20

Segmen: LUPUS Awareness Month

01:40 |

Salam semua.Bulan Mei ialah LUPUS (SLE) awareness month

[Picit untuk join]

Segmen ini dibuat oleh Dayang Deno ~ blogger yang turut menghidapi SLE.Kalau sebut LUPUS,agak familiar di pendengaran kita,kan.Sambil menyokong segmen Deno si pelukis doodle yang comel,mari kita tambahkan pengetahuan apa itu SLE?Serba sedikit mengenai SLE ~Systemic Lupus Erythematosus.

Penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.SLE sangat bahaya jika tidak dirawat dan boleh mengancam nyawa.SLE juga boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh.Ia adalah penyakit yang menyerang individu berusia 15 hingga 44 tahun. Kebanyakan pesakit ini adalah wanita. Mereka biasanya diserang SLE pada usia kesuburan.

Di antara faktor-faktor lain selain Gen,yang turut menyumbang kepada punca SLE ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.Simptom penyakit ini pula pelbagai & menyerupai penyakit yang lain.Demam tanpa sebab dan berpanjangan,ruam merah/perubahan warna pada muka (biasanya berbentuk rama-rama pada hidung & mata terutama yang selalu terdedah kepada matahari). Sendi,muka & kaki membengkak/sakit,keletihan yang berlebihan dan banyak lagi.

Buat masa ini,masih belum ada penawar untuk penyakit SLE.Penyakit ini mungkin boleh membawa maut.Untuk lebih info boleh klik link di blog Deno [SLE]


Contoh Butterfly Rash


Untuk join segmen ni,kena buat satu banner.Mestilah ada gambar rama-rama kerana rama-rama ialah lambang SLE.....



Ini dia khas untuk DENO 


Jom semua sebagai blogger,kita join segmen Deno.Memang kita tak alami apa yang Deno hadapi,tapi sekurang-kurangnya kita belajar 'sesuatu' dari segmen ini.Deno...Kak Lea doakan Deno sentiasa kuat,positif,jangan mudah putus asa & jangan stress ye.Allah SWT terlalu sayangkan Deno..ujian untuk mengukuhkan lagi keimanan sebagai hamba-NYA :)

Tamat : 31 Mei 2013 - 11.59pm




20 comments

2/5/13 01:48

wah comelnya banner tu...!!! rama-rama tu senyum gitu.. hihik^^ terima kasih kaklea kerana support LUPUS awareness!! diharap dengan penyertaan kaklea, SLE akan lebih dikenali ramai dan ramai orang yang akan lebih peka dengan tanda-tandanya yang sukar dikesan .. terima kasih! :) nama SLE supporters akan diupdate dari semasa ke semasa ya..^_^

p/s: belum ramai join.. bila dah lebih 10 org deno akan update nama peserta.. bolehlah tengok banner2 comel SLE supportres! :)

2/5/13 01:49

amin ya rabbal alamin... insyaallah deno akan lebih kuat dgn adanya juga sokongan spt akak .. terima kasih akak krn sentiasa doakan deno! :)

2/5/13 02:00

@deno hye deno..tqvm sbb sudi ajk kak lea utk support segmen ni.smga kwn2 yg lain dpt join dan bljr ttg SLE.

in shaa allah kak lea n kwn2 blogger akn stiasa doakan utk deno,ye.x mau sedih2 tau ok (o)

owh kak lea dh sggh blog diorg td..x bsr tgu kwn lain join :_

2/5/13 02:52

sama2 akak :) btw, banner akak dah ada di wall fanpage deno.. semua banner peserta deno upload di wall fanpage blog dayangdeno :) comel!^_^

2/5/13 08:49

assalam tabah dgn ujian Allah deno..n slmt brknaln ilaLeaSARAJ

2/5/13 09:39

salam kak lea..

ye betul..SLE boleh membawa maut..
saya pernah posting dekat ICU sini.. kesian tengok pesakit ni.. die baru form 5.. dah kena SLE.. kesian die.. multiorgan failure..hati, buah pinggang..semua tak berfungsi..

SLE ni, mereka ambil banyak streroid untuk merendahkan immune system diorang.. sebab immune system diorang yang sebenarnya menyerang tubuh bdn mereka..

tetapi pengambilan steroid yang lama .. pon boleh mengakibatkan halusinasi..

saya kesian ke budak tu.. serius.. beberapa kali attempt untuk suicide..tapi sebenarnya bukan die nak suicide tapi sebab ubat yang die ambil..

aish..sedih pulak saya teringat kisah ni..

saya doakan deno boleh pulih..InshaAllah..^^

Assalamualaikum, untuk letak bloglist kat menu bar saya tk pernah buat lg la.. tp mungkin boleh tgk kt blog ni:- http://tutorialuntukblog.blogspot.com/
atau kt blog ni:- http://www.lyssasecret.com/p/tutorial.html#.UYHa8qJTDxA

harap2x blh jumpa tutorial tu ye :D

2/5/13 13:28

@deno hye deno wah tqvm dear...nnt kak lea sggh jap gi ye :-)

2/5/13 13:28

@paridah amin....hye sis slm kenal juga ye :)

2/5/13 13:30

@Gee GTGsalam gee...owh...tqvm sudi share ksh patient tu.tulah mmg tumpang bersimpati dgn deno...stiasa doakan dia sht sbb deno blogger yg comel,kreatif n friendly,gee :)

2/5/13 13:30

@Aku Dan Komputer hye komputer...tqvm tau.hr tu dah pergi jengok link tu jugak..tulah tgh kusut nk susun bloglist kwn2 ni :)

2/5/13 18:00

menarik la sis
be4 ni prnh dgr je..dgn penerangan sis..bru yumida fhm penyakit ni
sian..moga deno sentiasa diberikan kesihatan yg baik
nak terjah segmen tu

2/5/13 18:10

all the best kak.... sesama kita support deno..... kekadang remy terharu dgn kekuatan nya.....memberikan motivasi pada remy sendiri..... jgn berputus harap

2/5/13 18:29

dtg tgk rerama comel lagi.......

2/5/13 20:24

@Yumida Huda hye sis alhamdulillah smga ramai yg akn lbh mengenali pykt SLE ni.amin utk doa tu sis..sama2 doakan yg terbaik utk deno :)

2/5/13 20:25

@Remy hazza hye remy..yup btl tu..kalau kita kt tempat deno tak taulah blh sekuat dia ke...btl tu jgm mudah pts asa...

6/5/13 21:31

singgah dari segmen sama .. good luck ya. :)

http://nanaownlife.blogspot.com/2013/05/may-lupus-awareness-month.html

6/5/13 21:59

@Nana Liena hye sis Nana..wah tqvm good luck juga tau :-)

7/5/13 19:16

Singgah sini. Support !!:D
http://youismysoul.blogspot.com/2013/05/segmen-lupus-awareness-month.html

7/5/13 20:32

@Nurrul wah all the best utk Nurrul :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...