16

Asma' 84 ~ Malikul Mulk

21:56 |


 
MAHA PEMILIK KEKUASAAN


Malikul-Mulk,Penguasa Agung seluruh alam.Dia menjalankan tugas-Nya tanpa arahan,tanpa diperiksa tetapi penuh kuasa.Tidak ada kuasa setanding dengan-Nya,baik di dunia mahupun di langit.

1~Berjaya dalam pekerjaan
Mereka yang ingin berjaya dalam pekerjaannya,hendaklah membaca Ya Malikul Mulk 21 kali sehari tanpa ketinggalan walau satu hari pun.In shaa allah keuntungan akan berlipat ganda di dalam pekerjaan atau urusan yang dijalankan.

2~Perniagaan maju/dihormati orang
Sentiasa membaca Ya Malikul Mulk 5 kali sebelum membuka pintu kedai atau pintu rumah,in shaa allah perniagaan anda akan beroleh keuntungan yang besar & anda akan dihormati orang.

3~Mengekalkan martabat
Jika anda orang yang tinggi kedudukannya dalam kerajaan atau sebagainya,bacalah Ya Malikul Mulk 2120 kali untuk satu bulan selepas setiap solat fardhu,in shaa allah kedudukan anda tidak akan tergugat.



Salam semua.Semakin kita menghampiri bulan Rejab,semakin kuat keinginan kita untuk menutup 'kebocoran' di dalam kehidupan seperti ibadat,pekerjaan,pelajaran,hubungan dengan keluarga & masyarakat sekeliling.Mari semua menuju kejayaan sepeti yang selalu dilaungkan ketika azan bergema.

Semoga Asma ul Husna kali ini dapat kita pratikkan di dalam kehidupan dan menjadi pembasah bibir,pendamai jiwa di saat mengharungi hidup di dunia,yang tidak pernah belas-kasihan terhadap sesiapa yang gagal.


P/S-->Takziah kepada keluarga si kanak-kanak berusia 12 tahun,yang ditemui meninggal dunia di Selangor.Sedih & sebak melihat ibunya,yang ingin pembunuh anaknya dibunuh juga.Arwah anaknya dicampak seperti anak patung di tempat letak kereta,setelah disakiti & dinodai.Betapa hancurnya masyarakat kita sekarang ni.Al-Fatihah untuk arwah...




16 comments

9/5/13 22:08

takziah utk keluarga mangsa.......
tahnaks for ilmu nie kak...remy sampai jugak kat sini...susah nak jejak akak kat google+ tu..... remy rasa nak buat komen box normal baliklah....... byk yg takleh nak tinggal komen...mungkin sebab takde google+

9/5/13 22:17

@Remy hazza sama2 remy....amga roh kanak2 tu ditempatkan dlm glgn yg beriman amin..amin...

remy tulah kak lea jd susah nk komen laju2 kt blog remy huhu....kak lea mmg x suka google + tu remy...

9/5/13 23:02

salam kak lea..^^

serius ke kes tu.. Ya Allah.. teruknye manusia berhati.. aish...
kenapalah kena jadi macam tu..
nak marah betul.. tapi marah x boleh nak selesaikan masalah..sedih betul saya macam ni..ape lah nak jadi ni..
semoga rohnya tenang disana..

9/5/13 23:03

kak lea...remy dah back to normal... nak buang senang aje......

pi kat my blog....pastu klik google+ pastu un tick petak yg using google+ komen tu.... back to normallah jwbnya..... susah pakai komen tu,,,nk bw takde link...kalau yg biasa senang....

10/5/13 00:10

hurmm... kita kena pndai jaga diri.. n sllu mmnta pertolonganNya utk mjga kita.. al Fatihah utk adik..

Masih kecik lahi budak tu..baru 12 thn.. hurm.. sedihnya..

10/5/13 04:17

terima kasih untuk perkongsian ni...

memang kejam pelaku tu.. kesian betul.. rupanya dia dinodai ye. tak guna punya manusia

10/5/13 17:00

sekejap dh rejab..lagi beberapa bulan nk puasa.. insyaALLAH

10/5/13 20:47

@Gee GTG slm gee.tadi baca paper pun sayu tgk foto arwah,dahlah sebaya ank kembar kak lea.smga rohnya tenang di sana..

10/5/13 20:48

@Remy hazza tqvm remy.tulah td dah komen entri remy n tgk dah bertukar mcm biasa...tqvm tau guide cara g+ tu :)

10/5/13 20:49

@AiSyA LiEzA ye sis...tapi Allah Yang Maha Mengetahui di sebalik setiap kejadian.kita hanya mampu berdoa agar stiasa dilindungi dunia akhirat :)

10/5/13 20:50

@boni kacak sama2 berzikir...

owh hrp sgt manusia yg kejam tu menerima blsn setimpal.

10/5/13 20:51

@merahitujambu alhamdulillah...ye smga rejab permulaan yg bgs utk semua umat islam dan kaum melayu khususnya....memperbaiki diri :)

nice sharing.... :)

hmmm mmg kesian dgn keluarga mangsa....taktau la apa nak jadi dgn manusia...sanggup menyakiti org lain.... ;(

11/5/13 00:12

@Hatimi Tahirruddin alhamdulillah jom berzikir :)

hurm itulah anak2 skrg dah tak sebebas dulu.musuh merata-rata

12/5/13 23:51

Thanks for sharing, baru first time tahu tentang zikr Al-Mallikul Mulk.

Ish kejam betul manusia ni.

13/5/13 11:58

@Condoriano alhamdulillah sama2...

ye hrp sgt hukuman diberikan setimpal dgn kesalahan diorang huhu...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...