8

Asma' 82 ~ Al-A'fuw

00:47 |

MAHA PEMAAF

Al-A'fuw,ialah Yang Maha Mengampuni.Dia akan melupakan kesalahan mereka yang benar-benar ikhlas bertaubat.Bila telah bertaubat,jauhi dari kembali melakukannya kerana Allah SWT tidak suka kepada mereka yang mengulangi kesalahan mereka.

1~Doa Jaiz ( yang dibenarkan)
Mereka yang membaca Ya A'fuw 250 kali & bertaubat di atas segala kesalahannya sambil berdoa dengan doa-doa makbul (bukan doa untuk menjadi kaya,contohnya,ketika meminta keampunan),in shaa allah doa anda akan diterima & anda akan diampunkan.

2~Tidak dihukum
Supaya tidak menerima hukuman Allah,bacalah Ya A'fuw 156 kali.In shaa allah,anda akan diampunkan jika bertaubat secara ikhlas hati kerana inilah di antara syarat-syarat taubat.



Salam Jumaat semua.Semakin hampirnya PRU 13,semakin rancak semua bakal pengundi,mengadu domba,membuka aib sana sini,mencaci,menghina.Berbaloikah semua itu?Politik tidak menghalalkan segalanya.

Rasa sedih membaca entri kawan2 yang penuh dengan kritikan,tuding jari sana sini,aduh.....manakah perginya 'kita' sebagai umat Islam yang cintakan kedamaian,tutur kata yang sopan?Kita bersorak sana sini,tapi ahli politik bukannya akan sentiasa di sisi kita.Yang sentiasa menemani di saat suka & duka hanyalah Allah SWT,serta keluarga sebagai penghibur & peneman di dunia.

Bertaubat...tak semestinya menunggu saat sudah tua..atau setelah tersedar melakukan jenayah berat & maksiat.Kita sibuk mengutuk mengata pun dah perlu bertaubat.Mari kita semua amalkan politik yang sihat.Tunggu masa mengundi nanti,jalankanlah kewajipan sebagai rakyat Malaysia.Tak perlu bising sana-sini,hanya menambahkan dosa yang tidak pernah surut,sebab kita hanyalah hamba-Nya yang lemah lagi hina.



P/S--> Pesanan ini untuk diri sendiri juga,kerana sedar masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.Semoga hari ini segala urusan kita semua dipermudahkan Allah SWT,amin.....





8 comments

3/5/13 08:45

About PRU 13...I really don't mind tau sesiapa pun yg akan memerintah. kalau itu lah ketentuannya, kita redha. cuma I pun rasa sedih dgn perpecahan yg timbul gara2 terlalu taksub meraih undi. Semoga Allah mengasihani dan merahmati kita sebagai makhluknya yang beriman...insya Allah.

3/5/13 09:35

@RedRose ye betul tu.kt area saya duduk ni so far oklah diorg x taksub sgt..semua walaupun berlainan pegangan politik,tapi msh blh bertepuk tampar di masjid ^^

cptlah selesai pru13 ni huhu...

3/5/13 10:58

salam kak lea..
memang sangat betul..
sedih saya tengok..
kutuk sana..kutuk sini..
orang sana salah..orang sini salah..
Allah..
tiada manusia yang syumul sifatnye..selain nabi muhammad SAW..

mengucap jer lah bace komen2 tu..
mungkin mereka terlalu taksub..
tapi ini adelah sesuatu yang menakutkan..

berdoa supaya mereka sedar..kan..^^

3/5/13 11:02

@Gee GTG salam gee..hurm kak lea sllu sggh baca n jd silent reader je.sbb tu semua hak kebebasan kita bersuara...cuma jgn tinbul fitnah sudahlah :)

3/5/13 11:54

Sesungguhnya pada nama Allah tu ada hikmat buat kita... yang penting kena rajin amalkan... in sha Allah kita akan peroleh manfaat daripadanya...

PRU13: Undi kita, suara kita... jadi luahkan suara kita masa hari mengundi tu.. tak perlu berbalah sesama sendiri... haih!

3/5/13 12:32

@Nora Karim hye sis in shaa allah sama2 ye kita amalkan :)

ye betul tu cptlah berlalu pru 13 ni huhu..

9/5/13 22:47

Pru13 byk tinggalkan cerita.....perkauman...agama...bangsa dan pelbagi lagi kisah suka dan duka......

10/5/13 20:57

@Remy hazza tulah remy..slma 5 thn ni menghadaplah kite dgr parti politik bergaduh sesama sdri rakyat juga yg tersepit....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...