10

Harmoni ~ Shila Hamzah - Rozita Ibrahim - Blogger Budiey

23:09 |

Lama betul tak beli Harmoni.Tertarik lihat 'cover' anak-beranak yang sama cantik.Macam adik-beradik je.Banyak artikel menarik kali ni.

Kontroversi percintaan Shila telah merapatkan lagi hubungan mereka berdua


"Memang,sebagai manusia lebih lagi di usia sekarang ada benda yang saya inginkan,mama tak suka.Ada masanya kami berbalah pendapat.Waktu itu semua terjadi,saya jadi marah dengan mama dan rasa diri saya sangatlah betul tetapi di akhirnya,saya bersyukur,Allah menyedarkan saya yang kata-kata mama itu betul"

"Sememangnya kami ingin Shila fokus terhadap kerjayanya namun bukan bermakna kami menghalang dia daripada mencari kebahagiaan peribadinya.Suatu hari nanti,saya harap Allah memberikan kesempatan untuk saya melihatnya bersanding di atas pelamin bersama lelaki yang baik & menerima Shila dengan ikhlas.Saya sudah melihat kesengsaraan yang dia alami & pastinya saya doakan dia bakal menemui kebahagiaan pula," ujar Fauziah.


  Rozita,pengasas Sendayu Tinggi & Jamu Ratu Malaya

Ketika berusia 47 tahun,Rozita & suaminya dikejutkan dengan berita kehamilan anak bongsunya yang kini sudah berusia 3 tahun.

"Dengan kelebihan rezeki yang ada,saya nekad mahu memberikan anak-anak lebih kepada pendidikan agama & akademik agar mereka mampu mengendalikan diri.Pastinya sebagai ibu,saya ingin bahagia dengan memiliki anak-anak yang soleh & dengan agama sahaja mampu melembutkan hati mereka."

"Anak-anak saya tidak hidup mewah.Malah saya sendiri pun lebih selesa hidup sederhana sahaja.Ada duit lebih saya laburkan pada syarikat kerana itu lebih penting dari berkereta mewah.Didikan itu saya terapkan pada anak-anak juga,"

Berpurdah untuk tujuan keselamatan,sebab orang berniaga ada banyak risiko yang perlu difikirkan.Niat baiknya berpurdah dipandang negatif hingga ada menuduh mukanya rosak akibat melakukan pembedahan plastik.Ada juga mengaitkannya dengan pertubuhan agama & politik.

Akhirnya setelah mendapatkan pandangan dari mereka yang lebih arif tentang agama,Rozita buka purdah."Ia diharuskan malah tidak berdosa asalkan saya tetap menutup aurat sebagaimana yang ditetapkan agama kita."


 Siapa yang tak kenal Budiey..blogger Sensasi Selebriti

Mula menjadi blogger sejak tahun 2003.Sekitar tahun 2007,dari sekadar suka-suka akhirnya bertukar menjadi kerjaya tetap.Sebelum menjadi blogger sepenuh masa,Budiey merupakan Content Editor di sebuah syarikat swasta.

"Pada awal tahun pertama mengendalikan blog,pendapatan yang diperoleh tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan jumlah gaji yang diterima sebelum ini.Biarpun pendapatan yang diperoleh sekitar RM500-RM700 pada setiap bulan hasil jualan iklan,ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk terus lebih berusaha."

 Bersama 2 buah kereta miliknya yang dibeli hasil pendapatan yang diperoleh dari blog

"Sekiranya ada rezeki,saya berharap dapat menubuhkan satu produksi khusus pada program-program tv yang berbentuk hiburan.Bagaimanapun,ia bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan dan memerlukan perancangan rapi serta memiliki kedudukan kewangan yang kukuh,"ujarnya.

"Sebagai tanda kasih kepada isteri,Wan Noorwani saya turut menghasilkan sebuah blog khas untuk beliau iaitu pipicomel.com. ,"



Kenapa Kak Lea pilih mereka untuk dikongsikan di entri kali ini?Mereka bertiga berjaya mencapai apa yang diimpikan dengan tidak mengenal putus-asa,bijak,kreatif,sabar,yakin dan sentiasa bangkit dari kegagalan.Kalau mereka boleh,kenapa tidak kita,ye?


Kredit Info & Foto ~ Majalah Harmoni (205)



10 comments

13/5/13 23:14

Thanks for the share....rietta cuma taw citer pengasas sendayu tinggi jerr...

13/5/13 23:41

@HeNRieTTa JoSe hye sis...owh sendayu tinggi tentulah kita tau kan he3.....tulah lama betul tak beli harmoni :)

14/5/13 02:32

oh baru tahu....

14/5/13 02:38

@deno :)

oooh mak ai...si budiey baru tahun pertama dah dapat RM500....hehehe tu dah lebih luar dari biasa dah tu.... :d

14/5/13 08:51

@Hatimi Tahirruddin kan..kan..kan he3...timi pun boleh ntah2 lebih dari tu mana tau,kan rzki :))

14/5/13 23:08

salam kak lea..

nanti saya nak buat entry pasal akklah..

kawan blog paling saya sayang..(ayat undi bodek..yeay!!)

kak lea..awak pon mampu jadi macam mereka..yeay!!

14/5/13 23:15

@Gee GTG salam gee...huish tok sah segannnnnnnn...tak mau tak mau...ramai lagi blogger yg layak direview oleh dr gigi he3... :-s :d

16/5/13 17:53

oic...kisah org ternama.....

16/5/13 21:31

@Remy hazza mereka semua berjaya..one day may be ur turn :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...