23

Elak Jadi Ibu Bapa Helikopter!

00:29 |


Wah!Tertarik dengan artikel kali ini.


APA ITU IBU BAPA HELIKOPTER?

Istilah untuk menggambarkan sikap ibu bapa yang suka mengawal anak-anak.Mereka bersikap 'over protactive' sehingga selalu mengekori serta mengawasi walau di mana & ke mana sahaja mereka berada sehingga menyebabkan anak tidak mampu hidup berdikari tanpa bantuan ibu bapanya.Ibu bapa helikopter ini juga bersikap paranoid & tidak mampu mengatasi perasaan risau dalam diri seandainya mereka membenarkan anak-anak melakukan sesuatu di luar kawalan mereka.

KESAN PENGASUHAN HELIKOPTER

Dari satu sisi,dapat membina hubungan yang akrab & rapat dengan ibu bapa.Sentiasa berada di samping ibu bapa juga membuatkan anak-anak berasa selamat & disayangi.Namun dari satu sudut lagi,pengasuhan helikopter lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan dalam diri anak-anak.


CARA MENGATASI

1 ) Awasi dari jauh ~ sudah pastinya tanpa pengetahuan mereka.Dengan cara itu,ibu bapa akan mengetahui keadaan anak-anak meskipun tidak berada di sisi mereka.Selain dapat melatih mereka menjadi individu yang  lebih berdikari.

2) Percaya kemampuan anak ~ Setiap anak memiliki kebolehan & kemampuan tersendiri.Sebagai ibu bapa,perlu bersikap lebih terbuka dalam mengasuh & mendidik mereka.Dalam masa yang sama,perlu membiarkan mereka mengasah potensi diri.Percayalah anak yang diberi peluang untuk meneroka potensi diri akan menjadi insan yang lebih berketerampilan & berkeyakinan apabila dewasa kelak.

Kredit Info ~ Harmoni (205)



Hah..tu dia!Ingat senang nak jadi ibu bapa zaman yang mencabar ni.Pening jugak,tau!Ibu bapa zaman sekarang tak boleh nak garang macam ibu bapa zaman dolu2.Sikit-sikit nak rotan,sikit-sikit nak ikat kat pokok (semut merah gigit..uweiiii mesti sakit,kan).

Ibu bapa zaman sekarang kena kreatif.Tak mau jadi helikopter,kesian anak.Kak Lea bayangkan seperti kita bermain 'layang-layang'.Kita 'lepaskan' sikit..sikit...biarkan ia 'bebas' terbang.Dari rendah menjadi tinggi..tinggi.Tapi kita tarik 'perlahan-lahan' supaya tidak terbang terlalu tinggi dan jauh.'Jangan rentap'....nanti 'terputus tali'....menangis tak berlagu...



Ibu bapa Kak Lea bukan kategori helikopter.Eh!Memanglah,diorang kan manusia ^^.Cuma abah je tegas dan Kak Lea suka usik,"Abah ni macam hakim pencenlah".Selagi jawapan yang diberi tak menepati piawaian,memang sengallah kaki berdiri.

Apa-apa pun sebagai ibu bapa,kena banyak tambahkan ilmu melalui pembacaan,berkongsi pengalaman/pendapat dengan keluarga/rakan dalam membesarkan anak-anak,rajin meminta nasihat dari orang yang terlebih dulu makan nasi (awat asyik cakap makan garam ye???).Dan sebagai ibu bapa beragama Islam,jagalah solat,berdoa dan berzikirlah sentiasa.Agar kita dapat menunaikan 'amanah' yang diberi sebaik-baiknya sebelum 'melangkah pergi'.

"Nothing you do for children is ever wasted.They seemed not to notice us,hovering,averting our eyes,and they seldom offer thanks,but what we do for them is never wasted"
Garrison Keillor








23 comments

15/5/13 00:40

ibu bapa bersikap sbg pelindung..hehe..siapa yang tak sayang anak kan..sebb tu kontrol..tapi ada masanya ibubapa ni control melampau..mnyusahkan anak tu jga bila dah besar.. ==' n remaja sekarang ni tak suka dikongkong..huhu.. ibu bapa tak boleh biarkan jga anak2 mcm tu ja..kena pandai kawal la..

15/5/13 00:46

Wah..nak jadi mak bapak pun ada gelaran? Try jadi mak bapak dulu baru tau susah senang nak besarkan anak2 zaman sekarang ni..yang kita rasa selamat itula yang tak selamat sebenarnya..

15/5/13 00:58

@Nana Liena hye sis nana...ye betul tu.kongkong sgt tak blh,bebas lepas sgt pun tak blh.dgn anak remaja kena byk berborak,jadikan mereka sbg kawan.owh betapa mencabarnya jadi ibu bapa ni :)

15/5/13 01:00

@Nieyxzha Hassan hye sis nieyxzha.itulah mcm2 gelaran..helikopter?adeih....

ye bkn sng jadi ibu bapa,ni.doa kekuatan kita..utk kuat n sabar memikul tgjwb yg diberi :)

15/5/13 01:01

hek8... ibu bapa pasti ada cara tersndiri utk kawal anak2.. :DD mmg pening kalau x kena caranya.. sbb rmai anak2 skrg suka memberontak :))

15/5/13 01:07

dikawal bkn dikongkong....
prihatin pada anak sendiri....

My recent post : Cara Mudah Pasang Commentluv di Blogspot

15/5/13 01:18

@AiSyA LiEzA hye sis aisya...ye betul tu,kena give n take..kena ada 2 way communication dgn anak :)

15/5/13 01:19

@GA GreenArtwork ye itu dia pdgn lelaki tqvm (h)

15/5/13 02:51

baru tahu ada istilah ibu bapa helikopter.. abah deno skrg pun masih bimbang tinggal deno sorang kat mana2.. nak ke bank pun abah suruh ma teman... lesen pun takde lagi, belum dapat greenlight dari abah.. haiyooo... ni kes deno pernah tiba2 sakit dan muntah darah masa ma tinggalkan sekejap dalam wad... tapi dneo faham, abah sayangkan deno :')

15/5/13 04:15

mungkin sebab terlalu sayang.. jadi, bila dah terlalu sayang, mungkin itu yang membuatkan sentiasa nak perhati dan mengetahui apa yang anak lakukan.. :)

15/5/13 07:40

@denohye deno..alhamdulillah syg btl parents pada deno.itu bukan helikopter,jgn risau he3.

mau tak risau kalau berlaku mcm tu deno..sampai muntah darah...mmg risaulah kalau nk biarkan deno sorg2..apa2 sng kalau diorg sentiasa di sisi.. :)

15/5/13 07:42

@boni kacak ye betul tu,BK.tapi anak2 pun jgn memberontak,ada sbb ibubapa terpaksa jadi helikopter,dari jdi kapal selam lagi naya ngeee :-)

15/5/13 07:57


aku pernah terbaca satu artikel 'ibu bapa remote control'.

rasanya ada persamaan dgn ibu bapa helikopter ni...:)

15/5/13 09:48

@bangsawan nilai ye lebih kurang je...ada sbb ibu bapa kena jadi remote control/helikopter..tgklah keadaan skrg gejala sosial,pengaruh kawan,persekitaran yg bhya melibatkan jenayah rogol,rompak,buli dll

15/5/13 09:48

@bangsawan nilai ye lebih kurang je...ada sbb ibu bapa kena jadi remote control/helikopter..tgklah keadaan skrg gejala sosial,pengaruh kawan,persekitaran yg bhya melibatkan jenayah rogol,rompak,buli dll

15/5/13 15:05

Saya kurang setuju. Ia mestilah mengikut peringkat umur. Kanak-kanak, budak, remaja, dan akhir sekali dewasa.

15/5/13 15:27

@依之汉 tqvm ..ye kena bsr dan didik anak ikut usia mereka.manjakan sgt tak boleh,bertegas sangat pun jangan.kena balance...

lagi best kalau anak dpt luahkan apa yg dia inginkan dr seorang ibu seorg bapa..begitu juga ibu bapa.kena give n take...tapi anak perlu hormat kptsn/pandangan ibu bapa :)

15/5/13 17:34

salam kak lea..^^

saya nanti bercita-cita nak jadi macam kak lea. yeay!!!

ape x boleh.. x kira2...
nak jadi jugak..wuarghhh!!!!

15/5/13 19:34

@Gee GTG salam gee...huish boleh ler sayang...bak kad kawin dulu baru blh jadi mcm kak lea hahaha larik.... :p

wah tajuk dia suspen betul...ingatkan camne la ibu bapa helikopter ni tadi....hehe....tapi mmg setuju ibu bapa kena beri kepercayaan utk anak2 laksanakan sesuatu tugas...kalau tak nanti anak2 akan hilang keyakinan dan terlalu nak bergantung pada ibu bapa...

PS: try je lah kak yg widget tu....sy pon tak pasang kat blog pasal dia loading lambat....hehe tapi ada idea nak buat stail iframe...cuma belum sempat buat lg....

16/5/13 02:04

@Hatimi Tahirruddin he3..dah kata helikopter kan...tajuik gempak ler..owh ye pandai pun timi bijak2 (h)

p/s->itulah dah follow link timi bagi.tgh nak adjust mana patut ngeee tqvm tau .. :)

16/5/13 17:47

betul tu kak...... jgn kontrol sangat anak2.......

16/5/13 21:49

@Remy hazza yelah semua ada cara msg2 kan :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...