34

LELAKI ~ Baru 2..3..tahun takkan dah GIVE UP,kot?

14:25 |

Gosip mengenai bekas pelakon yang sudah lama 'berhijrah',ingin berpoligami dengan kenalan lamanya...menjadi topik hangat diperkatakan di sebuah blog hiburan.Rasa macam baru je semalam dia kahwin.


Memang tiada larangan untuk berpoligami.Apatah lagi jika suami itu masih muda,kuat,sihat,kukuh ekonominya,seorang ketua keluarga yang adil & sentiasa menjaga solatnya.Namun tak semua isteri begitu rela bermadu.Jika alasan nak buka cawangan semata-mata,masih belum ada zuriat,cuba muhasabah diri...

  1. Baru 2....3 tahun belum ada zuriat tapi cinta sudah beralih arah?
  2. Menyalahkan isteri & terus jatuhkan hukuman..dia mandul?
  3. Memandang rendah pada si isteri & mula membandingkan pasangan dengan isteri kawan2?
Jangan bertindak mengikut emosi & nafsu.Cuba duduk sorang2...berfikir dengan memerhati pengalaman rakan/jiran/keluarga terdekat.Agak-agaknyalah,kan kenapa hubungan sesetengah pasangan diuji tiada/lambat mendapat zuriat?

  1. Segalanya kuasa Allah SWT.Allah Maha Mengetahui & Maha Bijaksana di dalam setiap perancangan-Nya.Allah tidak sesekali hendak menganiayai hamba-Nya.Melainkan hamba-Nya yang selalu & suka menganiaya diri sendiri.
  2. Berfikiran positif.Mungkin korang & isteri masih belum kuat mental & emosi untuk bergelar ibu & bapa pada tahun pertama kahwin,tahun ke-2,ke-3 dan seterusnya.Bukan mudah memegang jawatan sebagai ibu bapa.Percayalah!
  3. Ekonomi walaupun dah kukuh,hidup korang selesa.Tetapi hanya Allah SWT yang Maha Melihat..tahun itu bukan tahun terbaik untuk korang menimang zuriat.Mungkin masa itu adalah yang terbaik untuk korang menyelesaikan terlebih dulu hutang2 menimbun,semasa majlis perkahwinan?
  4. Jika dikurniakan zuriat seawal perkahwinan,mungkin korang tidak mempunyai banyak masa untuk menemani isteri melakukan 'medical check-up' sebab kerjaya korang sedang di puncak yang terbaik.Sudah tentu masa banyak dihabiskan di pejabat,dengan alasan nak kumpul duit banyak2 sebab daripada hidup berdua akan menjadi bertiga.Hubungan mesra mungkin akan diuji di saat2 ini,apatah lagi di saat emosi perempuan mengandung,umpama tsunami.Jika iman tidak kuat,mungkin hubungan itu berakhir dengan perceraian,tak mustahil bukan?Segala yang diatur Allah SWT terlalu cantik untuk kita.
  5. Ya,memilih isteri di antara salah satunya lihat pada keturunannya.Bukan setakat datang dari keluarga yang baik pekerti,menjaga solat & cintakan agama.Lihat juga kesuburan keluarga tu,sebab salah satu tujuan berkahwin mestilah nak mempunyai zuriat,waris kita.Korang mula pelik sebab adik-beradik isteri subur2 belaka,anak bersusun paku.Tapi isteri korang?Allah SWT Maha Penyelamat,Maha Perancang,Maha Tersembunyi.Mungkin jika isteri mengandung tahun itu,dia akan mengalami masalah kesihatan.Mungkin berpunca daripada makanan yang tidak seimbang,tidak menjaga berat badan,tidak cukup rehat sebab tahun2 awal perkahwinan,dia perlu bijak menyesuaikan diri sebagai isteri,menantu & adik/kakak ipar.Ini semua akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.




Pakcik & makcik husband Kak Lea pernah berkongsi cerita mereka di majalah kewanitaan,berbelas tahun dulu.Mereka seperti pasangan lain,mulai risau & cemas tidak dikurniakan zuriat.Sedangkan mereka mempunyai adik-beradik yang ramai.Adik2 mereka yang berkahwin selepas mereka,cepat je dapat zuriat?Mereka?

Tetapi pakcik juga seorang yang bijak mengawal emosi daripada terpengaruh hasutan negatif di sekelilingnya.Biasalah,kan kawan2 lelaki & juga sedara-mara mula sok sek sok sek memujuk dia berkahwin lain.Makcik masa tu redha kalau itu yang terbaik.Tetapi pakcik selalu berfikiran positif,in shaa allah mereka akan ada waris juga satu hari nanti.

Mereka sentiasa solat berjemaah,solat dan berdoa di pelbagai masjid yang sempat disinggahi,menjaga pemakanan & tingkahlaku.Subhanallah setelah 12 tahun Allah SWT itu Maha Penyayang.Makcik & pakcik dikurniakan bayi perempuan yang sangat comel,diikuti seorang lagi adik perempuan setahun kemudian.



Kalau mereka dan pasangan di luar sana boleh bersabar....tak kan baru 2...3 tahun korang dah GIVE UP,kot?Pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka kita sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan & kelemahan diri sebelum diri kita menemui ajal.










34 comments

8/5/13 15:27

saya suka entri ni. ada saudara saya yang 5 6 tahun masih takda anak tapi diorang masih ok, takda kes nak kahwin lain sebab si suami percaya, rezeki Allah tu pasti ada. diorang berhasrat nak ambil anak angkat

8/5/13 15:36

huhuh..
sentap semua lelaki di luar sana...
hahaha

8/5/13 15:37

wife dia izinkan...mulianya hati.. tp kita pun tatau apa terjadi pada family mereka sebenar.. jadi... kita doakan yg terbaik utk mereka :)

8/5/13 16:18

lea, thx a lot untuk entry ni .. sy dalam situasi tu , doa tak pernah putus agar ada anugerah terindah tu utk kami :) bila baca entry ni, tiba-tiba rasa tenang :) fikiran jadi positif :) thx a lot ..

8/5/13 16:44

macam tahu jek sape nie..ermm tulah, ade yg 10 tahun tanpa anak...tapi bahagia jek...

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/makanan-tambah-susu-ibu-10-terbaik.html



8/5/13 18:21

@nurdani hye sis tqvm.tiada siapa blh pertikaikan hak suami utk berpoligami jika itu yg terbaik utk mengekang nafsunya & melahirkan zuriat yg diingini.tapi kalau boleh smaa2 lah bersabar,mgkn thn depan tu rzki mrka menimang chyamata,semua kuasa Allah.

wah..bgs tu sis,sbb sepupu kak lea pun dh dkt 5 thn kawin xda anak n skrg diorg hepi je dgn sorg baby angkat :)

8/5/13 18:22

@Lelaki Ini huish jgnlah sentap2 he3 :-)

8/5/13 18:23

@PUANSTOBERI ye sis,mengizinkan tapi dlm masa sama dia ckp pd kekasih suaminya,kalau boleh dielakkan,elakkanlah.xpalah hrp mereka semua bahagia,sbb suaminya mesti akan berlaku adil :)

8/5/13 18:25

@fizafantagirO owh trm ksh juga utk sis yg sentiasa berfikiran positif.tarik sebanyak mgkn aura positif dlm khdpn,jgn stress.yakinlah kepada pencipta kita Yang Maha Mengetahui.

saya doakan in shaa allah segala hajat sis dan suami dipermudahkan amin :)

8/5/13 18:26

@eray hye sis...he3....itu semua menguji sbnrnya keutuhan ksh syg,cinta dan bertolak ansur antara suami dan isteri :)

8/5/13 19:27

singgah sini :)
setuju dgn entry nie.. bkn senang nk berpoligami. kena pndai jaga kebajikan isteri2

8/5/13 19:47

acik setuju !!!hadapilah bersama ..berdoa dengn Allah .. tpi cm thu jer siapa.. hehe moga Allah lembutkan hati dia

sape artis tu ye... :-?

8/5/13 20:25

@Amanina Mads hye sis tqvm sudi baca entri ni.poligami mmg indah kalau lelaki bijak menjadi imam yg adil :-)

8/5/13 20:26

@Aku Penghibur hye acik.ye suka duka kena hadapi bersama :)

owh pandailah acik...ngee :-)

8/5/13 20:27

@Hatimi Tahirruddin hye hatimi...google jer tgh hot ttg dia tu :))

9/5/13 07:04

kena banyakkan bersabar sebenarnya dalam kes ni kan..

9/5/13 07:42

Nak buat cane kan..maybe dia x bhg..sbb lelaki ni mmg zahirnya dh kahwin nak ada zuriat..kalau wife dia yg skrg ni bg izin..untung la dia...

9/5/13 07:53

@boni kacak hye BK.yelah betul tu.. mrka yg ada dlm situasi ni je kena bijak buat kptsn utk dua2 pihak :)

9/5/13 07:53

@Amanda Suria ye sis..hrp mrka jumpa jln terbaik..kena give n take :)

9/5/13 10:50


kawan aku 4 thn kawin takde anak.
masuk thn ke-5 baru dpt anak.
tapi pada thn ke-6, dia kawin lagi satu jugak...!
huh, tak paham

9/5/13 11:16

@bangsawan nilai wah tahniah dpt juga ank,kan.tapi...opss...awat jadi lagu tu huhu...fenin fenin.... [-(

9/5/13 12:44

contohi suami pelakon EJA, 10 tahun kawen baru dapat baby weh.. xde pun suami dia nk cari lain.. ni baru 3 tahun.. alasan pun x munasabah lansung..

9/5/13 13:26

@tenku butang hye sis...hurmm..tak semua lelaki blh sbr lama2 mcm tu,kan?mgkn dr belah suami tu..faktor usia,kshtn dan desakan family kot huhu..

9/5/13 13:29

Salam.

Urmm..lama dah saya tak ikuti perkembangn dunia retis,hehehe

Kalau isteri pertama dia dah bagi persetujuan dan mengizinkan suaminya kahwin lagi, maka perkara ni tidak perlu dipersoalkan.

Cuma kalau menggunakan alasan2 spt yg kak lea sebutkn, memg kita pun rasa tak seronok kan.

Saya tak berani nak ulas..sebab saya pun belum ada pengalaman mendirikan rumahtngga. Yang saya ada, melihat penglmn org lain disekeliling saya. Ada yang saya kenal, cuba dptkn zuriat 11thn lmanya, tpi takda rezeki. Dan akhirnya, bercerai juga. Si bekas isteri baru habis tempoh edah,bekas suaminya dah pun slmt berkahwin lain.

Ada pula yg memg dari luar, kita nmpk mrka bahagia. Nmpk mcm psgn smpurna, smpai la suatu ri, meletop mcm gunung brapi. Tu pun pelik juga.

Kesimpulannya, mmg bukan mudah nak menjalani hidup berumahtngga kan kak lea. Banyak ujiannya.

9/5/13 15:05

sama-sama kita doakan yang terbaik untuk asyraf dan sayana.. mungkin ada masalah yang kita tak tau dalam hubungan mereka suami isteri..

9/5/13 16:00

harini baru tahu siapa artis tu.. :D, sungguh rupawan. cuma harap2 jgn la jadi macam fizz fairuz. *eh ada kaitan ke XDD*, mungkin ada musibah lain ni..dan pastinya bkn tntg anak.. sb cam tak logik jee..hm =3=

**kak lea, pertanyaan akk sy dah jwp dibloglist sy.. :D

9/5/13 17:28

salam kak lea..
terkejut saya baca..
adeh..
ade jugak yang buat lagu ni ye..
saya ade sedara dah 30 tahun kahwin..xde anak..
lansung diorang ambil anak angkat..

kenapa nak kawen lain kesian ke bini die..

:(
Allah.. macam2..

9/5/13 21:25

@Tinta Lana slm lana.mmg byk dugaan berumah tgga ni,kdg2 bkn zuriat puncanya,mgkn sbg isteri,ada slh dan silap yg tidak kita sedari.kak lea pun msh byk kena perbaiki diri dr hari ke hari,wpun husbd sllu kata ok,puji itu ini.hati manusia kan ssh nk ramal :)

kdg2 isteri dh ok,zuriat berderet-deret tp dah ketentuan dan jodoh,isteri kenalah redha beri izin suami poligami.susah nk crta sbb kita takde dlm situasi mrka...

xpa lana,mantapkan ilmu sbg seorg wanita,ketahui hak2 dan tgjwb seorg isteri,tak rugi dr masa bujang ni,byk bertanya dan tgk pglmn org sekeliling :)

9/5/13 21:26

@Dkna Abza ye betul tu sis.mgkn dgn adanya 'org baru' tu..rzki Allah lagi melimpah ruah kpd isteri pertama :)

9/5/13 21:28

@BiskOt hehehehe....hah?yelah apa kaitan si artis sorg lagi tu...sesat topik ni ngeee :-)

owh ttg bloglist tu ye ok2 otw.....tqvm tau :))

9/5/13 21:29

@Gee GTG salam gee.wah tahniah pd couple tu.tak semua sabar mcm diorg,kan.

hurmmm...no comment chewah bajet retis ni ngeee :-d

9/5/13 22:16

simpati remy pada isterinya.... bila isu nie jadi bualan......
insyaAllah...kalau selalu berdoa.... pasti Allah akan beri rezeki nanti....

9/5/13 22:43

@Remy hazza hurm tulah cuma berharap mereka dpt jumpa jln penyelesaian yg terbaik utk kedua pihak..amin.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...