18

WHI TV3 ~ Berpantang Selepas Bersalin Melalui Pembedahan

22:45 |

Salam semua.Topik hari ni memang Kak Lea tak sabar nak kongsikan.Sebab Kak Lea sendiri melahirkan anak sulung,si kembar secara caesarean.Tak semestinya entri ni hanya dibaca oleh korang yang dah berkawin je.Bagi korang yang masih bujang tak kira lelaki/perempuan,mari tambahkan ilmu.Sebab kita semua tak tau masa akan datang,mungkin korang/pasangan pulak akan alami pengalaman macam ni.Jom baca....


70% kelahiran adalah secara normal.30%-40% kelahiran secara pembedahan Caesarean.Ia perlu dilakukan jika ada tanda2 bayi lemas dalam kandungan,bayi bersaiz besar,kedudukan anak tidak betul(songsang).Bagi ibu yang bersalin caesarean,kalau tak sakit boleh menyusukan bayi.Duduk semasa menyusukan bayi.

Bertungku?Boleh,bagus untuk kecutkan rahim.Jika ada perut yang berlipat,sebelum berbengkung,tarik perut ke atas then baru bengkung.Jadi,perut rasa kemas & tidak bergoyang,anda pun senang nak bangun.Bengkung mesti letak di bahagian atas perut yang dibedah itu,jangan terkena bahagian luka.Guna bengkung jenis Strap On Binder.Perempuan bersalin kena pakai bengkung sebab tulang pelvis merenggang semasa proses meneran semasa bersalin.

Cuba tengok pesakit lelaki yang kemalangan melibatkan struktur tulang pelvis,mereka pun kena berbengkung selama 6 bulan.Kenapa kita yang melahirkan hanya berbengkung 6 minggu?Itu sebab selepas bersalin ada yang masih terasa sakit tulang belakang,sebab semasa mengandung berlaku juga perubahan pada tulang belakang.Jadi saya nak galakkan ibu2 berbengkung sehingga 6 bulan.

 Saya 26 tahun,ibu kepada 4 orang anak.4 kali menjalani pembedahan caesarean

Anak pertama 7 tahun,kedua 6 tahun,yang ketiga 1 tahun 10 bulan dan yang terakhir,10 bulan.Memang terasa perit semasa berpantang sebab saya hanya minum sikit je air.Sebab masa tu ada kata kalau minum lebih air,nanti takut menggelebehlah,itu inilah.Saya pun makan jugak sayur macam sawi.

Doktor ~> Saya tak faham kenapa perlu sekat minum air.Kalau menyusu badan,kita akan dehydrated.Nanti kulit kelihatan kering.Saya pernah juga mencuba kurangkan minum air semasa berpantang,hinggakan kawan2 menegur keadaan kulit saya.Sejak itu saya minum 8 gelas air,rasa segar semula.Kebanyakan mereka yang kurang pengambilan air muka pucat,sembelit dll.

Akmar ~>  Ya betul,selain tu saya pun alami susu bengkak.Masa berpantang tu memang haus sangat.


Awin (Owner Najjah) ~> Lepas habis bius,memang sakit gila.Nak batuk pun sakit.Tapi kalau nak diikutkan dalam penjagaan,cuma susah 2-3 hari pertama tu je.Then boleh berjalan macam biasa.Keluarga saya takde pengalaman caesarean,jadi saya pun confused ada yang kata tak boleh minum air banyak,tak boleh makan sayur banyak nanti badan kembang.Tapi saya lebih prefer nasihat dan tips dari doktor.


 Doktor ~> Ada syarikat buat kajian di USM,Kubang Kerian,mengenai jamu.Seelok-eloknya jamu diambil secara berterusan selama 6 bulan.Jangan ambil hanya semasa tempoh berpantang je.Elok 6 bulan untuk lebih berkesan.Ada juga berpendapat jamu dikaitkan dengan jaundis (demam kuning).Sebenarnya jaundis disebabkan pelbagai perkara seperti tidak cukup susu ibu,bayi pra-matang,perbezaan jenis darah si ibu & bayi dll.

Tempoh berpantang selalunya 42 hari/6 minggu.Sedangkan badan kita ambil masa 3 bulan.Diharapkan pihak di luar sana dapat mengkaji untuk pemberian cuti kepada ibu berkarier,selama 3 bulan.


Akmar ~> Ya disebabkan jarak anak yang rapat,kelahiran kedua tu perut saya menegang.Nak bangun pun susah.Anak keempat lagilah saya sakit,di bahagian operate,tu.

Doktor ~> Selalunya selepas sebulan bersalin,saya akan minta pasangan tu datang untuk berbincang,mengenai perancang keluarga.Ada pelbagai perancang yang efektif.Bagi pihak suami,mereka boleh amalkan teknik Azal.Tak ramai yang suka memakai kondom.Tetapi tahukah anda,semasa saya ke luar negara,ramai rupanya berminat membeli kondom buatan Malaysia yang dijual di online,ia yang terbaik.Bagi isteri,bagus guna IUCD boleh bertahan 5 tahun.Membantu jarakkan kehamilan.

Nasihat saya,jarakkanlah kehamilan untuk beri peluang isteri memulihkan badan.Jarakkan kehamilan antara 18 bulan atau 2 hingga 3 tahun untuk mereka yang akan jalani pembedahan.


Next entry,Kak Lea akan kongsikan pengalaman semasa berpantang selepas pembedahan caesarean.Tunggu ye ^^



18 comments

23/5/13 00:04

salam kak lea..
uish..
sakitnye bersalin kan(eh!! saya rasalah.. saya x pernah lagi..)

sebab tu syurga dibawak telapak kaki kak lea..^^

nanti akak konsi tau pengalaman akak..hee~~ nak dengar!!!

23/5/13 01:16

sy lelaki..xpe ke komen ni?? he3..besar betol pgorbanan ibu, hritu sy ada bca kt fb, baby lemas..last2 baby 2 terancat akal..hm subhanallah..kcian plak kat fmily dia..ujian besar ALLAH bg..sy ada 1 soalan..dah lama nk tya sbnrnya..tp xthu nk tya kat sape he3..nk tya kakLea jelh..branak cra normal ngn pmbedahan mn lebih skit kakLea??????

23/5/13 01:30

@Gee GTG salam gee...alhamdulillah Allah permudahkan masa kak lea nak bersalin operate ni,tapi kalau diberi pilihan mmg tak nak dah alami...tadi tgk whi pun kak lea ngilu n seriau...

owh entry dah siap tgu masa je nak publish chewahhh he3... :)

23/5/13 09:34

Assalam kak lea..selamat pagi! (^_^)

Saya pun pernah bersalin czer (1st child). InsyaAllah pasni nak kongsikan pengalaman sendiri di blog (^_^). Fuh! memang mencabar nak jaga luka ni czer ni kan (^_^)

23/5/13 10:18

@S.K.Ahye ska.sori lmbt reply tgh type one more entry he3...

owh takpe bagus ska tmbh ilmu.blh share dgn tunang.nanti dh kawin n masa nk bersalin tu,korang berdua dh ada mcm2 ilmu,sng nk refer doktor utk dptkan guide :)

kak lea bersalin dua2 dah pernah rasa.normal tu,sakit masa kontraksi nak bersalin je.penjagaan senang sgt.cuma kena jaga luka jahitanlah.

operate ni mmglah tak yah penat2 nak meneran,belah je terus keluar baby.tapi operate ni pun ada risiko dari segi kebersihan tmpt luka tu nak kena jaga,emosi isteri sbb dlm keadaan tak larat,tmpt luka tu dh habis bius akan terasa sakit,dgn kena susukan baby lagi.tak cukup rehatlah...

kakak ipar kak lea sendiri 5 baby lahir secara caesarean,alasan takut nk meneran dan macam2 lagilah melibatkan hal wanita :)

23/5/13 10:18

@Kenit Cinonet wsalam sis owh ye ke..wah menarik tu.nnt share ye..blh kite bertukar2 pengalaman n pdpt :)

28/5/13 00:32

banyak tip dlm entry akak nie...sangat berguna buat remy selepas raya nanti......

28/5/13 15:59

@Remy hazza alhamdulillah..hah?sapa yg nak berpantang ni?remy ke nak operate?

8/7/13 14:36

Sy bru pas bersalin operate..2 minggu dh...dlm perut kadang2 rasa mcm sakitlah..luka kat luar dh sembuh...knp erk..hr tu de gtaw dctr, dctr kata normal sakit dlm perut tu...tp sy risau....

29/9/13 10:29

Huhu...betul..

9/10/13 09:07

assalamualaikum,wah teruja bila tuan rumah pun czer first born twin, samalah kita,kawan2 saya yang deliver twin mostly dapat deliver normal..

yelah rezeki masing2..tapi bab berpantang tu memang betul,kena jaga pantang,byk minum air dan bengkung wajib..kalau tak,lemah2 la badan..

18/7/14 19:55

gud info 4 me

18/2/15 18:27

Mcmane cara benkung utk czer ni K.Lea? Ade yg ckp bahaya utk jahitan dalaman, cnfius sy...
utk susu banyak selain makan sawi & lobak putih..ape lagi ye? 2mggu dh bersalin.... sy risau utk susu baby je...sbb sy baby prematured 32weeks.

16/4/15 12:23

Dua² sakit dik. Tp jika casearean double sakit.

Maaf akak tlg jwb ya Lea

29/4/15 22:51

Isteri saya bakal menlahirkan anak secara pembedahan esok...anak songsang...inilah kali pertama dalam hidup saya...harapan saya semuanya akan berjalan dengan lancar esok..doakan isteri dan anak saya selamat ye...

Salam, saya baru bersalin czer anak ketiga yg mana semua anak saya lahir dgn kaedah czer.masih dalam pantang hari ke 16. Bagi saya jarak utk setiap kelahiran amat penting sbb kita ada cukup masa utk kuatkan semula rahim dan tubuh kita.pantang yang betul pun membantu kita utk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah saya berjaya breastfeed anak kali ketiga ni.kena kuat mental dan emosi.berpantang sendirian dengan dua anak yg sedang lasak ni kena kuat semangat dan sabar lebih.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...