16

Berimaginasi ~ Apa kaitannya dengan blogger?

21:51 |

Albert Einstein :
Imaginasi adalah lebih penting daripada ilmu pengetahuan

Bernard Shaw :
Sesetengah orang melihat sesuatu yang wujud & bertanya. "MENGAPAKAH?" tetapi saya membayangkan sesuatu yang tidak wujud & bertanya "MENGAPA TIDAK?"

Kedua-dua ungkapan di atas adalah 2 ungkapan yang melibatkan kepentingan daya imaginasi.Daya imaginasi yang positif (bukannya berkhayal yang tidak memberi faedah) adalah penting dalam hidup seseorang atau dalam meneruskan kemajuan sesebuah bangsa.Ia juga penting bagi seseorang dalam melahirkan idea yang bernas untuk mencipta sesuatu yang baru bagi meningkatkan kehidupan kita.

Contoh daya imaginasi yang hebat adalah kapal selam telah dilukis sekitar abad ke-16 oleh Leonardo da Vinci walaupun beratus tahun selepas itu baru ianya dihasilkan!

Beranikanlah diri mencabar sesuatu dari sudut yang melawan arus untuk menghasilkan idea yang hebat dengan banyak berimaginasi.Banyakkan membaca & bergaul untuk mudah berimaginasi.


 Kredit : Prof Izzi



Imaginasi..suka bila bercerita tentang imaginasi.Kalau takde imaginasi,maka takdelah FB,Blog,Twitter,Instagram,Keek dan macam2 lagilah di dunia maya ni.Tahniah kepada penciptanya.Sebagai blogger,sudah tentu imaginasi memainkan peranan yang penting.Jika kita bijak berimaginasi,takdelah istilah tiada idea untuk update blog.

Tidak dinafikan sebagai blogger,idea bukannya selalu muncul.Masa inilah kena kerap blogwalking.Setiap entri dan komen2 di blog kawan,dapat kita gunakan untuk jadikan entri.Sebagai blogger,kemahiran berinteraksi menerusi pertukaran pendapat,berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah dpat memupuk semangat persahabatan di dunia maya.Kadang2 masa keluar makan,berjalan,borak2 dengan kawan/keluarga,tengok tv hatta dengar radio pun,idea terus muncul.Dan tak sabar nak jadikan entri.

 

Membaca bukan sekadar untuk tambahkan ilmu & memenuhkan rak buku sebagai tatapan para tetamu,betapa banyaknya koleksi kita.Membaca turut membawa kita 'menerokai' ke dunia di dalam buku/majalah/surat khabar yang sedang ditatap.Kita menjiwai watak..seakan-akan berada di lokasi penceritaan.Automatik kita dah pun berimaginasi!Seronok,kan.Jangan terhadkan skop pembacaan,pelbagaikanlah genre.

Mana yang menarik boleh dikongsikan bersama kawan blogger.Tahniah diucapkan kepada semua blogger sebab dah terbukti korang memang hebat berimaginasi!!!Bila kita kuat berimaginasi yang positif,segala entri yang dikongsikan pun akan menjadi' lain dari yang lain'.Kak Lea sendiri pun masih terus belajar memperbaiki tulisan dengan membaca entri2 korang.Korang memang awesome!



16 comments

1/5/13 22:16

kalau idea nak datang...dalam toilet pun boleh datang :-)

1/5/13 22:42

@the malay male hah???erkk ye ke ngeee :-)

1/5/13 22:54

idea kalau nak dtg...tak tunggu masa...... kekadang mencurah2...kekadang kena perah..... tapi kalau takde masa..semua tak jadi kan...hu3

1/5/13 23:00

@Remy hazza hye remy ye betul tu...ms ni kena bijak berimaginasi dgn lht apa yg berlaku di sekeliling kita :)

2/5/13 00:18

Rupanya saya hebat berimaginasi ! hihihi. Suka this entry. Muah muah !

2/5/13 00:18

setuju dengan entri ..kadang tak idea ..blogwalking baru dapat idea

2/5/13 00:30

salam kak lea.. sayang..yeay!!!

hehe.. kak lea.. dah awesome dah.. penaip entry terpantas..kikiki..saya seronok tengok dan bace blog akak..hehe..
saya ni blogging pon gigih lagi..hehehe..
tapis aya bersyukur dapat jumpe akk kat sini..yeay!!!

2/5/13 02:02

@Izzah Azizah syabas sis izzah he3... :>)

2/5/13 02:03

@Aku Penghibur ye betul tu...ms blogwalking tu mcm2 idea kita blh dpt :-)

2/5/13 02:05

@Gee GTG salam gee he3...cubit kang... :)

kak lea pun msh byk kn bljr dr kwn2 lain...hoho penaip entri terpantas ye..tgu jap lagi kak lea culik doraemon kt blog tu semua tguuuuu... :p

blogwalk dan baca entry rakan rakan juga menambah ilmu dan motivasi untuk terus menulis. kadang-kadang baca je pun tanpa meninggalkan trail..kali ini tinggalkan trail..hehe. keep up

2/5/13 12:27

menarik quote dr albert einstein tu..
so blogger ni byk berimaginasi la ek

2/5/13 13:32

@Khadijah Firdaus hye sis he3...xpa dpt silent reader pun ok je...tqvm ye sudi komen :)

2/5/13 13:33

@akashah hye akashah yup betul tu tanpa imaginasi mmg akan kering idea utk entri :)

sy selalu berimaginasi tapi tak susuai kalau nak tuliskan "imaginasi sy" tu dalam blog...hihi :P (gurau...je)

6/5/13 14:58

@Hatimi Tahirruddin hahahaha meh sini piat telinga tu kalau share yg pelik2 hehehe just joking :>)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...