10

Motivasi Pagi ~ Keajaiban Bakat

08:24 |


Salam Jumaat untuk kawan yang tersayang.Ajaibnya!Bakat tak boleh dilihat.Takda cop di dahi beritahu apa bakat kita.Ia anugerah dari Allah SWT.Bakat lahir dari 3 perkara iaitu lahir dari dalam diri sendiri,minat & kegiatan yang memberi kepuasan.Penyatuan ketiga-tiga ini bukan mudah.Kita boleh gunakan bakat yang ada macam menjahit,contohnya.Boleh menjahit sejadah/telekung..bukan untuk dijual tapi disedekahkan..dah dapat pahala.


Bakat yang ada jangan sehingga mendatangkan keburukan macam riak,mengabaikan keluarga..dah tambah dosa.Bakat kita tak boleh pinjam2 dari orang lain.Bagaimana nak kembangkan bakat semulajadi?Hargailah ia,hadiri pelbagai program.Ibubapa memainkan peranan mengenal pasti bakat anak takut nanti berlaku kekeliruan identiti.

Rumusan:

1) Ibubapa ~ biar bakat lahir dari anak.Jangan paksa mereka 'menjadi' mengikut kehendak anda.

2) Dari diri anak sendiri,punya kemahuan untuk berjaya macam minat berlakon.Ibubapa boleh menghantar anak ke kelas lakonan.Begitu juga jika anak minat bersukan,berpidato dll.

3) Masyarakat jangan pandang rendah macam cakap "Alah kau tak boleh buat punyalah!" atau "Alah bukannya kau bagus sangat".

Jangan paksa diri,bakat harus disalurkan ke tempat yang mulia.Jangan salah guna.Bakat adalah jalan singkat untuk tambahkan pahala.



Wah hebat,kan!Sama juga sebagai blogger...tanpa bakat menulis,tak semua mampu menghadap 'skrin' berjam-jam.Blogger juga perlu kreatif dalam mengolah isi yang hendak dijadikan entri.Bakat itu membezakan antara blogger A & blogger B.

Cuba bayangkan semua blogger boleh' share' sekeping foto yang sama.Tapi bagaimana mereka menceritakan ia hingga menjadikan foto itu seakan 'berjiwa'.Membuatkan pembaca terus baca dan baca lagi hingga ke noktah terakhir.Sudah tentu sebagai blogger,bukan saja bakat menulis diperlukan.Membaca,melancong,fotografi,melukis,memasak,menjahit,bertani...itu semua boleh dikongsikan di dalam blog.

Kak Lea sendiri masih rasa pelik kalau kawan di office takda blog.Kebanyakan mereka memberi alasan;


  1. Blog?Huish tak retilah nak cerita apa.Macam di FB 'share' je foto...'like' je apa kawan update.Komen pun sikit 2 je.
  2. Takda idealah.Blog,kan kena tulis panjang2,macam cerpen tu.
  3. Takut nanti apa kita tulis,takde sapa nak baca.Macam diari?Isyhh seganlah nak bagi orang baca.






10 comments

17/5/13 12:36

tengah memerah otak fikir apa bakat yg ada pd sVS selain menulis blog merapu-rapu...

17/5/13 13:00

@sudipVSsenduk in shaa allah sis...kita semua berbakat...cuma belum kena 'suis' yang betul je :))

17/5/13 13:47

salam kak lea..
tu lah.. ade kawan saya cuba buat blog sebab tgk saya buat blog..sekali.. x update.. siap cakap ke saya.. mane ko dapat idea nak tulis mende panjang2 ni..

saya pon cakap..
kita x serupa..yeay!!!adeh..ade nak tanye saya soalan tu.. manalah saya boleh jawab..grrr..^^

17/5/13 13:56

@Gee GTG salam gee samalah ngan kwn2 akak jugak.dah 5 org ofcemate berjaya akak hasut utk buat blog..semua tak aktif sbb tak tau nk tulis apa.tapi dlm fb perghh aktif bebenor like sana share sana :))

17/5/13 17:27

Saya rasa, ramai org sedar dia ada bakat dalam bidang tertentu, cuma tidak tahu cara nak mengembangkannya.

Sebut psl menulis diblog pula, ia perjlnn sbnrnya. Stiap hari belajar menulis dan plbagaikan cara, tpi still ikut niche n kesesuaiannya dgn kita.. :)

17/5/13 17:38

@Tinta Lana hye lana wah pdpt yg terbaik (h)

best ada blog sbb mcm2 kita boleh share janji tulisan tu tak buatkan kita kena saman...seram woo ramai blogger kena saman ngeee :d

17/5/13 18:41

eh.. x lah.. teman nak jea baca.. jemput jea teman singgah, gerenti hari2 teman dtg.. heeee.. =)

17/5/13 21:51

@tenku butang hahaha comel je tqvm dear :))

17/5/13 22:15

betul2... ber"blog" juge bakat...
serlahkan lah bakat anda... heheheh


My recent post : Formula Kejayaan - Artwork & Quotes

17/5/13 22:28

@GA GreenArtwork hehehe GA ler salah seorg blogger yg berbakat tu :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...