30

Amalan Berpantang Selepas Bersalin Secara Pembedahan

01:33 |

Salam semua.Kak Lea pernah kongsikan pengalaman berpantang dalam entri 2 tahun lepas.Gambar kat bawah dari koleksi Kak Lea ambil di majalah Pa & Ma tahun 2004.Kak Lea cukup suka jadikan Pa & Ma koleksi hingga menimbun kat stor masa tu.Baby sulung kembar,masa tu dah 8 bulan dan doktor nasihatkan untuk dibedah,disebabkan kedudukan baby yang songsang.Alhamdulillah tanda nak bersalin cuma perut tegang semacam je,takde pecah air ketuban bagai.Takdelah menjerit2 sakit macam kat drama tv tu (diorang buat scene nak bersalin,over kot).

Semoga entri ni dapat membantu korang tambahkan ilmu.Gambar kat bawah ni bukan untuk menakutkan korang.Kak Lea dulu semakin dekat nak bersalin,lagi banyak membaca.Biar kita tahu sedikit info dari tak tahu langsung.Senang nak respon & bersoal-jawab dengan doktor & nurse.

 
Macam nilah perut Kak Lea dibelah
Sebelum tu tulang belakang dibius,3 kali dicucuk.
Sedapnya Subhanallah,setahun baru hilang ngilu


Selepas lapisan demi lapisan akhirnya baby berjaya dikeluarkan
Masa tu,cantik je Kak Lea nampak perut sedikit berasap dibelah(laser)
Kelam-kabut nurse pusingkan cermin lampu spotlight(tak reti apa nama)
Serius nyaris Kak Lea pitam tengok perut kena belah
berdarah-darah..ngeri weiii

Macam nilah jugak baby ditarik satu demi satu
Subhanallah masa dengar tangisan baby selepas ditepuk punggung montelnya
Sebak tengok doktor hulur dua baby
GIRL & BOY

Proses jahitan untuk mencantum kembali tempat yang dibedah

Inilah hasil jahitan tadi

Semua orang ada cara masing2.Nasihat Kak Lea pandai2lah korang mix & match petua tradisional & moden.Ikut mana yang mampu,tidak memudaratkan korang & baby,tidak menimbulkan khurafat.Korang je tau badan korang ok ke tak,orang sekeliling hanya boleh beri nasihat.


Cara Berpantang


1--> Susukan anak kalau nak langsingkan badan.Ia juga dapat mengecutkan rahim dengan cepat.Kak Lea susukan anak hampir 2 tahun lebih!Rahsianya...banyakkan berzikir,amalkan makan sayur,minum banyak air putih.Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya hingga memberikan susu yang banyak

2--> Pakai stoking.Kak Lea buka stoking pun time ke toilet dan mandi,then sapu minyak panas baru pakai stoking.Elakkan kipas angin dari menghala terus ke badan korang.Officemate pernah beritahu,kakak dia langsung tak jaga masa berpantang,modenlah katakan.Langsung tak pakai stoking.Sudahnya badan banyak angin,badan pun kembang,macam dah anak 3.

3--> Pakai pilis dan param.Memang tak selesa tapi itu untuk elakkan rabun.Kurangkan membaca tapi masa ni Kak Lea ok je baca Pa& Ma,buku zikir dan majalah biasa.Masa ni mata memang kena jaga,banyakkan rehat.

4--> Masa nak makan nasi mesti nasi yang baru/atau nasi yang ada panaskan semula.Mesti sentiasa panas.Then mak ajar, buat 3 kepal nasi,sambil berselawat.Setiap kepal tu kita selawat dan niatkan "Ya Allah bagaimana kepalnya nasi ini,kau kuatkan dan pulihkanlah rahimku semula".Ntah mana mak dapat petua tu tapi memang Kak Lea amalkan sehingga lahirkan anak ke-3 jugak.Yelah kot...org tua dulukan banyak petua.Mungkin tak nak ibu yg berpantang gelojoh makan itu dibuat 3 kepal dulu sebagai pemula.

5--> Ada yang kata jangan makan lauk itu lauk ini,sampai ada yang makan berlaukkan ikan bilis???Owh tidak..Ikan pun boleh makan = haruan,tenggiri,selar kuning,bawal putih dan ikan bilis.Kak Lea juga amalkan makan jeruk halia muda yang dihiris nipis.Sedap makan dengan nasi panas2.Ia juga dapat buang angin dan badan rasa hangat je.Kadang2 tak selera makan mak goreng ikan bilis dan kacang tanah,tumbuk sedikit bawang merah dan lada hitam,lalu gaul semua bahan dengan perahan air asam jawa pekat.Serunding daging pun Kak Lea bedal.Kak Lea pun makan sayur dan buah.Antara sayur yang diambil ialah sawi,carrot,carrot putih,kucai,kentang.Antara buah kesukaan masa tu ialah epal & prune dalam tin,supaya lawaskan buang air besar.

6-->Jangan minum air banyak???Oh tidak!Kak Lea sendiri mengamalkan pemakanan seimbang sebab susu yang nak diberi kepada anak2 perlulah berkhasiat.Dan air pulak memang minum banyak.Air suam sentiasa satu botol di sisi.Siap refill beberapa kali.Tak percayalah tak boleh minum banyak air konon nanti rahim kembanglah,sejuklah...bagi ibu yang 24/7 susukan kembar,perlulah banyak air dalam badan.Bukan takat minum air suam,tapi pengambilan susu Anmum dan sebagainya pun diamalkan.Tetapi nak elak perut buncit jangan sesekali makan berulamkan air tau.

7-->Mak suruh sumbat BA.W.A.N.G P.U.T.I.H di lubang telinga yang comel.M.O.T.I.F?Supaya tak masuk angin!!!Depan mak je Kak Lea sumbat,bila mak takde cabut bawang tu.Ho ho ho dahlah busuk....yurkkkkk.

8--> Jangan pegang penyapulah,jangan jalan laju dan kangkang-kangkanglah,hati-hati takut ibu jari terlanggar kerusi nanti bentanlah.Itu pesanan yang selalu Kak Lea dengar.Tapi takdelah sampai tak boleh menyapu,jaga langkah je.Jangan renyah sangat buat kerja.Jangan sesekali anggap badan dah pulih dan cuba angkat sesuatu yang berat.Semasa buang air kecil rapatkan kaki dan jirus perlahan dengan air suam.

9-->Sapa kata tak boleh urut?Boleh je cuma jangan sentuh bahagian pembedahan.Urut kaki,tangan,kepala,belakang badan tu bolehlah.Kak Lea memang tak langgar disiplin.Seawal pagi mandi air rebusan segala daun apa ntah,then bertungku(pergh best badan rasa segar je),berbengkung(memang rimas tapi badan rasa best bila nak buat kerja),stoking tak tanggal,berpilis,berparam,berbedak sejuk di muka.

10--> Nak bagi muka segar & tak pucat,amalkan minum air rebusan kurma cina merah dan ntah apa lagi bahan makcik urut belikan.Makcik tu belikan bahan2 untuk berpantang di kedai herba cina tu.Memang sedara dan jiran termasuk nurse yang datang melawat puji nampak muka segar,tak pucat.Akar kayu...tak boleh minum perghhhh pahit.Amalkan juga jamu tapi selepas habis pantang nanti susu 'panas',kesian baby cirit-birit.

11--> Akhir sekali hurmmm....ikut koranglah berpantang secara moden ataupun tradisional.Hanya korang yang tau badan korang ok ke tak.Para suami tak suka kalau si isteri sikit-sikit sakit,banyak tanggungjawab orang perempuan ni oiiiii..nak jaga suami...anak-anak lagi.Seperti kata mak Shiela Majid,kalau tak jaga masa berpantang,nanti umur belum cecah 40 tahun dah sakit sana,sengal sini,lenguh situ.


Amalan daripada ibu Kak Shiela semasa berpantang

"Ibu kak Shiela paling disiplin tentang amalan ketika berpantang.Kalau nak tahu,masa berpantanglah ibu akan jaga kak Shiela sesempurnanya.Memanglah bosan tapi kebanyakkan pantang-larang itu sebenarnya memberi kesan yang baik kepada tubuh kita untuk jangka masa panjang.Ibu selalu pesan,kita bukan tahu berapa banyak urat kita yang terputus ketika bersalin?Mungkin selepas beranak,kita rasa dah ok tetapi apabila tua sikit nanti mulalah rasa sengal-sengal badan,angin sana-sini"


Apa amalan Kak Shiela ketika berpantang

"Oh,terlalu banyak yang 'dipaksa' ibu.Sebaik keluar dari hospital,naik sahaja ke bilik jangan haraplah nak turun ke mana-mana dah.Stoking hanya dibuka ketika hendak mandi sahaja.Kalau nak panggil sesiapa,guna loceng,tidak dibenarkan menjerit.Tak boleh membaca.Kalau tidur di katil,kaki tidak boleh dibiarkan tergantung.Bengkung hanya dibuka ketika berurut sahaja,kemudian mesti diikat balik.Berparam,berpilis jangan cakaplah.Tetapi alhamdulillah dengan amalan-amalan itu memang senang mahu kembali segar,sihat dan langsing."



30 comments

23/5/13 01:38

tadi di WHI ada cerita pasal ibu berpanntang selepas pembedahan melahirkan anak

23/5/13 01:43

@deno hye deno.ye betul tu,previous entry kak lea tentang rcgn whi :)

23/5/13 09:02

bunda ada tengok juga WHI yg membincangkan hal ini...

selama ini kita ingat ibu yg melahirkan secara pembedahan tak boleh langsung bertungku dan berbarut...

rupanya lebih baik untuk peroses menecutkan rahim...tetapi elakkan jangan terkena keatas jahitan itu saja...

23/5/13 10:15

@BUNDA a.k.a KN hye bunda...ramai yg masih takut utk bertungku dan berurut..begitu juga berbengkung.semua tu saya buat...


betul kata bunda..yang penting jangan terkena luka jahitan..

23/5/13 11:50

HI,
sy bersalin secara czer 2 tahun lepas/

elin menjalankan pantang seperti biasa. dia satu pun tinggal. sebb duduk dgn mak mmg rapi lah penjgaan.

hasilnya berat badan slps 7 bulan kembali seperti biasa selepas 20kg naik semasa pregy/

23/5/13 12:57

@♥ Elin ♥hye elin wowwww nice sharing...ye betul tu kalau berdisiplin semasa berpantang,mmg boleh turunkan berat badan.menyusu baby sepenuhnya juga turut membantu :)

28/5/13 00:31

berpantang nie memang kena ikut cara yg betulkan kak lea.....

28/5/13 16:00

@Remy hazza ye betul tu.tapi jangan push diri..ikut keselesaan masing2 :)

Para ibu yg sedang mencari atau ingin mencuba set bersalin anugerah, boleh hubungi sy melalui emel slamdunk1342@gmail.com atau watsapp 0197999735..cod area kl/batu caves.harga diskaun menanti utk para ibu.tqvm.

18/7/13 10:57

Salam tuan blog, aleasara.. nk brtnya la.. mcm mna pmkaian bgkung utk yg kne cser ni yer..sy xbrani nk pkai..

18/7/13 10:59

Slm aleasara.. boleh guide sy cmne nk berbengkung x? Lupe plak, sy bsalin scra operation..Terima kasih..

18/7/13 13:52

@c.t.P.a.n.d.asalam sis sori lambat respon sebab baru je online.owh kak lea cuba klik link sis tapi takde link blog ye..

owh bersalin caesar ni,cara bengkungnya mudah.boleh je bengkung tapi area perut tu tok sah balut ketat sangat.tapi seeloknya selepas luka tu sembuhlah at least 2 mgu selepas bersalin,barulah bengkung.

sis boleh juga google banyak kawan blog kongsi pengalaman diorang.apa2 tanya je kak lea ye.. ^^

19/8/13 15:53

pilis dgn param tu apa ye?

20/8/13 11:49

@yanahye yana...

owh param tu macam bedak sejuk,tapi saiz besar sikit macam syiling 50 sen.Dibuat daripada beras.Wangi. Badan jadi putih bercapok-capok bila param tu kering.Param ni tujuannya untuk memanaskan badan.

pilis pulak untuk membuang angin di bahagian kepala dan mengelakkan rasa pening seterusnya mengelakkan rabun.dibuat dari kulit kayu manis...

salam sis, pakai bengkung masa tempoh berpantang x sakit ke? mcam mana nak pakai? ada jual ke bengkung utk ceaser? bulh kongsi tak..?

4/10/13 17:02

assalamualaikum kak lea,info yang sangat bermanfaat..saya dulu bersalin yang sulung pun czer,sebab si kembar saya tak pusing..saya pakai bengkung moden je,memang bengkung untuk orang bersalin czer..

4/10/13 17:03

saya guna bengkung moden.insyaAllah tak sakit sebab ada cara pakai bengkung dengan betul

15/10/13 00:29

Salam...nak tanya,sy br ke sebulan bersalin ceaser...bole or tidak sebelum berbengkung kita letak gel siren tuk kempis kain perut?

19/10/13 06:53

helo sis saya bru 8 hari bsalin caeseran...skang perut sya sakit sgt..cm ader luka kt dlm...pastu xleh kencing....camner yer

31/10/13 00:49

Salam sis.. info y menarik.. tp sayangnya sy bru terbaca blog ni.. sy bru je bersalin ceaser 2 bulan lepas.. x pantang sgt la jgk.. sbb x tau mcm mna nak pntang betul2.. ada beli herba2 mandian. Tp sekali je dpt pakai sbb gatal 1 badan.. hehe.. tp alhamdulillah... berat dah turun keasal.. berat last preggy 58kg.. baby kluar je.. timbang hr ke 4.. 52kg.. 2 minggu pastu kot klo x silap.. 49 kg.. pastu baby dah sebulan 47kg.. mgkin sbb baby susu bdn kan.. hehe.. cuma perut still buncit.. x tau mcm mna nak turunkan.. pakai bengkung tp takut.. jd jrg sgt pakai.. mcm mna ye nak kempiskan perut ni.. klo baring kempis je.. bila duduk n bediri.. buncit nampak sgt.. n perut masih x fit... mcm mna nak ckp ya.. kendur.. lembik2 mcm tu la..

31/10/13 00:49

Salam sis.. info y menarik.. tp sayangnya sy bru terbaca blog ni.. sy bru je bersalin ceaser 2 bulan lepas.. x pantang sgt la jgk.. sbb x tau mcm mna nak pntang betul2.. ada beli herba2 mandian. Tp sekali je dpt pakai sbb gatal 1 badan.. hehe.. tp alhamdulillah... berat dah turun keasal.. berat last preggy 58kg.. baby kluar je.. timbang hr ke 4.. 52kg.. 2 minggu pastu kot klo x silap.. 49 kg.. pastu baby dah sebulan 47kg.. mgkin sbb baby susu bdn kan.. hehe.. cuma perut still buncit.. x tau mcm mna nak turunkan.. pakai bengkung tp takut.. jd jrg sgt pakai.. mcm mna ye nak kempiskan perut ni.. klo baring kempis je.. bila duduk n bediri.. buncit nampak sgt.. n perut masih x fit... mcm mna nak ckp ya.. kendur.. lembik2 mcm tu la..

5/11/13 15:12

terima kasih kak ttg info berpantang selepas caesar. saya dah dua kali caesar tapi tak pernah berbengkung sbb ada org kata xboleh..tapi mmg badan xbest bila xberbengkung.
Insha Allah,kali nie saya nk berbengkung mcm akak ceritakan :)

5/11/13 15:15

owh ya akak,nk tnya..jeruk halia mcmmana? buat sendiri ke?

3/1/14 18:12

Seram tgk pic tue huhu pitam jp

2/5/14 16:05

Kalau bersalin secara pembedahan mcmmane nk berbengkung ye... x sakit ke tempat jahit tu bila di ikat...

30/8/14 21:04

good info.tq for sharing

1/7/15 22:01

good sharing! :)
jemput singgah blog kita

http://ummikhalifstories.blogspot.com/

19/8/15 11:52

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Peranan suami semasa isteri berpantang

11/9/15 10:36

Nice entry.. ..kini ibu2 yg bersalin bedah dh boleh pakai bengkung.. tapi bukan suka hati bengkung tau.. selalu bersalin bedah org ckp perut buncit sbb tak leh pakai bengkung dan berurut jemput singgah sini ye.. .. so nak elak masalah tu kenalah pakai bengkung..
http://mama-batrisyia.blogspot.my/search/label/Bengkung%20Moden

Betul ke masa urut tak boleh meniarap untuk yang ceaser? Tkut nanti terkoyak? Saya dah sebulan dah ceaser..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...