata xda then puan tu kata ada.....

akk cuba ye tgk kt tonton ,trm ksh kak :)

24/4/13 16:39

saya baru je abiskan sepeket 100gm tu
ntahlah apa yg berkesan sbb bukan istiqomah sgt makan suplement ni.bila igt makan.tak igt..dudukla ko dlm peti ais tu.hahaha

tp suka guna sebagai masker ;)

24/4/13 16:45

serba salah nak panggil kak lea ;)
sbb baru je kenal blog ni
takut kita sebaya

rasanya dulu ada baca,lea penah keje kat klia ke?

24/4/13 17:49

dil tumpang makan yg kakak punya, bau nya, adehh, payauuu laut..slalu bancuh ngn sunquick..baru lalu sikit nak telan..rasa mcm minum sunquick yg ada alovera..hhaha


btw, effect dia, sgt positif..

24/4/13 20:40

Sis..aritu kwn kite rebus pelik la rupe rumpai laut tu jd kaler dark coklat..

Rajin sis buat nota smbil tgk tv hihi

24/4/13 20:48

@Irfa hahha lawak je irfa ni.samalah kot ngn kak lea..mmg x blh maintain mkn satu2 produk tu he3..

wah mesti kulit gebu dan licin :)

24/4/13 20:50

@Irfa owh ye ke...dulu bhsakan diri kt blog kite...kemudian saya...alah takpelah saya..saya..awak..awak jelah he3...ha ah kje klia dululah skrg area slk tgi je :) ni dpt lg offer kje klia tp tulah tgh fkr ^^

24/4/13 20:51

@cik Dil wah cik dil...rs mcm nk try jugaklah.sunquick aloevera huhu....

24/4/13 21:25

haa okay2 .. terima kasih share , tk sempat tgk tadi :)

24/4/13 21:33

@Chuu Muqhlis hah?hehehehe camno tu?huish rs nk try jelah beli buat sdri then sekali dua tu jelah agaknya cuba he3...sbb remeh lak nk rebus bagai

kalau ada topik menarik kt tv tgn ni laju je nk salin nota,smpi mak sllu ckp awat x jd wartawan je dr dulu sobsob..

24/4/13 21:34

@Puan Beetrm ksh PB :)

24/4/13 22:54

info yg benar tentang kolegen nie.... harap semua faham kak......

25/4/13 00:07

@Remy hazza owh tapi tulah x sgka topik ttg kolagen rumpai laut ni tgh hot kt luar sana huhu.akk just share utk pgthuan akk sdri n utk korg juga :)

25/4/13 01:36

memang bagus rumpai laut ni...

25/4/13 02:00

@Mia Liana hya kak mia...yup betul tu.mmg nk cuba gak ni he3...

25/4/13 02:58

testing testing :-d

25/4/13 07:57

biasa beli yang dah siap aje..pasal x reti la nak basuh nak rendam..takut salah buat...tapi makan PMC ni boleh buat kita kenyang

25/4/13 08:26

cubalah.... kalau rasa macam tak sesuai, elok berhenti. sebab ada juga orang yang tak sesuai...

25/4/13 08:27

jawab testing... ok...

25/4/13 11:33

@misz sheyla hye misz...yelah better beli yg dh ready made...tkt tersilap buat,kan ^^

25/4/13 11:34

@Mia Liana yelah sis mia..nk kn tya kwn2 diorg beli kt mana,co mn yg keluarkn dll,baru brni nk cuba.

25/4/13 11:35

@Mia Liana hahhaa sismia tulah ingt nk ltk icon tu tp kn embedded comment form,nnt blog lmbt loading adeihh

25/4/13 20:30

salam kak lea..^^

uish.. kolagen~~
memang satu stuktur penting kulit manusia..
sebut pasal rumpai laut ni..
akak pernah makan kerabu rumpai laut x..yaAllah sedapnya.. saya baru first time cuba dulu.. sedapnyer~~~!!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...