22

Cuti Sekolah ~ Hati-hati pilih lokasi berkelah

16:07 |

Baru-baru ni family sebelah husband buat family gathering
Khas untuk orang Perak yang bekerja di Lembah Klang
Berjimba di Air Terjun Kemensah,belakang area Zoo Negara

 Kami booking kawasan ni..sempoi!
Yang penting ada pondok untuk salin baju & solat
Toilet pun dekat je

 Tenang betul di sini

 Sesi suai kenal 
Maklumlah jarang jumpa semuanya kalau balik kampung
Keturunan husband ni ramai bebenor
Sampai ke Pattani  & Sik,Kedah pun ada
Syukur dan gembira bila anak kembar Kak Lea jadi tumpuan

Yang otai-otai
Depa kena perkenalkan diri & keturunan mereka masa duk Perak dulu
Macam Husband,atoknya penghulu
Meninggal dunia di Mekah
Rumah pusaka di Perak selalu menjadi lokasi drama

 Yarghh husband sedang memujuk Danish 
(nampak tak betapa melekatnya dia,dah macam koala)
Danish terkejut & geli tengok banyak ikan-ikan kecil
Lagi dia takut sebab elok je nampak katak besar...berenang
Kak Lea dah ca alif but masa tu... 

 Masa ni Irfan,si kembar tu berendam habis-habisan 
sebelum berkhatan esoknya 
 Suka betul diorang ni
Belajar menghargai kehijauan ciptaan Allah SWT
Takdelah terpacak muka depan PC,je

 Macam2 menu ada ikan,ayam,daging
 Nyum nyum
Otak-otak ni sepupu bawa
Perghhh...dahlah besar,cukup rencah cukup rasa
Tengok betapa kembang-kempis hidungnya 
 dapat makan macam2 sebelum berpantang
Atas meja tu semua pot luck
Mee Kari,Nasi Lemak,Spaghetti,Bihun Goreng,Sandwich
Buah-buahan
Kuih-muih
Kerepek & pelbagai air sejuk & panas

Sebelum pulang semua bergotong-royong bersihkan kawasan
Sambil bergurau-senda
mengajar kanak-kanak menghargai alam sekitar
dan menjaga kebersihan 




Hari ni di suratkhabar ada artikel mengenai "Pilih kawasan berkelah bersih,selamat".Dan juga berita mengenai seorang pelajar UiTM,21 tahun yang meninggal dunia akibat Kencing Tikus.

  1. Sebarang kecederaan ringan seperti luka kecil meningkatkan seseorang individu untuk dijangkiti virus,sekiranya air di kawasan perkelahan berkenaan dicemari virus.
  2. Sekiranya kawasan perkelahan terlalu banyak sampah & tidak bersih,elakkan membawa keluarga ke situ.
  3. Seekor tikus sudah cukup untuk menyebarkan penyakit melalui sumber air semulajadi berbanding kawasan kolam yang mempunyai klorin.
  4. Individu yang mempunyai penyakit kencing manis,darah tinggi & beberapa penyakit lain menerima kesan buruk sekiranya dijangkiti.

Malang memang tidak diduga.Mandi di kawasan sungai/air terjun memang menjadi pilihan.Selain berasa tenang mendengar aliran air,melihat kehijauan,dapat juga berjimat daripada membayar tiket bermandi-manda di taman tema.So far,Kak Lea ok lagi nak bayar sebab anak pun 3 orang je.Bayangkanlah kalau anak ramai,kalau ada tawaran pakej sekeluarga memang jimat.

Bagi korang yang nak berjimba di musim cuti ni,berhati-hati pilih lokasi.Jaga keselamatan,harap tak ada lagi kes mangsa lemas dan mangsa Kencing Tikus.Pastikan 'por't nak lepak tu bersih,dah berkelah jangan lupa bersihkan semua sampah-sarap.Bawa siap2  plastik hitam/biru dari rumah..itu bukan alasan untuk tidak menjaga kebersihan.


SELAMAT BERCUTI!!!








22 comments

30/5/13 16:15

Assalam kak lea...

memang seronok mandi di sungai ni. Kenit kecik-kecik dulu, rajin abah bawah gi mandi laut port dickson tu.

Bila ada anak sendiri tak berani pulak nak bawa gi mandi manda di sungai/laut. Takut pulak baca citer org lemas ni, sorang lemas pastu berderet le yang lemas lagi. macam bermusim pulak kan.

Aperpun, happening tengok gathering family sebelah hubby kak lea...seronok bawak budak2 tengok alam semulajadi, kasi segar sikit mata tu hehe (^_^)

30/5/13 16:21

mmg bestt!! tapi bahaya sikit.. kena bijak pilih tmpt2 y sesuai... :)) smga mula berpantang utk irfan esok... ekkkekke.. dah kena jaga makan dah lepas nih..ngeh7

30/5/13 16:23

@Kenit Cinonet Waalaikumussalam sis...wah samalah kak lea dulu pun mandi-manda kat PD je.

yelah bermusim kalau kat malaysia ni.kalau lemas..denggi..kencing tikus..tembak2 heh lari topik ngeee...

kak lea prefer bawa kat swimming pool,tapi sekali-sekala seronok mandi air terjun.sama2 kita jaga keselamatan masa bercuti ni,ye :)

30/5/13 16:29

@AiSyA LiEzA hye sis betul tu..kalau tempat tu bersepah dengan lalat pun terbang riang-ria..tok sahlah duk lepak situ he3...

owh berkelah ni pergi sehari sebelum irfan khatan.ni tengah berpantang dah hari ke-4..nanti kak lea nak share entri tentang dia he3...

30/5/13 16:34

assalamualaikum wbt . waa best nye dapat pegi berkelah hehe

30/5/13 16:39

kat tempat akak org tak berapa nak gi kat air terjun sebab dikhuatiri tercemar dgn air kencing tikus.ramai dah yg kena lepas mandi air terjun.

30/5/13 16:58

wah..syoknye
sis x mandi kat sungai tu ke? bez klo dapat berendam..sambil terkencing dlm tu..hikhik...make sure xde org bawah tu la...

aah..bahaya kan...kengkadang tgk macam bersih..tp hati was2 nak mandi

sedapnye nengok sosej tu..lama dh x bbq..otak2 tu meh le kirim kat sini jgk

30/5/13 17:32

salam kak lea..

wuargh ade kat kampunglah ni..
heavennyer..
lama dah x mandi air terjun..
seronoknyee...

teringat dulu.. mandi2.. elok je.. ade seekor u*** berenang-renang ke tepian.. wuhuuu~~~ tobat x mandi dah..lalala^^

30/5/13 17:35

Kenit pun bwk anak2 mandi di pool jugak. Siap belikan baju renang huhu. Tapi, berenangnye tak khatam lg hehehe.

30/5/13 18:30

@Siara Elina Waalaikumussalam sedap nama :)

yelah kadang2 kena relaks melihat anugerah ciptaan Allah yang indah :)

30/5/13 18:31

@whitecappuccinohye kak...kat mana tu...mesti femes tempat tu,kan?

30/5/13 18:34

@Yumida Huda hye sis yumida.berenang tak reti,husband mentang2lah orang kampung berlagak berenang dan terjun tiruk bagai cehhh..anak2 pun dia masih ajar skill berenang.

kak lea setakat kuak lentang kuak rama2 tu mungkinlah boleh..kuak katak je belum hahahhaha....

otak2 memang sedap.owh kak lea skynet kan nak tak ngeeee..

30/5/13 18:37

@Gee GTG salam gee hohohoho ni kat kl lagi sayang,gathering baru2 ni.belum balik kampung irfan tu masih berpantang.

errkkkk kenapa benda alah tu asyik kacau gee je,perggh kalau kak lea pengsan dah gee oiiii....tak naklah jumpa benda tu tak nak tak nak...

30/5/13 18:38

@Kenit Cinonetsep seplah kita he3...takpe yang penting baju dah ada,tinggal singgah je mandi kat mana2 :)

30/5/13 19:11

Bestnya gathering kat situ...santai je.

Last week saya & family pun g mandi air terjun, risau gak psl kencing tikus tu. Tapi sbb tmpt tu tak penah ada kes gitu, beranilah. Yg ada, kes mati sbb kepala air.

30/5/13 21:18

Assalammualaikum kak lea :)

Maaf lama tak menjenguk..baru sampai dari kampung :D

Haa, memang kena sangat tajuk entry ni..dgn balik kampung bru2 ni,hehe.

Saya cadang nak ke lata kinjang, 2,3 kali juga sebut pada abah, nak pergi, nak pergi. Tapi tak pergi pun,huhu. Risau mengenangkan kencing tikus tu la.

Sekarang, macam2 jenis penyakit.. yang muda mungkin boleh bertahan sedikit, tapi kalau kita bawak budak kecik, org tua..risaukan mereka...

30/5/13 22:34

@Ujie salam ujie...wah berjimba jugak ye he3...wah kat mana tu?teringat memori pergi air terjun gunung ledang..masa tu pulak ada askar mati lemas sebab kepala air..

30/5/13 22:37

@Tinta LanaWaalaikumussalam lana tulah rindu..tau lana balik kampung,kan.

wah ye ke..yelah mestilah abah risau.kak lea pun baru jugak pergi lata kijang sebab anak bos kawin,dan rumah bos dekat giler dengan lata.terus bos pesan mandi tu hati2..make sure isnin semua ada kat office hahahaha..

wah keluarga yg besar mmg selalu kena buat gathering camni...kalau tak nanti generasi bawahan tak kenal sedara...

bila sebut pasal kencing tikus tu mmg seram lah kak lea...mintak2 dijauhkan :-s

1/6/13 11:31

@Hatimi Tahirruddin hye timi betul tu..seronok juga berkumpul...kadang2 nka gelak rupanya pernah berselisih tapi sebab tak kenal masa tu,cuma senyum je.

hohoho..kak lea tak nak bawa anak mandi-manda buat masa n seram jugak..

2/6/13 14:44

betul tu kak..kena hati2...... masa balk kampung hari tu...sempat jugak remy singgah pi air terjun...mandi puas2......

2/6/13 15:29

@Remy hazza wah best tu balik kampung mandi-manda he3...yelah risau.kena bijak pilih lokasi,kan..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...