20

Risaunya Anak Pelat huruf 'K'

16:07 |

 Baca artikel ni terus Kak Lea teringat Danish,anak paling bongsu 6 tahun,dah

Jumaat pulang je dari sekolah,dia ada 'homework'

Semuanya melibatkan abjad K

Sebab sebutan K  bertukar jadi T

Gigih baca semua yang cikgu berikan

Hah dia start dah...
Mamanya pun dah takde idea
tiba2 bertukar jadi  T

Kakak..disebutnya tatak
Katak pun disebutnya tatak
Kutu disebutnya tutu
Nampak tak stressnya mama dia

Tapi tak marah pun cuma gelak je
Sebab comel je mulut dia bersusah-payah
nak menyebut gabungan suku kata

Yang pelik masa mengeja ok je
Masa baca semua perkataan 'out' terus huruf K

Danish dah stress hahaha
Sebab kitorang gelakkan dia
Boleh pulak dia cakap;

"Mama...Kaka yang main bola,tu pun Danish rasa dia tak reti cakap K"

* Apa kaitannya adeihhh?

  Buku yang Danish suka baca
Diasingkan suku kata dengan warna merah & hitam
je masalah budak kecil ni adeihh

Kalau pergi jalan2 pantang nampak signboard mesti dia suka baca


TIP BANTU KANAK-KANAK PELAT

  1. Gunakan gabungan banyak otot ketika menyebut sesuatu perkataan dengan betul iaitu meniru bunyi yang dihasilkan.Bila bercakap dengannya,tunjukkan mimik wajah yang tetap.Meniru mimik wajah lebih mudah untuk kanak2.
  2. Bercakap dengan perlahan supaya lebih mudah & lebih jelas kanak2 menangkap bunyi yang hendak ditiru.
  3. Mengenal pasti konsonan apa yang sukar disebutnya.Mulakan dengan satu suku kata.Jika K yang sukar disebut,latih sebut ku dahulu.Sudah dapat,ikuti pula dengan kuku.Menumpukan hanya satu konsonan pada satu2 masa.
  4. Melakukan aktiviti latih tubi.Walaupun sekejap ia lebih baik jika berulang-ulang.Jangan memaksa atau beri tekanan pada kanak2 kerana apabila terlalu lama ia akan membuatkan kanak2 jemu.Bila jemu tumpuan kanak2 akan terganggu.
  5. Cuba taktik upah iaitu memberi upah atau dorongan jika anak anda berjaya menyebut sesuatu perkataan pelat dengan betul.Cukup sekadar pujian,tepuk tangan atau dakapan mesra.Boleh juga berikan gula2 atau coklat pasti anak anda suka.
  6. Latihan ekspresi wajah di hadapan cermin.Memberikan cermin muka kepada kanak2 & biarkan dia tersenyum di depan cermin.Ini dapat mengaktifkan otot2 wajahnya.Bercakap dengan cermin juga baik.Membantu anak anda mengenal pasti otot2 yang perlu digunakan ketika bercakap.
  7. Elak mengajuk cakap pelat dengan si kecil.Ada ibu bapa yang suka mengajuk si kecil bercakap pelat.Biarpun anak anda masih bayi,anda perlu bercakap dengan bahasa yang betul dengannya.Tidak perlu menyebut syusyu jika ingin memberi susu padanya.Walaupun ia dianggap perkara biasa saat melayan si kecil,namun perbuatan mengajuk cakap pelat boleh mendorong si kecil itu mengikut cara cakap pelat.


Memang Kak Lea selalu buat macam tip di atas.Owh teringat anak bos pun sama pelat K. Danish pulak pernah satu malam tu dia kata;

"Mama..tatak buat apa kat luar?"

"Katak kat luar?Owh panggil hujanlah tu,patutlah dah hujan,kan"

"Mama...macam mana tatak(kakak) boleh jadi tatak pulak?Kan tatak(kakak) tu tatak(kakak) Danish..kesian mama cakap tatak(kakak) tu binatang"

( "....................................??? )






20 comments

19/5/13 16:36

huhu..kelakar la yg last tu..hehe..tatat kakak ingat katak pulak..ahaha

susahkan pelat..lagi yg pelat S dan R..huhu..

kecil2 kena sabar ajar..hehe..lama2 mesti boleh la.

19/5/13 17:23

ooohhh dia pelat K ehh... btw doa jaa semoga anak akak cepat belajar dan baiki pelatnya nanti.... tengkiu share tips yg berguna tuuu....


www.jaakechik.com

19/5/13 17:31

@Nana Liena hye sis nana...itulah nasib baik pelat K je.kalau R n S lagilah susah nak ajar adeihh

19/5/13 17:31

@jaakechik tqvm sis jaa..itulah harap tip di atas dpt bantu kwn2 yg ada mslh anak pelat :)

19/5/13 18:20

Saya pernah dengar juga kes ni. Kawan saya yang belajar di fakulti pendidikan berkata, kes ini terjadi apabila semasa budak sudah boleh bercakap, orang sekeliling banyak mimik kepelatannya. Dan akhirnya kesan psikologi terjadi.

19/5/13 21:23

@依之汉 ye betul tu sbb ada parents yg suka cakap comel2 dgn anak mereka.

tapi kak lea dari anak2 kecil mmg tak ajar pelat.selalu cakap sebutan yang penuh.pelik juga sbb pasangan kembar tak mcm tu..danish je huhu.mmg usaha ni supaya sebutan K dia ok :)

19/5/13 22:34

eh jarang jumpa yg pelat K, biasanya orang banyak pelat n susah nk sebut dengan betul R kan?

19/5/13 22:40

@kopi pasta owh ye ke bukan K ke paling ramai.yelah S & R pun ramai pelat :)

20/5/13 17:10

salam kak lea..
xpe.. banyak latihan..selalu bercakap dan dorongan dari ibu yang awesome macam kak lea..
semua akan dianggung bereh..hee~~~

20/5/13 18:44

@Gee GTG salam gee,itulah hrp cptlah danish hilang pelat tu,nsb baik satu abjad je huhu.hahaha hrp dpt jd mama yg awesome smpi bila2 :))

haha danish ni....lawak betul lah....camne leh terpelat huruf K pulak tu.... :d

21/5/13 00:17

@Hatimi Tahirruddin itulah timi...jenuh nak ajar huhu...kdg2 kelakar pun ye tgk dia sungguh2 nk sebut suku kata K tu :)

21/5/13 21:06

Ya Allah, maaf kak, sya tergelak bila ayat last tu..saya bleh bayangkan ekspresi muka danish n muka kak lea,ahahaha

Teruskan dengan latihan kak lea..InsyaAllah, saya yakin esok lusa lepas la stage pelatnya :)

Ooohhh ... Ada eak pelat huruf K, ingat kan huruf R jer ... Takpe, pelan2 mesti boleh nyer ...

22/5/13 08:57

@Tinta Lana hahhaha adeih...kdg2 kan lana kesian tgk danish tu tapi kak lea kena tegas jugak.

bila dia berjaya je baca suka kata K dengan betul,kak lea mesti tepuk tangan dan cepat2 peluk dia ngeee :d

22/5/13 09:05

@Hani Fadhlina Abdul Rahman hye Hani,mmg ada yang pelat K selalu orang tau R dan S je,kan.macam Lisa Surihani tu R.Shiela Majid tu S.

itulah trm ksh sis :)

28/5/13 00:39

kena bagi byk dorongan dan latihan sebutan......

28/5/13 15:53

@Remy hazza ye betul tu remy..tqvm tau

29/8/14 11:04

hi, saya ada masalah pelat Z perlukah saya buat mcam ni jugak ke? serious rasa malu sangat bila nak sebut perkataan yang ada huruf Z , bila saya sebut mesti bunyi lain tambah tambah semasa berbahasa Inggeris. hu hu hu

10/1/15 12:11

samalah anak saya yg umur 6taun ni huruf k jadi huruf t..marbutah...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...