20

WHI ~ Sosial Media Senjata Aibkan Pasangan

17:36 |

Salam semua.Wah rasanya semua dah 'lali' dengan pelbagai kes rumahtangga yang runtuh disebabkan media massa.Tak terkira juga rasanya selebriti tempatan yang mengaibkan diri dan pasangan.Tak kisahlah di FB,Twitter,Instagram.Cuma di blog je belum ada yang meroyan.Kalau ada jom kita boikot he3..

 Bersemangat Rina berceloteh hari ni.Suka lihat gandingan mereka berdua

 Rasanya korang pun tau ni status artis mana,kan?


Teknologi ini umpama pisau.Boleh digunakan potong timun atau tikam orang.Sama juga macam media sosial..ada keburukan & kebaikannya.Sekarang ini kes yang trend keruntuhan rumahtangga disebabkan alam maya.Macam tadilah update status "Apa guna ada isteri jika tak layanku dengan baik".Ini akan mengundang orang komen bertanya kenapa.Dia juga akan komen dan mengaibkan.Ada juga yang aibkan keluarga isteri "Apalah rumah bersepah...ish lauk tak sedap".Kan itu dah mengaibkan.Dalam kes syariah boleh mengundang kepada 2 faktor;

1) keruntuhkan rumahtangga
2) tindakan undang2 - setelah rasa diaibkan boleh ambil tindakan atas akta fitnah

Zaman dulu2 nenek kita,diaibkan melalui surat layang.Malu sekitar/satu kampung je.Tapi zaman moden,berjuta orang baca bila update di media sosial.Oleh kerana jenayah siber meluas maka denda RM 50,000 atau 3 tahun penjara atau 6 tahun penjara.

Ambil tindakan bergantung kepada nilai aib itu.Adakah status akan terjejas teruk sebab itu.Contoh,isterinya menguruskan restoran,tetapi suami mengaibkannya.Tak pandai masaklah,kotor,penyediaan tak bersihlah.Ini akan beri kesan kepada perniagaan,dan akan merosot jika orang percaya.

Contoh kedua,jika isteri berkerjaya.Suami update status isterinya tak boleh dipercayai,ada skandal,curang.Sudah tentu  isteri jadi sasaran di pejabat.Ia bergantung pada status sosial di luar.


Caller :  Fiqa Ahmad --> Suami suka update status.Katalah saya nak balik rumah mak.Dia boleh update "Malam ni isteri saya takdelah,ada sapa2 nak temankan tak?".Ada juga member dia pun member saya jugak.Mereka tanya kenapa suami update macam tu.Memang memalukan saya!Padahal saya dah cakap jangan buat macam tu.Nanti semua pun tahu,adik2 pun tahu,kan.Suami ni jenis tak suka serius,dia anggap tu mainan je.

Datuk--> Lelaki ni macam2 perangai.Dulu2 lelaki kalau ada tak kena dengan pasangan,akan sembang di kedai kopi.Itu semua salah tak dibenarkan dari segi syarak dan hukum.Apatah lagi bersifat kekal (update di media sosial).Mungkin sakit mental,perlukan perhatian.Fiqa boleh ambil tindakan;

- Boleh block suami daripada update macam tu.
-Boleh minta admin keluarkan status demikian.

Lelaki itu sendiri kena sedar sebab nanti family dan sahabat akan tahu (baca status).Kalau dibawa kes ke mahkamah,dia boleh dikenakan tindakan.Akan didakwa & dijatuhkan hukuman.


Suraya --> Dulu suami suka bercakap dengan saya,kalau apa tak kena.Sejak beberapa bulan ni dia ada twitter dan ada kawan yang follow dia.Dia selalu update status.Dia akan tweet saya pakai tak cantiklah,masak tak sedaplah.Saya tanya kenapa tak cakap depan2.Sedih..malu.Mula jadi perbualan keluarga,kawan.Saya pernah tanya kenapa suka tweet.kenapa tak cakap je apa yang tak kena.Tapi dia kata suka hatilah sebab rasa selesa macam tu.Saya dah cuba nasihat,tapi dia tetap macam tu.Dia terlalu ghairah dengan laman sosial.

Datuk --> Asas rumahtangga tanpa didasari dengan iman & takwa,takda ilmu,takda iman yang kukuh,takda persediaan.Mungkin jumpa pasangan kawan yang temukan,jumpa di majlis.Kenal terus nikah.Baru 5,6 bulan dah kahwin.Saya teringat kisah di zaman nabi,seorang sahabat ni nak mengadu kepada Umar Al-Khattab,sebab isterinya berleter.Sampai depan rumah Umar,dia dengar isteri Umar sedang berleter.Umar diam je hingga reda.Esoknya sahabat tanya dia pergi nak mengadu tentang isterinya membebel.Umar kata isteri sudah lakukan yang terbaik,jaga makan minum,jaga anak dengan baik,jaga peribadi dan sebagainya.Leteran itu cara mereka nak lepaskan perasaan.Umar terima leteran itu sebagai hiburan.Akhirnya sahabat itu pun tak jadi marah,pulang & beristighfar.

Takkanlah kerana masak tak sedap pun nak update.Mestilah ada lagi 90% layanan lain yang baik.Mungkin kemas rumah bagus,gosok baju cantik,jaga anak yang cerdik.Suamilah kena ambil inisiatif belajar masak tengok Masterchef.

Perlu ada bukti yag sahih untuk dibawa ke mahkamah.Print semua status & buat ikut kronologi.Buktikan berapa banyak dah tersebar.Katalah dia ada 5000 fans,mungkin dah tersebar sebanyak 5000 fans.Mahkamah nak tahu berapa beratnya beban keaiban itu.

Caller : Ina -->  Ada orang buat akaun FB yang palsu atas nama saya.Mengaibkan saya.Orang tu menyebarkan gambar saya & family kepada kawan sekerja suami saya.Suami asyik diajukan soalan macam2.Dah pergi SKM,tapi mereka kata tak boleh kenalpasti.

Datuk --> Dilakukan oleh pihak ketiga.Mengikut Akta 588 Komunikasi Multimedia.Kalau lakukan secara berterusan,apa2 komen,cadangan,komunikasi yang lucah,palsu,mengancam dengan niat mengugut,kesalahannya RM50,000.

Kita boleh kesan FB,Tweet datang dari mana.Di handphone kan ada GPS,boleh kesan lokasi.Sedetik je kita tweet,boleh kesan pengguna tu start tweet dari mana.Apa2 pun tindakan undang2 perlu ada beban bukti-yang dibebankan dengan aib.Buat laporan polis,pergi ke mahkamah syariah,bukti2 ikut kronologi.

Rumahtangga dibina atas dasar kasih sayang & rahmah.Seharusnya ambil isteri dengan baik,jaga dengan baik.Kalau tak mau lagi pulangkan dengan baik.Jangan aibkan sesiapa sahaja.Umpama makan daging sedara sendiri,apatah lagi kalau isteri.


Alhamdulillah semoga topik ini dapat menambahkan lagi ilmu kita.Jika bijak menggunakan media sosial,akan dapatlah pahala.Janganlah lagi kita menambah statistik keruntuhan rumahtangga yang berpunca dari FB,Twitter,Instagram,Blog.Ada juga tengok suami kawan,update di Fb foto2 yang memalukan.Moden mana pun kita,keaiban janganlah dipandang 'cool'.Oklah daaaa....





20 comments

23/5/13 17:56

salam kak lea..
wow..
dashyat nye lah..
itu sebabnye komunikasi secara berdepan ni penting..
ini tidakk..

nak ajak kawan makan pon guna fb..
padahal duduk sebelah2 tu..adeh~~~

harap benda ni x terjadi kepada kita..^^

23/5/13 18:21

Nanti kahwin, saya tak benarkan pasangan ada FB... takut gak kalau membawa kepada macam ni.

Ke saya cari calon yang ortodoks dengan teknologi? =D

23/5/13 18:30

@Gee GTG salam gee ye betul tu...ofcemate kak lea pun sama..bilik bukan jauh pun.jerit pun dgr.tapi ajak lunch pun guna fb n hp he3...

23/5/13 18:32

@依之汉 hurm rasanya jgnlah sampai mcm tu.ia ibarat menyekat kebebasan utk berkomunikasi dgn kenalan dan keluarga.

monitor je..dan bthu apa yang suami suka dan tidak.jgn update sgla masalah yg berlaku dlm hubungan suami isteri..jaga maruah masing2 :)

23/5/13 19:50

konsentret nye sis tgk WHI
siap hafal nama lg tu
aah..bahaya media sosial ni klo tanpa kawalan
yg akhirnya memalukn diri kita sendiri bila mengomen tanpa berfikir terlbh dahulu
sy jarang update bende pribadi lam fb..byk ke segmen/ga je..hehe..hantu segmen nih

23/5/13 20:45

Assalammualaikum kak lea :)

Saya ada follow jugak tdi topik ni..dengar skejap je.

Tahun lepas pun ada topik ni, berulang aje,hik3. Topik ni memang patut diketengahkan. Bak kata datuk, bila bina rumahtngga takda asas iman n takwa, camnilah jadinya.

Dan satu lagi, kita kena kawal diri sendiri bila berhubung dgn mana2 laman sosial. Benda, yg dicipta baik camna pun, bila tak pandai nak guna, jadilah benda tak elok. Dah berkahwin, buat cara org berkahwin.. yg bujang pun mcmtu, buat cara org bujang..

betul tu kak.. sib baik somi tak mcm tu.. skrg da deactive da.. FB n media sosial melalaikan, keluarga pun lintang pukang nati

23/5/13 22:37

banyak buruk dari baik. ya Allah , semoga kita dijauhkan dari perkara macam ni ..

23/5/13 23:04

@Yumida Huda hehehe kalau topik best baru tekun dpn tv..owh betul tu kalau status tu mengutuk dan mengaibkan kita baca jelah,tok sah komen huhu..

yelah suka tgk sis aktif segmen n byk menang hadiah tu tahniah... :)

23/5/13 23:13

@Tinta Lana wsalam lana..ye betul tu.nice opinion.yup masing2 kena sedar status tu dah kawin/bujang.byk kes terutamanya di fb,skandal sana sini.tu sbb kak lea sdri tak aktif di sana.takut tgk mcm2 peel kwn huhu...

kat blog lagi best sbb kita sharing mcm2 melalui penulisan = pdpdt-pglmn-idea-tutorial-resipi-fesyen-kosmetik-agama-doodle owh best betul blogging :-)

23/5/13 23:15

@◕ D Y S H A S A H H I R ◕ hubby kak lea pun sama.ada fb sbb main games je adeihh...yang pentingkan sama2 kena tau passwords fb/twitter masing2 baru sempoi hahaha...

23/5/13 23:16

@Tia Fatihah ye tia..kdg2 kita ok..pasangan kita pulak over kat fb/twitter huhu...kdg2 pasangan ok..mungkin kita sdri over,ye tak.nasib baiklah dunia kak lea cuma di blog dan hubby pun support tak banyak tanya sbb dia tau kak lea minat menulis :)

23/5/13 23:52

assalam lea,

teknologi tu salah tapi kalu disalah gunakan tu yg menjadi kesalahan...

kalau hal suami isteri nak update dlm laman sosial dah tak kena tu...

bunda pun tengok WHI tadi..mmg hangat topik ni..topik yg memang menjadi2 masa kini...

24/5/13 01:03

@BUNDA a.k.a KN wsalam bunda ye betul tu.teknologi bagus jika kita bijak gunakan macam datuk tu cakap teknologi umpama pisau.

ye tapi yang selalu tgk rcgn macam ni org pompuan je.sepatutnya lelaki/suami kena tgk sekali.kalau tak sempat 'tonton' pun ada he3...

24/5/13 11:42

Assalammualaikum.

Kak lea, minta maaf tau komen kat sini,hehehe :)

Pasal ada yg mnyamar saya tu, akk ckp cmna kt komen, kira penyamar tu tulis nama saya, tpi takda link blog? Pastu, dia ckp bukan2?

Akak dah remove ya.. Tima kasih ya..tak pasal2 je..

Saya sabar je lah.. ni kali kedua saya kena..

24/5/13 13:04

@Tinta Lana wsalam lana yup betul tu,kak lea mcm dpt teka tu sapa mmg suka kondem blog org.kak lea perasan dia pernah buat mcm tu kat blog kawan2 lain..guna nama org yg jerit before..

mmg xda link..tapi kak lea tau tu bukan lana.alah small matter,delete je terus.tapi seganlah kan apa kwn lain yg sggh blog ni cakap huhu..rasa mcm nk buang je cbox sbb bosan pulak org bw palsu n then tempek iklan.

bahaya bila dah salah guna teknologi
malu tak bertempat pun susah juga
depan2 x nak cakap
tp di FB bukan main
haisss

25/5/13 09:42

@.::: Princess MOMOY :::. iutlah sis..skrg nak kutuk takde ngumpat belakang2 kita..ni ngumpat depan2 n terang2 an kat fb malu kot..aishhh tu tak aktif kat sana.pedih baca status org tu kutuk ni...org ni kutuk org tu alahai.. [-(

28/5/13 00:28

media sosial byk kesan dan pengaruh......... kekadang nak post status pun remy risau...... takut pemahaman kenkawan dan keluarga lain nanti......

28/5/13 16:03

@Remy hazza ye betul tu.hanya sebaris ayat kita boleh bergaduh...kena fikir dulu apa nak taip :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...