25

Review Animation Film ~ EPIC 2013

19:42 |

Seawal pagi dah ada kat GSC,Alamanda
Ramai jugak tadi tengok pukul 11.10
Jom baca review Kak Lea yang original punya
Takde tengok sinopsis tau...
Macam mana Kak Lea ingat 'point2' penting?
Sambil tengok Kak Lea type kat notes di handphone kihkih...


Pernah tengok Rio & Ice Age?
Jom layan pulak EPIC best!!!

Bermula dengan seorang gadis,MK yang menjenguk bapanya Prof Bomba yang tinggal di sebuah rumah berdekatan hutan.Bapanya ditemani anjing berkaki 3,Ozzy tak henti2 ingin membuktikan ada pahlawan kerdil yang hidup di dalam hutan yang dia terokai selama beberapa tahun.Di hutan penuh dengan gajet kamera yang digantung untuk merakam setiap pergerakan pahlawan kerdil.Di rumahnya apatah lagi...dah macam satu makmal sains.

MK terasa jemu & menganggap ayahnya tak normal.Satu hari ayahnya masuk ke dalam hutan setelah mendapat 'signal' ada pergerakan pahlawan kerdil.Masa itu juga MK hilang sabar,kecewa dan dia meninggalkan nota sambil melangkah keluar.Tiba2 Ozzy berlari2 menuju ke hutan dan MK terus mengejar.Hinggalah dia masuk ke dunia fantasi & terus menjadi kerdil.

Dalam masa yang sama,Permaisuri Tara(Beyonce Knowles) merupakan permaisuri hutan,perlu mendapatkan lenggai(nadi hutan) sebagai waris.

Serius kartun Tara sebijik muka Beyonce.Dress bunga dia lawa 

Semasa proses mencari lenggai,kehadiran 2 lintah Mud & Grub memang kelakar.Lintah comel ni nak sangat menjadi pahlawan Leafman.

Permaisuri Tara akhirnya berjumpa lenggai yang sesuai.Dan lenggai ini perlu dibawa secepat mungkin ke Nim Galuu,dan perlu mendapat cahaya bulan di sana,untuk mekar.

Malangnya,puak Boggan yang diketuai Mandrake menyerang hendap.Dia gilakan kuasa & bencikan kehijauan hutan.Dengan pertolongan anaknya dan pahlawan2 yang buruk mukanya,mereka akhirnya berjaya membunuh Permaisuri Tara.Namun kemarahannya memuncak setelah anaknya mati dalam pertempuran tadi.

Sewaktu Permaisuri Tara terjatuh dari atas burung,akibat tusukan panah,masa itulah pulak MK berlari-lari terpinga2 melihat hutan yang tiba2 gelap dan sangat menakutkan.MK terkejut melihat Tara jatuh dari langit..terbaring.MK yang panik bertanya macam2 soalan hingga akhirnya sebelum Tara mati,dia sempat menyerap kuasa magiknya ke lenggai tadi.Dan lenggai yang bercahaya sempat ditangkap MK.

Dengan bantuan pahlawan Leafman,Ronin..mereka perlu ke Nim Galuu secepat mungkin.MK terpaksa ikut disebabkan kepercayaan yang diberi oleh Tara untuk menjaga lenggai.

Nod,yang dah letak jawatan akibat bosan dengan arahan semasa menjadi pahlawan Leafman,terkejut dengan berita kematian Tara.Akhirnya dia bersetuju membantu Ronin,MK bersama 2 lintah tadi untuk membawa lenggai ke Nim Galuu dengan selamat.Lintah Mud & Grub akhirnya berpeluang menjadi pahlawan Leafman & tugas mereka kena menjaga kelembapan lenggai diraja tadi.

Akhirnya mereka dapat berjumpa Nim,dan Nim membawa mereka ke Gudang Ilmu untuk mencari skrol,untuk mencari cara mekarkan lenggai.MK pun berusaha mencari skrol supaya dia dapat besar kembali  & ingin pulang ke rumah.

Puak Boggan masih tak berputus asa dan mereka mesti gagalkan cubaan lenggai mekar,dengan menyuruh kelawar2 menutupi cahaya bulan.

Sementara itu,MK mengajak Ronin & Nod meminta pertolongan dari ayahnya.Malangnya ayahnya terlalu terkejut setelah mendapati MK dah bertukar kerdil,lalu pengsan.MK sempat cucuk pin di peta,untuk beritahu lokasi MK & pahlawan kerdil berada.Ronin terpaksa bertindak untuk melenggahkan serangan puak Boggan.Manakala MK & Nod berjuang di hutan untuk misi mereka.

Apa kaitan gadis bunga kecil yang comel ini?

Bagaimanakah dengan hubungan mereka.Adakah MK terpaksa juga pulang ke dunia asalnya?Adakah ayahnya berjaya menyelamatkannya bersama semua pahlawan Leafman & penghuni hutan?

Kalau Kak Lea cerita semua,tak bestlah,kan.Jom serbu pawagam yang berdekatan.Serius cantik sangat EPIC,tengok air terjun tu rasa macam Kak lea nak mandi je ngeeee....


Owh tak sabar nak tengok...

  &

** Terima kasih semua yang baca & komen.Malam ni jugak Kak Lea cuba 'reply' dan singgah balas korang kembali yehaaa!!





25 comments

25/5/13 19:46

ala rasa nk tgk lah.Bila lh dpt tgk :'(

26/5/13 00:15

@siti hye siti,eh masih byk time lagi ..nnt tgk tau best :)

26/5/13 02:39

macam pernah tengok je citerr katun ni. ingat2 lupe >.<

http://bloggadisbrutal.blogspot.com/2013/05/7-lelaki-wajib-tahu-maksud-di-sebalik.html

26/5/13 04:53

mandrake menakutkan..huhu.. sya tunggu keluar tv ja admin..lagi bbrapa tahun akan datang..hehe

26/5/13 09:02

wahhhh.. menariknya.. blum sempat tengok lagi..

Ehh ... Dlm pantang leh tgk wayang tak ?

26/5/13 15:53

bestt nyerr.. comel je... suka cite2 cm ni.. nak tgkk :( besttnyer..

26/5/13 16:17

syoknye dpt tengok tv besar
yumida x pnh lg tonton wayang
sian kan..mcm nak masuk rancangan bersamamu tv3..hehe

26/5/13 18:25

memang teringin sgt nk tgk!!!

wahhh...xsabarla tau..

26/5/13 19:01

salam kak lea..
alaaa~~~ cite lah sampai habis..sob2..!!

26/5/13 20:51

@Qaisyara Raihana hye sis owh ye ke..sbb filem ni baru je keluar khamis hari tu.yelah kan animasi jln crta lbh kurang je sama :)

26/5/13 20:52

@Nana Liena hye sis.owh boleh jugak tgk kat dvd nanti he3... :)

26/5/13 20:53

@Mia Liana hye sis mia..wah tgk cpt2 mesti ank suka :)

26/5/13 20:54

@Hani Fadhlina Abdul Rahman wah tgh berpantang ek bestnya tahniah dpt baby baru ye.alah beli dvd best..tgk kat rumah je :)

26/5/13 20:54

@AiSyA LiEzA hye sis hah nnt tgklah best relakkan minda jap :)

26/5/13 20:55

@Yumida Huda hye sis owh mcm kawan saya dia pun tak pnh...tapi suka lepak rumah layan dvd lagi sempoi ngeee :)

26/5/13 20:55

@chimidama wah cepat2 best tau :)

26/5/13 20:56

@Gee GTG wsalam gee hahaha dah balik my sista ni...owh tak boleh..kena ada misteri sikit ngeee :)

26/5/13 21:01

@||aLeaSaRa|| alaaa.. majuklah..sob2~~

26/5/13 22:25

kita kurang sket nak tengok cerita fiksyen camni. hehehe,

26/5/13 22:44

@baby comel owh alah best tau ngeee :)

27/5/13 00:10

menarik jgak ni :) nk p pggung dh xbleh..dwnld je, pas2 tgok rmai2 he3..mcm ibu sy je suke tgok cter krtun omputeh..tp ibu sy mnt kartun barbie..

27/5/13 00:51

@S.K.A alah xpa ska layan dvd je ok per..tak pun d/load huhu..

wah sep sep dgn mak,tiap kali ada barbie kat tv3..eh eh kak lea pun lepak dpn tv ngeee :)

28/5/13 00:24

dah lama tak tgk movie......busy sangat remy nie...... tapi minggu nie nak tgk jugak.... dua sekali gus.... fast and furious pun tak sempat lagi.....

28/5/13 16:05

@Remy hazza wah fast n furious pun sempoi tau!nanti buat review ye :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...